Monday, August 15, 2011

RS - Sahur @ Bkt Broga

-view drp puncak yang pertama Bukit Broga-
12.08.2011
11.00 malam 
- Ketibaan para peserta yg menjoinkan diri utk bersama-sama sahur di Bukit Broga (xpyahla sebut sorang2 eh…xbape nak igt sgt nama nie). Sementara menunggu peserta-peserta lain tiba, persiapan beg dan kelengkapan dilakukan.

11.30 malam
- Ada gak group yg lambat sampai. Awie and the gang pastu baru aku & Yen. Sampai2 terus Abe Garfu bagi borang suruh isi.

-jerol (bujang lagi) & uncle(dah berpunya) sedang menjamu sahur-

12.00 tengah malam
- Kami mengambil keputusan utk teruskan perjalanan sbb ada group yg lambat sampai. Kalau kami terus menunggu group lagi 1 mesti sekejap je lepak kat atas nanti. So, Abe Garfu pun mengajak kami membawa kereta dan parking dekat dgn point utk mendaki. Sebab masing2 dah malas nak jalan kaki dari tempat parking bawah tu.

13.08.2011
12.05 tengah malam 
- Ada taklimat sekejap oleh Abe Garfu, pastu bacaan doa oleh DD. Sambil2 tu mana yg bru sampai tu, membuat senaman ringan.

12.15 tengah malam
- Perjalanan ke Bukit Broga dimulakan . Guide yang bertugas ialah Nazrul, dan Aliph sebagai sweeper. Bila sampai suku jalan Guide bertukar orang , sbb guide (Nazrul) yg dilantik mengadu kepenatan ^_^. Perjalanan diteruskan kejap2 Nazrul depan, kejap2 DD kat depan, pastu Nazrul balik yg guide.

-bakal pengantin (awie) sedang menjamu sahur sambil disuluh oleh bakal pengapit (hawa)-
1.00 pagi
- Akhirnya sampai gak kat Check point 1. 1st sampai DD dan Uncle Zainul dan diikuti peserta2 laen. Bila semua dah sampai masing2 cari port nak lepak untuk melepaskan lelah kepenatan kejap. Tidak lama selepas itu, nampaklah Abe Garfu sampai, merupakan org last yg sampai ^_^. Bila Epol start mengeluarkan brg2 masak, masing2 pom sibuk nak kuarkan makanan yg dibawa. Yang bawa Kamera dah start sibuk shoot gambar, mencari-cari angle utk shoot. Alhamdulillah, cuaca amatlah baik walaupun sebelum tu kawasan selain Semenyih hujan turun dengan lebatnya. Tapi pagi2 yang hening itu cuaca sgt baik dan diterangi cahaya bulan yg cantik dan terang bagai menyuluhkan kami yg bersahur di Bukit Broga itu.

-dinkdunk duk layan oh bulan-

1.40 pagi
- Group yg lambat tu pun sampai. Terdiri drp Ijan, Zt dan Isz. Mereka sampai terus kecoh kat atas tu. ^_^ . Dorang dtg xbawak makanan pom, tapi Nazrul telah kuarkan makanannya lagi. Rajin sungguh bujang sorang nie, siap masak dari rumah tu…. ^_^ Aktiviti makan diteruskan sampai lebam..

2.30 pagi
- Abe Garfu mengarahkan berkemas-kemas sbb kol 3.00 pagi dah kene turun. Aktiviti pembersihan pom berjalan, dan peserta pun mula berkumpul untuk meneruskan perjalanan pulang.

-model evergreen a.k.a model budjet-
3.15 pagi
- Semua peserta berjaya sampai dengan selamatnya dan Ada yang balik terus dan ada yg bersahur buat kali ke-2.

-saya lah OHM116... hihi gatai dahi lak-

:: Disediakan oleh : OHM116 ^_^

1 comment:

  1. hahahaha....gambar last tu sy xletak eh2.....huhuhuhu ^_^

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.