Tuesday, August 23, 2011

Majlis Iftar OHM

-Peserta Iftar 2011 KOHM-


Pada 20 Ogos 2011 Majlis IFTAR Orang Hutan Malaysia 2011 telah Berjaya diadakan di Restoran Nur Alya, Putra Height yg dihadiri seramai 55 orang yg terdiri daripada Ahli-ahli OHM serta famili dan rakan-rakan. Restoran tersebut menyediakan makanan secara buffet dan bayaran utk Dewasa (RM20.00) Kanak-kanak 5-12 (RM10.00).

-menyelerakan-

6.00 ptg – 7.00 ptg
- Ketibaan Ahli-ahli Orang Hutan Malaysia. Mana yang sampai awal sanggup tunggu kat luar restoren, sbb masing2 tak tahan godaan makanan (hehehehe….ye kot). Bila Setiausaha OHM (BRO GARFU) sampai, beliau mengambil kehadiran Ahli-ahli OHM dan bagi yang belum bayar lagi, masa nie Bendahari OHM (UNCLE ZAINUL) mainkan peranan beliau. Bila SIS AWIE mengadu kepenatan berdiri diluar dan beliau mengajak duduk didalam restoran, (alasannya kesian pada ibu yg mengandung berdiri lama-lama kat luar ^_^), barulah kaum-kaum HAWA bergerak mengambil tempat yang telah di RESERVED kan dan diikuti kaum-kaum ADAM. AJK Longistik (BRO YUSRIE) memainkan peranan menunggu Ahli-ahli yag lambat sampai diluar restoren.

-menunggu azan berkumandang-
7.00 ptg – 7.20 ptg
- Majlis dipengerusi oleh BRO GARFU dan dimulakan dengan bacaan Doa oleh AJK Biro Khas (DINKDUNK) (perlahan sgt baca doa,alih-alih dan amin jer…), kemudian diikuti sedikit ucapan dari TOKWAN (Ketua IFTAR OHM 2011). Majlis IFTAR OHM 2011 diteruskan lagi dgn ucapan dan perasmian oleh Pengerusi OHM (BRO RUSMAN) serta penyampaian surat perlantikkan kepada AJK BIRO-BIRO OHM yg telah dilantik. Selesai penyampaian surat perlatikkan tersebut, masing-masing mula mengambil makanan dan minuman yg telah disediakan sementara menunggu waktu berbuka tiba.

-Ucapan drp Pengerusi KOHM-


7.30 ptg – 9.00 mlm
- Akhirnya tiba waktu berbuka dan sekali lagi bacaan doa diketuai oleh AJK Biro Khas (DINKDUNK). Masing-masing mula makan dengan aman (memang nampak muka-muka kelaparan masa ni muncul ^_^). Ada yang buka minum air dan kurma pastU terus pg Solat Maghrib kat sebelah restoren (kaum ADAM). Bagi kaum HAWA, tempat solat agak jauh sikit dari restoren. Mana yang dah solat tu terus sambung makan sampai lebam….Dalam kol 8.30mlm ada lagi 1 group baru sampai, yan,nisa & pasangan, syed. Dengarnya mereka sesat nak sampai ke restoren nie. Nasib sampai juga walaupun lambat. Lebih kurang kol 9.00 mlm, sesi bergambar pom bermula…punyelah lame nak tunggu Fotografer-fotografer bertauliah setting kamera. Dah mcm artis rasanya, merata-rata ada kamera.

-Penyerahan surat lantikan biro-
9.15 mlm
- Seorang demi seorang mula mengundurkan diri. Masing-masing ada aktiviti lain selepas itu. Sesi bersalaman pon berlaku (kaum HAWAhabis pipi masing2kan… ^_^). Bersurai……

-Meriah-

***Terima kasih pada AJK-AJK OHM yang bertungkus lumus,memastikan Majlis IFTAR OHM 2011 berjalan dgn lancarnya dan tidak kurang jugak pada mereka yang sudi menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis ini. Semoga dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kita.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN
DARIPADA OHM116
(*raya jemputlah dtg kerumah ^_^)

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.