Monday, October 31, 2011

RS - ATV 2011


Lokasi : ATV Adventure Park Kuala Lumpur
Tarikh : 29 Okt 2011

Pada 29 Oktober 2011, seramai 14 orang Ahli KOHM dan 1 orang bukan Ahli KOHM telah berjaya menamatkan misi unttk mencuba sukan baru yang agak mencabar jugak iaitu ATV (Automatic Transmission Vehicle). ATV merupakan kenderaan yang menyerupai motor kacukan dengan kereta tetapi lasak. Semua peserta diminta berkumpul di Zoo Negara pada jam 2.00 petang.. sebab ramai gak yg xtahu nak pergi ke ATV Adventure Park Kuala Lumpur ni.. Bila semua sudah berkumpul di Zoo Negara, kami semua meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang dituju (skema xayat sy?? ^_^). Perjalanan untuk masuk ke Kg. Kemensah tu kira-kira 4.6 kilometer sebelum sampai ke destinasi.


Sampai-sampai jer, setiap peserta perlu mengisi borang yang disediakan pihak ATV.. lepas tu dengar taklimat sekejap daripada ATV Guide.. ATV Guide menunjukkan cara-cara untuk menggunakan ATV dengan betul, kalau silap langkah anda boleh terbalik.. kami dibahagikan kepada 2group... Group 1 : Jerol, Mariam, Sepul, Yen, Anim, Izana (datang khas dari P.Pinang semata2 nak join ATV.. tabikk!), & Garfu, manakala Group 2 : Ina Omar, Ikhwan, Arif, Len Rahman, Kaede, Luq, Aty & Yusrie… Lepas bagi group, masing2 ambil topi keledar untuk keselamatan pastu pilih la ATV yang korang nak (boleh pilih ker?? ^_^)...setiap orang diberi peluang buat 2 pusingan untuk biasekan diri...cuak gak bagi yang 1st timer macam aku... heheheheh... tersangkut-sangkut jugaklah...


Habis 2 round,masing-masing ambil tempat untuk memulakan perjalanan... Jam 3.00 petang, kami pom memulakan perjalanan...group kami akan dibawa ke waterfall... perjalanan mengambil masa 40 minit untuk sampai ke tapak waterfall.. sepanjang perjalanan, yang mencabar bagi kami yang 1st timer mencuba, ialah mendaki bukit...kalau xmantain tekan minyak tu, xnaik kot rasenyer..hehehehheeh.... lepas tu banyak lopak2 air, ade jambatan kayu, lalu dibawah batang2 buluh dan sepanjang trek banyak batu2 besar jugak, kalau xngelak mau terbalik ATV tu... boleh tahan jugaklah trek yang kami lalui...


Jam 3.40 petang kami group 1st sampai di tapak waterfall, beberapa minit kemudian, 2nd group pun sampai... masing-masing park ATV sambil dibantu abang-abang ATV guide yg baik hati... kami diberi masa lebih kurang 20 minit je untuk lepak kat waterfall tu... yang paling excited nak mandi waterfall ialah INA OMAR dan diikuti LEN RAHMAN (bukan ahli KOHM), ATY dan MARIAM... aku dan IZANA hanya mampu maen2 air ditepi2 batu jer...hahhahaha... yang lelaki, rata-ratanya jadi fotogaper dan ade yang mengisi perot... Oh! sebelum terlupa, TERIMA KASIH pada INA OMAR sponsor Karipap Ayam yg sedap tu... Jam 4.00 petang kami beransur naik dan berkumpul kat atas semula untuk sesi bergambar dan meneruskan perjalanan pulang... balik kami melalui jalan yang sama.. so, yang adventure nyer time turun bukit... muka cuak gak...hahahhahah... takot terbalik jer... tapi akhirnya kami semua sampai dengan selamatnya... 1st group sampai awal jugak, pastu sambil tunggu group ke2 sampai kami lepak2 kat area Swimming pool (kononnya)... group ke2 sampai, orang pertama yg masuk kolam tu INA OMAR... (memang suka air INA OMAR nie kan..pantang nampak air eh?? ^_^).. pastu diikuti geng-geng yang lain...


Jam 6.00 petang, Abe Garfu mengajak balik bagi mereka-mereka yang nak balik awal (sbb garfu nak balik Klang tengok baby dahlia..rindu katenyer...) antara yang balik awal, Mariam, Ikhwan & Izana, Abe Garfu, Yusrie, Nazrul & Yen diikuti aku & Aty... sebelum balik sempat lagi lepak kat parking kereta, bercit-cat kejap sambil tunggu Yusrie transfer gambar pada Abe Garfu... Disebabkan tukang buat laporan nie balik awal, so tahu la yang tinggal tu balik kol bape... So, kate akhir dari saya Majulah Sukan untuk KOHM... ^_^


Tukang report : OHM00116

2 comments:

  1. Mat Yus (Mohd Yusri Yusre)October 31, 2011 at 9:54 PM

    Best2 aktvt ni. Klu ade pluang, nk join lg. 1st time gak kot. Nk tmbh komen report ni. Khaidir xnaek bukit. Abg guide yg tolak. Mjur aku x smpt amik gmbr. Hahaha....

    ReplyDelete
  2. repot yg pantas.....sila bwat event ni lagi next year...besh oo0o0o0

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.