Thursday, August 4, 2011

RS- Menuang


Catatan peristiwa :

Jumaat, 29 Julai 2011

11.45 p.m - Ketibaan sulong Sepul, Nazrul, Eza (tunangan nye Sepul) dan Jo, berkumpul di parking kereta di pintu masuk Gunung Nuang. Tidak lama kemudian Kaede, Luqman dan Yusre (bkn bro Yus) tiba di tempat kejadian. Sementara menunggu peserta-peserta lain tiba, persiapan beg dan kelengkapan dilakukan.


Sabtu, 30 Julai 2011

01.15 a.m - Setelah 1 jam lebih menunggu, tiba kemunculan Uncle zainul, Bro Yus, Ismail (a.k.a Shanks Leroux) dan yang lain-lain di tempat kejadian. Aktiviti memunggah dan pembahagian barang-barang dapur dijalankan mengikut bilangan peserta.

02.50 a.m - Seramai 25 peserta berkumpul dan urusetia memberi taklimat ringkas tentang program. Senaman ringan dilakukan sebelum perjalanan yang diketuai oleh Hilmi Kujaji.

03.13 a.m - Perjalanan ke Kem Lolo dimulakan. Guide yang bertugas ialah Nazrul (guide awek2 je), dan Sepul sebagai sweeper. Tiba di pondok 1 pada pukul 03.40 a.m. Tiba-tiba hujan turun dan terpaksa tunggu lebih kurang 15 minit. Dalam kesamaran malam muncul 2 lembaga kuning (bukan maskot Digi ye…) iaitu Uncle Rozi dan ‘Wayar putus’. Perjalanan diteruskan~~~~~

05.30 a.m - Tiba di Kem Lolo, cari port, pasang khemah pastu tidur. Pastu tak ada apa-apa aktiviti kecuali masak-masak dan makan-makan.


12.00 p.m - Persiapan ke puncak gunung. Packing barang dan bekalan.

01.30 p.m - Mula perjalanan menuju puncak. Seramai 15 peserta yang mengambil bahagian, yang lainnya lepak dan ada yang sambung tidur di Kem Lolo. Guide yang bertugas Nazrul dan Sweeper Sepul dibantu oleh Hilmi. Tiba di Kem Pacat pada pukul 03.33 p.m. Berhenti untuk rehat dan makan di Kem Pacat.


03.50 p.m - Perjalanan diteruskan. Dipertengahan jalan, bro Jo terpaksa menarik diri dari meneruskan perjalanan atas sebab kesihatan. Oleh kerana bro Jo ‘cannot go’, Sepul terpaksa menemankan beliau turun dan berehat di Kem Pacat, sementara Sweeper diganti oleh Hilmi. Perjalanan diteruskan dan tiba di Puncak Pengasih pada pukul 05.02 p.m. Kaede dan Hero Remaja mengalami kekejangan akibat cuaca yang sejuk (biasa la orang malaysia) dan putus harapan untuk meneruskan perjalanan. Tetapi dengan galakan dari guide handalan dan rakan-rakan, mereka meneruskan perjalanan dengan penuh bersemangat.

05.35 p.m - Tiba dipuncak dengan jayanya. Peserta berehat sebentar sambil menikmati pemandangan berkabus dan cuaca sejuk di puncak. Nazrul selaku guide berehat dan makan bekalan beliau sambil menjeleskan peserta-peserta lain. Sesudah beliau makan, beliau tidur sebentar sementara peserta lain meng ‘snap-snap’ gambar untuk kenangan.

06.15 p.m - Persiapan untuk turun. Nazrul sedar dari tidur dan mengalami kekejangan di seluruh badan. Setelah beliau sapu minyak panas, beliau terus ok, dan perjalanan turun diteruskan.

07.01 p.m - Tiba di Puncak Pengasih dan perjalanan diteruskan. Dalam perjalanan menuju ke Kem Pacat, keadaan trek yang licin menyukarkan lagi perjalanan turun.


08.12 p.m - Tiba di Kem Pacat. Berehat sebentar sambil menunggu pasukan rescue tiba seperti yang dijanjikan. Tapi janji tinggal janji, pasukan rescue tak kunjung tiba. Perjalanan turun ke Kem Lolo diteruskan. Dalam perjalanan, terserempak dengan pasukan rescue tengah lepak-lepak, peserta pun tumpang sekaki dan ‘paw’ bekalan makanan dari rescue. Pasukan rescue terdiri daripada Uncle Zainul, Sepul, Bro Yus dan Al Fadi. Setelah berehat selama 10 minit, perjalanan diteruskan.

09.15 p.m - Tiba di Kem Lolo. Ada peserta yang terus mandi dan ada yang melantak (lapar).

10.00 p.m - Sesi sembang bersama Abe Garfu dan team yang baru sampai (yan dan izzudin). Selepas itu masuk tidur.


Ahad, 31 Julai 2011

10.00 a.m - Bangun tidur dan sarapan. Persiapan untuk turun dilakukan. Khemah di buka dan lakukan sedikit pembersihan di kawasan pekhemahan.

11.30 a.m - Peserta berkumpul dan memulakan perjalanan mengikut trek sungai menuju ke air terjun bomoh Ali. Guide yang bertugas ialah Sepul dan Sweeper Kaede dibantu oleh Al Fadi.


12.40 p.m - Tiba di air terjun. Nini, Eza, Sepul dan Echa dengan baik hatinya menyediakan makanan tengahari, menu megi sosej. Ada peserta yang mandi dan ada peserta yang santai-santai sahaja.

02.00 p.m - Setelah selesai makan tengah hari, perjalanan diteruskan menuju ke tasik empangan.


03.00 p.m - Tiba di tasik, berehat sebentar dan sesi bergambar.

0.310 p.m - Perjalanan diteruskan dan tiba di pintu masuk Gunung Nuang lebih kurang pukul 03.30 p.m. Peserta mandi dan ada yang terus pulang

~~~Tamat~~


:: dicatat oleh : OHM00110

1 comment:

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.