Monday, September 26, 2011

Sambutan Raya & AGM 2011

Bertempat di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi, Johol, Kuala Pilah, pada 24 September 2011 (Sabtu), Sambutan Aidilfitri 1432H serta pada 25 September 2011 (Ahad), Mesyuarat Agung KOHM yang pertama telahpun berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan lebih 60 orang peserta termasuk ahli dan keluarga masing-masing. Jutaan tahniah serta terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan dua aktiviti penting KOHM ini. Semoga aktiviti ini dapat dijayakan lagi pada masa-masa akan datang.

Berikut adalah laporan ringkas aktiviti yang telah dijalankan;


24 September 2011 (Sabtu)
Seawal 0400, Syed & beberapa orang ahli KOHM yang lain (uncle rozi, jerol, yen, anim, , jai, echa, yazid, aty) mula tiba ke lokasi, dan mengejutkan En Zain & Abg Eat serta keluarga mereka yang telah mula berkampung di lokasi lebih awal bagi menguruskan persediaan sambutan yang bakal diadakan.

Lebih kurang 1130, ahli-ahli yang lain mula tiba secara berperingkat-peringkat., antaranya rusman, garfu, ninie, kodok, faiz, pidin, sepul, eza, joe & aliff. Semakin ramai yang tiba maka semakin meriah hutan rekreaksi tersebut dengan gurau senda, sakat menyakat serta gelak ketawa mereka. Maklumlah, bukan selalu dapat berjumpa dan beramah mesra kan ^^.


Lebih kurang jam 1230, yaya & reen tiba, dijemput oleh uncle rozi & jerul dari Pekan Tampin sebab tak tau jalan katanya (padahal nak manje2 ngan uncle rozi..haishh). Kemudian urusan pendaftaran dijalankan oleh ninie walaupun tangan masih berbalut (terseliuh semasa di Gng Batu Putih)

Sebaik sahaja tiba, peserta mula sibuk menyediakan juadah untuk sambutan raya yang akan diadakan pada malam nanti. Paling sibuk adalah Chef Jai (peserta masterchef Malaysia musim kedua) dan yang juga turut dibantu oleh aweks yang lain.

Lebih kurang jam 1300, sebilangan peserta menjalankan aktiviti berkayak & mengutip pucuk paku diseberang sungai batu maloi untuk hidangan makan tengahari. Aktiviti berjalan lancar, sampaikan ada yang berebut-rebut nak berkayak ekekekeke


Selesai makan tengahari, peserta dengan aktiviti masing-masing, ada yang berendam kat sungai, ada yang berkayak, ada yang outing ke pekan tampin dan ada yang memasak juadah untuk malam nanti.

Semasa rakan-rakan sibuk berendam dan bermain air, garfu sempat juga mengadakan kelas kayak secara ad-hoc dan dibantu oleh aliff. Sedikit ilmu kayak diturun untuk dikongsi dengan rakan-rakan yang lain (yang ada di tempat kejadian je).


Kemudian, ketibaan uncle dan famili serta bro yus. Dikuti isz dengan kuda 4 lejang beliau serta kak mar dan anak-anak. Juga ketibaan shook dan isteri. Nur MawarKu juga tak ketinggalan walaupun sekejap ada sekejap takde..cam biskut lak dia ^^ (terima kasih sebab sponsor banyak kueh & makanan.. memang terbaekk lah)

Lebih kurang 1800, persiapan BBQ dimulakan. Arang mula dibakar untuk dijadikan bara, kemudian berketul-ketul ayam yang telah dipotong dan diperap dengan resepi rahsia turun temurun, disusun cantik di atas jaring dawai.. Sesekali bara dikipas dengan gemalai mengikut alunan lagu raya bagi mengawal tahap kepanasan serta suhu bara. Dan, diikuti ikan jaket, turut dibakar dengan teliti penuh sopan santun bagi membangkitkan aroma yang menusuk kalbu, sungguh mengoda nafsu makan..fuhhh (memang rugi sapa tak join ^^)


Selepas maghrib, peserta mula mempersiapkan diri masing-masing untuk sambutan Aidilfitri 1432h. Sungguh cantik dan menawan gadis-gadis KOHM melaram dengan baju raya.. “Sapa bilang gadis KOHM tak menawan….tak menarik hati, tiada memikat….” Opsss tetiba lak kuar lagu jamal abdilah ^^.. dan uncle rozi juga tidak ketinggalan dengan fesyen raya yang pelik dan lain dari yang lain.. berbaju melayu yang dipadankan dengan seluar trek…erkkkk???! (ada jugak kes tertinggal seluar baju melayu hahahaha) Bagi jejaka-jejaka yang lain, memang hensem dan gojes sekali berbaju melayu (kecuali masta isz.. lupa bawak baju melayu sebab naik kuda ke lokasi, time bergambar pun duk belakang2 je hahaha).


Dalam kesibukan peserta melaram dengan baju raya masing-masing, ketibaan tengku wayar putus diringi dayang-dayang iaitu dila, fana, zah dan lah.. diikuti ketibaan hawa, eqin, along dan awek senyum sokmo (lupa tanya nama..tanya sekarang boleh tak? Awak nama apa ek?? ^^)

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar yang dimulakan dengan ucapan ringkas oleh tuan pengerusi, rusman. Juadah yang dihidang memang best. Kenyang beb. Terima kasih la kat sapa yang masak sume-sume tu ye ^^. Sambutan turut diserikan nyanyian lagu selamat hari lahir beramai-ramai serta acara potong kek hari lahir sempena hari kelahiran anak en.zain & abg eat.


Selesai menjamu juadah raya, semua peserta kemudian berkumpul di dewan serbaguna bagi acara pemberian duit raya kepada kanak-kanak serta insan paling senior (haishhh tak aci sungguh!). Kemudian diikuti dengan sesi bergambar beramai-ramai dan sesi bergambar in-person untuk gambar kad keahlian.. Seorang demi seorang di jemput untuk diambil gambarnya dalam studio mini yang disediakan oleh jai (aikkk jijai lagik) dan dibantu oleh jurugambar yen, lighting sepul (jadik tiang lampu jek hahaha) serta anim (make artis..wahh).

Lebih kurang jam 2330, faizal Hariri serta famili tiba (wah dah besoo dah anak kembar beliau ^^)


25 September 2011 (Ahad)
Seawal jam 0700, chef jai mula ketuk-ketuk kuali bagi menyediakan sarapan pagi untuk semua peserta.. Menu diberi nama “Nasi Goreng Jai Tak Mandi Lagi” memang best.. kecur air liur beb hahaha.

Selepas bersaparan, lebih kurang jam 0930, Mesyuarat Agung KOHM yang pertama dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi iaitu rusman, dan diikuti laporan aktiviti oleh setiausana, garfu. Kemudian disusuli laporan kewangan oleh bendahari, uncle zainul.


Banyak juga yang dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut, antaranya mengenai yuran, dan mesyuarat telah memutuskan bahawa Yuran tahunan akan mula dikutip untuk sesi 2012 sebanyak RM50/setahun dan boleh dibayar kepada bendahari samada melalui e-banking / ATM ataupun Cash (maklumat lanjut boleh rujuk minit mesyuarat yang akan disiapkan dalam masa yang terdekat). Dan paling best, pengumuman daripada en. faizal Hariri (touke sofea bakery), bahawa pemberian diskaun kepada semua ahli KOHM untuk setiap tempahan kek (biasa /3D) yang dibuat dengan Sofea Bakery (http://sofiabakery.webs.com/) dengan syarat perlu nyatakan No Keahlian OHM (yang sah) semasa tempahan dilakukan. Kepada ahli-ahli KOHM yang bakal melangsungkan hari bahagia tidak lama lagi tu, jangan tunggu lama-lama..buat la tempahan sekarang hihi - u.p : OHM00007 ^^ (iklan sikit)

Mesyuarat ditangguhkan lebih kurang jam 1100.


Kemudian aktiviti meneroka gua dijalankan, ingatkan tak ramai yang nak masuk gua, rupa-rupanya hampir separuh daripada peserta yang turut serta termasuk 5 kanak-kanak. Aktiviti bermula lebih kurang jam 1230 dan berakhir 2 jam kemudian dengan jaya dan berjalan lancar.


Lebih kurang jam 1600, peserta mula beransur-ansur meninggalkan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi dengan kenangan yang takkan dapat dilupakan. Jutaan terima kasih di atas penglibatan serta komitmen yang ditunjukkan. Semoga sokongan sama yang berterusan dapat diberikan supaya KOHM lebih maju dan kedepan di masa-masa hadapan.

Semoga berjumpa lagi di lain aktiviti. Sekian ^^


-garfu-

5 comments:

  1. Pehhh ! Seronok-seronok.

    Tapi ayat ni "memang rugi sapa tak join ^^" memang menyayat hati. Haha

    ReplyDelete
  2. huhuhu~ seronok jupe pamili KOHM

    ReplyDelete
  3. hahahah...abe garfu wat laporan lagi cepat..heheheheh.....patutlah puji melambung...hukhukhuk....

    ReplyDelete
  4. baru laa berkaliber & efisyen namanye hahaha ^^ uhukk uhukkk uhukk..nak tunggu orang tuh buat ada jek alasannye huh :p

    ReplyDelete
  5. bselera aku baca..hahahahaha

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.