Monday, October 31, 2011

RS - Menuang Trek Janda Baik

Salam smua…. Maaf sbb lmbt wat report. 1st time lak 2. Tak tahu pun yg sy knew at report, tbe2 lak kne petik nama. Nk wat cam ner kan, tggjwb ntuk kelab perlu dilaksanakan wlupun delay 1 mgu….

Ok lah, balik pd report ni. G.Nuang pada ketinggian (1493m/4898ft) dari aras laut merupakan puncak rekreasi dan juga dikenali tempat ntuk “training” ntuk penduduk sekitar terutama Kuala Lumpur dan Selangor. Perjalanan yg mengambil masa 45 mnt dr Bandaraya Kuala Lumpur jika melalui pintu masuk Hulu Langat. Trip kali ini kami tukar laluan iaitu melalui trek Janda Baik yg mengambil masa lbh kurang 1 jam dari Kuala Lumpur. Hihihi, aku men tembak je, xtahu ler btul ke x…..

Tanggal 22 Okt 2011, Ekspedisi Riadah Santai Menuang di Janda Baik bermula…. lbh kurang jam 0000H aku b’tolak dari Bangi setelah selesai melakukan kerja rakaman menuju ke up town Danau Kota ntuk berjumpa dgn rakan2 yg lain. Kebanyakkan peserta telah berada di Mali’s corner Danau Kota. Setelah menjemput Faiz, kami tiba di up town Danau kota pd jam 0030H ntuk membeli sedikit keperluan ntuk ekspedisi ini. Tepat jam 0200H aku dan faiz ke mali’s corner ntuk berjump dengan rakan2 yg lain.

Disitu uncle (Zainul Jamil) membahagi2 kan peserta ntuk menaiki kereta yg ditetapkan. Disitu, aku berkata kepada faiz, klu uncle bagi peserta perempuan nk la, tp klu lelaki xnak. Hehehe…. Gurau je. Rupa2nye munkin uncle dengar ape yg aku cakapkan pada faiz atau mmg uncle memahami keadaan. Hehehe…… kantoi suda rahsia aku ngan faiz. Dua org yg bersama kami merupakan peserta baru dan uncle telah menyerahkan amanah kpd kami ntuk temubual peserta tersebut semasa dlm perjalanan. Hihihi……0^^0

Setelah menyusuri tol Gombak, kami seramai 11 peserta tiba di hentian Genting Sempah pada jam 0245H dengan suasana yg tenang, udara yg segar dan nyaman serta jauh dari kesibukan kota. Kedatangan kabus tebal menyelubungi persekitaran menjadikan suasana malam yg amat menarik dan dingin sehingga membuatkan masing2 mencari tempat ntuk melabuhkan diri memandangkan masa masih awal sementara menunggu rakan2 yg lain. Hanya bro Yus yg tidak dpt melelapkan mata, mungkin gangguan keadaan sekeliling memaksa beliau melayan/melihat karenah org2 disekeliling yg turut berhenti ntuk berehat disitu……^^

Pada jam 0500H, Khaidir bersama Watie dan Syanana (Syalala : bak kata uncle) Hehehe… jgn marah ea, tiba dilokasi diikuti guide Amir bersama 3 rakan yg lain. Kami smua berkumpul dan sarapan bersama2 di medan hentian genting sempah sambil berborak2 dan mengenali antara satu sama lain kerana ada diantara peserta yg belum mengenali sesame ahli. Masa yg ada digunakan sepenuhnya ntuk pergi ke surau apbla masuk waktu subuh dan diteruskan dgn sedikit taklimat serta pendaftaran.

Kira2 jam 0630H, 5 buah kenderaan pelbagai jenis meluncur perlahan menyusuri jalan ke janda baik melalui jalan2 berliku diselang seli kesan tanah runtuh dibahu jalan. Perasaan tidak sedap ati mula timbul memandangkan cuaca yg xmenentu. Akhirnya kami smua tiba di pintu masuk Janda Baik ntuk menuju ke Nuang pd jam 0700H. Masa yg ada diteruskan dgn mengagihkan bekalan makan ntuk dibawa oleh para peserta. Masing2 sibuk mengemas dan “packing” barang2 dan stok makanan ke dlm beg.

Jam menunjukkan pukul 0750H dimana smua peserta seramai 18 org telah bersiap sedia ntuk memulakan ekspedisi menuang di Janda Baik. Aktiviti dimulakan dgn taklimat oleh guide dan disertakan dgn bacaan doa sblm bergerak pd tepat jam 0800H menuju ke “camp site” air terjun.

Kira2 20 mnt perjalanan, kami merentasi sebatang sungai diikuti kebun sayur dan tiba di kawasan hutan simpan setelah 1 jam perjalanan. Pendakian bermula disini apabila kami melalui “trek” hutan sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Para peserta menunjukkan semangat yg tinggi serta ingin smp lbh awal dr ms yg ditetapkan kerana jika berkesempatan, kami akan meneruskan perjalanan “day pack” dr air terjun menawan puncak Nuang. Panorama yg dipamerkan sungguh menarik dan laluannya menguji setiap peserta apbla kami melalui kawasan pokok2 buluh dgn beg2 yg besar turut memperlahankan pergerakan kami demi menjaga keselamatan diri dr perkara2 yg tak diingini,,,,,,,

Semasa berhenti berehat, guide dan peserta2 yg berpengalaman membantu rakan2 yg menghadapi masalah dr aspek teknikal mahupun aspek2 lain yg diperlukan..

Aku bersyukur, dan gembira kerana setelah 3 jam perjalanan, semua peserta ekspedisi menuang di Janda Baik selamat tiba di “camp site” air terjun tanpa sebarang masalah yg tak diingini. Dikesempatan yg ada, kami mencari tempat ntuk berehat. Aku dan faiz trus cari “port” ditepi sungai ntuk menenangkan diri dgn kecantikan air sungai sambil membersihkan diri dgn air yg sangat menyejukkan…. ada yg terus ke lokasi yg menarik ntuk menikmati air terjun yg sungguh cantik dan menenangkan jiwa…..

Setelah membuat keputusan dan mendapat kebenaran drp guide, lokasi perkhemahan ditentukan dan kami bekerja sama ntuk membersihkan kawan tersebut memandangkan tapak perkhemahan yg sebenar telah dinaiki air serta terletak agak jauh dari air terjun berbandig lokasi yg dipilih.. ^00^..

Uncle, aku, faiz dan peserta lain mendirikan khemah sementara yg lain mengangkat beg2 menyeberangi sungai ke kawasan perkhemahan. Setelah smua kerja selesai, kerja2 memasak dilakukan ntuk menyajikan hidangan kpd smua peserta yg telah pun keletihan….

Setelah selesai mandi manda di air terjun , kami menjamu selera ditepi sungai dan diteruskan dgn aktiviti bebas. Ada yg berborak2, ada yg merehatkan diri dan ada diantara kami iaitu bro yus, yus kecik @ yus no 2 (aku ler tu) hihihi…, faiz, khaidir bersuai kenal dgn perserta baru iaitu Fiza & Aini. Bro yus menceritakan aktiviti2 yg slalu dilakukan dan banyak lagi berkaitan kelab (KOHM)…..

Aktiviti malam diteruskan lg dgn aktiviti bebas setelah smua selesai makan dan solat. Ada yg terus melabuhkan sauh dan ada yg masih berbual2 kosong dan berkongsi idea sblm smuanya merebahkan diri…..

Pada jam 0430H Syed, Uncle, dan Faiz bangun ntuk menyediakan sarapan dan dibantu oleh peserta2 lain. Jam 0600H smua peserta dikejutkan ntuk menyiapkan diri dan bersarapan sblm meneruskan misi yg masih belum selesai……

Lebih kurang jam 0730H kami berkumpul untuk sesi taklimat ringkas drp guide Amir serta bacaan doa oleh saudara Syed dan meneruskan perjalanan manawan puncak Nuang.

Seramai 14 peserta yg meneruskan misi Menuang di Janda Baik Berjaya menawan puncak dgn selamat pada jam 1030H. Manakala 4 lagi peserta menawarkan diri ntuk tinggal di “camp site’ bg menyediakan makan tgh hari ntuk kami serta dilantik mnjd abg kawasan ntuk mnjg kawasan tersebut. Hahaha….. (^^)

Aktiviti di puncak diteruskan dgn sesi bergambar dan memasak bg menyediakan srapan kali ke-2 ntuk mengisi perut yg sudah kelaparan. Ada plak sarapan 2 kali kan…. Lain dari yg lain…..

Aku dikejutkan dgn kedatangan seekor tupai yg ingin bergambar bersama. Eh, prasan suda…. Rupanya kedatangan tupai adalah ntuk mendapatkan makanan yg sedap2 yg kami bawa. Bleh tahan jgk tupai ni ea. Tp bukan hanya 1, seekor demi seekor tupai hutan yg berdada merah ni muncul . Byk jgk tupai2 ni yg mesra alam. Hihihihi………..

Apa lg bila suda ada peluang yg cm ni, masing2 menghalakan lensa kamera yg canggih manggih 2 ntuk merakamkan seberapa banyak foto ntuk dijadikan kenangan. Masing2 mengambil kesempatan ntuk mendapatkan bahan bukti. Tp bukti dari kamera aku tak la banyak.

Perjalanan diteruskan pd jam 1130H setelah 1 jam berada dipuncak nuang ntuk turun kembali ke “camp site” air terjun. Masing2 ingin cpt smp kerana bayanagan air terjun sudah bermain difikiran memandangkan kami sudah keletihan dan kepenatan, tetapi dibalas dgn kepuasan, 

Di perjalanan turun, kami sekali lagi mengambil kesempatan ntuk merakam foto yg mempersembahkan pemandangan yg indah dari situ. Dgn cuaca yg mengizinkan, kami dpt melihat puncak2 gunung lain dan yg paling menarik aku dapat melihat Pemandangan Kuala Lumpur dan Genting Highland dgn jelas walaupun tidak lama kerana awan tebal telah menutupi pemandangan yg indah itu.

Aku dan rakan2 yg lain tiba di “camp site” pada jam 1330H dan aktiviti diteruskan dgn bermandi manda di air terjun yg sgt sejuk. Selesai mandi, kami smua menjamu selera dgn juadah yg telah disedikan oleh 4 org rakan yg sanggup berkorban ntuk tidak bersama2 kami ke puncak. Terima kasih atas pengorbanan meraka. Cewah, berkorban la konon. Ntah2 suda pancit. Jgn marah, Hehehe.. :-p

Setelah selesai mandi dan makan, kami mengemas “packing” barang ntuk terus turun ke pinti masuk Janda Baik. Di kesempatan ini, aku yg keletihan sempat melabuhkan diri sementara rakan2 yg lain sibuk mengemas barang.

Tepat jam 1530H smua rakan2 telah bersedia ntuk meneruskan perjalanan turun, tetapi aku dan syed masih dlm proses mengemas. Rakan2 sudah menunggu…. Mungkin ada yg marah dan tak puas hati dgn kami. Aku mohon maaf pd smua diatas kelewatan ini kerana aku t’tdo keletihan…. 

Jam 1545H perjalanan diteruskan dan kami tiba dikawasan kebun sayur (sempadan Hutan Simpan Kekal) pd jam 1715H. Skali lg kami smua mengambil kesempatan ntuk bergambar dikawasan tersebut. Pemandangan yg menarik dan buah durian yg banyak. Tp tak ada pun buah yg gugur. Hihihi…..

Perjalanan diteruskan dan kami tiba di tempat permulaan (tempat letak kerata) pd jam 1800H. Satu kejutan berlaku apabila kami smua di arah member tumpuan pd guide kita, En Amir yg sedang membuka begnya. Aku tidak tahu apa yg berlaku dan tidak sempat ntuk merakam foto (bahan bukti), tetapi ada yg sempat merakam video tersebut. Sempena ulang tahun guide kita ni, aku pun x pasti yg keberapa. Amir (Megat Rambai) dikejutkan dgn kejutan 2 ketul batu yg dibawa turun mungkin dari “camp site” air terjun. Smua menyanyikan lagu dan mengucapkan besday ntuk beliau. Appy besday Amir….

Misi telah tamat dan kami membersihkan diri di sungai berhampiran dan bersiap2 ntuk pulang. Setelah selesai ada yg trus pulang, mungkin ada urusan ataupun sudah keletihan. Aku dan rakan2 yg lain mengambil kesempatan sekali lg ntuk menjamu selera bersama2 di kedai berhampiran sebelum pulang. Terima kasih kpd uncle sbb belanja kami makan dan minum. Hehehe…..

Pd jam 1915H aktiviti tamat dan bersurai……. Jumpa lg di aktiviti seterusnya. Skali lg aku mohon maaf pd smua sbb lmbt menyiapkan laporan ini. Smua da sibuk mengomen di fb menunggu laporan. Hehehe….. Sory……………….

(OHM00246)

4 comments:

  1. Biar aku yg komen dl. Hahaha....
    Ekspedisi yg best. Yg penting disiplin terbaik sbb smua bangun seawal jam 6 pg. Cayalah....

    ReplyDelete
  2. salam... good report... so details... ;P

    ReplyDelete
  3. mantap..tahun depan kita try lagi trek nih ^^ ramai nak folo nih

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.