Wednesday, July 6, 2011

RS - OHM Race 2011


OHM Race ala2 Amazing Race yang berkonsepkan Nature, Recycle & Adventure khas untuk ahli OHM yang berdaftar sahaja telahpun dijalankan di Bukit Putus, (berhampiran Hutan Lipur Ulu Bendul) Kuala Pilah, pada 2 Julai 2011. Acara yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan serta semangat setia kawan sesama ahli OHM ini disertai oleh 11 pasukan dan setiap pasukan diwakili oleh 2 peserta (3 pasukan menarik diri di saat akhir disebabkan masalah rumahtangga ^^)

Pada 2 Julai 2011, seawal 7.30 pagi lagi peserta dan urusetia serta anggota Polis yang akan membantu mengawal lalulintas mula tiba ke lokasi kejadian dengan semangat yang berkobar-kobar dan tersengih-sengih (muka manis la katakan). Pagi itu, tuan Syed selaku urusetia memulakan tugas beliau di meja pendaftaran (bonet kereta je) dan mendaftarkan pasukan yang mengambil bahagian dan berani menyahut cabaran; Meow-Meow, Shuke-Shuke, Otai Pentipu, Jack & Jill, The Joe's, Road Runner, Honey Madu, Tuyut Tuek, KAMI, Kite Bako Jew dan Ayam Renek. Manakala Uncle (dibantu oleh wife beliau & Lah),Kodok, Isz, Lan & Amir pulak sibuk dengan botol-botol mineral kosong serta tin-tin aluminium kosong yang akan digunakan di dalam OHM Race pada kali ini. Sebelum peserta dilepaskan, taklimat kepada peserta & urusetia diberikan secara berasingan. Rusman ditugaskan untuk memberikan taklimat mengenai syarat serta peraturan OHM Race kepada peserta dan diikuti dengan kelas tuisyen khas tentang cara menggunakan kompas dengan betul secara percuma ^^. Manakala, garfu ditugaskan untuk memberikan taklimat kepada urusetia serta persiapan di check point (CP) dan menyetelkan apa yang patut.

Tepat jam 10.00 pagi, pasukan pertama dilepaskan dan dikuti pasukan-pasukan lain dengan selang 2 minit untuk setiap pasukan. Setiap pasukan diwajibkan menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan sebelum meneruskan tugasan yang seterusnya. Sebanyak 10 CP disediakan dan 1 CP Bonus. Sebaik sahaja peserta dilepaskan Jai, selaku jurugambar event dan dibantu oleh Joe (adik kodok) mula ‘menembak’ gelagat peserta serta urusetia di setiap CP untuk diabadikan. (sila layan album OHM ye)

Selepas berhempas pulas menyelesaikan tugasan beserta menerima penalti, akhirnya lebih kurang jam 12.30 tengahari, semua peserta tiba ke CP Akhir dan menamatkan cabaran OHM Race dengan wajah-wajah kepenatan dan ke’comot’an ^^. Kemudian semua yang terlibat mula meninggalkan kawasan Bukit Putus untuk ke Hutan Lipur Ulu Bendul bagi acara pembahagian hadian serta acara berendam sampai lebam.

-peserta yang mengambil bahagian-

Senarai Pemenang :
Tempat Pertama : Otai Pentipu (Uncle Rozi & Wayar Putus)
Tempat Kedua : Tuyut Tuek (Tadan & Yazid)
Tempat Ketiga : Ayam Renak (Sapik & Farah)
Saguhati : Honey Madu (Mazu & Dura)
Saguhati : Jack & Jill (Jerol & Zt)
Saguhati : Road Runner ( DinkDunk & Yanti)

TAHNIAH! Kepada semua pemenang.

Pihak Komuniti Orang Hutan Malaya ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan OHM Race. Tanpa kalian, tak mungkim OHM Race akan berjalan lancar. Tak dilupakan juga kepada Ketua Balai, Balai Polis Terachi, Kuala Pilah di atas kerjasama mengawal lalulintas yang diberikan disepanjang acara ini berlangsung. Semoga acara ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang…..tahun depan?? …mungkin! ^^

6 comments:

  1. OHM Race besh bro.... xsabar pahnie maw tgk next race lak... truskan usaha OHM

    ReplyDelete
  2. bkn tuyut tuek no 2 ke???

    ReplyDelete
  3. ada berapa team nama Tuyut Tuek ni? ^^

    ReplyDelete
  4. 1 je abg garfu...limited..

    ReplyDelete
  5. budjet terhad lor ^^

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.