Tuesday, December 27, 2011

Lawatan Tapak Hutan Lipur Lenggeng


HUTAN LIPUR LENGGENG
24 Disember 2012
Kelab dengan beberapa orang ahli kuat telah pergi melawat Hutan lipur Lenggeng (Lawatan Tapak). Lawatan ini bertujuan untuk mempopularkan semula tempat ini dengan aktiviti-aktiviti kelab. Tinjauan kami mendapati hutan lipur ini dibina lengkap dengan kemudahan asas, cuma sekarang tidak mendapat sambutan dan menyebabkan kemudahan-kemudahan yang dibina dahulu menjadi usang dan terbiar.

Lawatan tapak ini juga turut disertai oleh Presiden dan AJK tertinggi Kelab, kanak2 pun ada jugak yang turut serta. Setibanya di lokasi kami memeriksa peta lokasi Hutan Lipur Lenggeng. Penerangan tentang lokasi dibuat oleh En Rusman yang sudah biasa dengan tempat ini (Kira Otai la).


Semua ahli2 kelab mula membuat tinjauan, merentasi air sungai yang jernih tetapi airnya sungainya kecil dan terdapat pondok-pondok istirehat yang masih elok serta laluan bertangga. kolam yang dibuat pun nampaknya dah tertimbus oleh pasir.


Setelah selesai meninjau lokasi perkhelahan dan air sungai kami mula meninjau kemudahan lain yang disediakan, antaranya kawasan tapak perkhemahan yang sudah tidak digunakan, tempat permainan kanak2 yang tidak digunakan, tandas, bilik operasi semuanya masih kukuh tetapi sudah tiada penyelenggaraan.


Seterusnya kami meninjau kawasan di menara Peninjau yang masih kukuh. kami naik ke tingkat 3 sambil berkumpul dan melontarkan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempopularkan semula kawasan ini.


Kami mendapati kawasan ini bukan tidak di selenggara langsung, tetapi tidak secara keseluruhannyala. Terdapat kawasan dimana rumput baru di potong dan terdapat sampah yang tidak di pungut bertabur. Kawasan ini tidak di kunjungi oleh haiwan seperti kera atau monyet jadi tiada ganguan kera. mungkin juga disebabkan tidak ramai dan tiada pengunjung maka sampah tidak banyak oleh itu kurang mengundang haiwan tersebut untuk datang. Hasil tinjauan di sungai, mendapati air masih jernih dan tidak tercemar. sampah pun sangat kurang cuma beberapa tempat sahaja iaitu satu pondok berdekatan dengan sungai dan berdekatan dengan menara tinjau.

Setelah hampir 2jam membuat tinjauan dan berbincang kami pun pulang ke destinasi masing2. 

Sekian dulu laporan dari saya KOHM00103.. yang tak seberapa ni harap suka la baca yer.

Berikut adalah Petikan dari Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai (http://www.mpn.gov.my/hutan_mendom)


Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 20 minit dari Pekan Pantai. Jika datang dari Seremban, pengunjung perlu menggunakan jalan menuju ke Jelebu dan selepas Pekan Pantai ambil simpang menuju ke Pekan Lenggeng.


Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.
Tel : 06- 765 9849

Ini ada komen membina dari pembaca kita. semoga usaha murni kita akan sentiasa berjaya.


No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.