Monday, July 25, 2011

RS - Jimba Ramba Sungai Chiling

Pada 24 Julai 2011 (Ahad) , Aktiviti Jimba Ramba telah pun diadakan dengan jayanya di Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu, Selangor. Aktiviti kali ini telah dijayakan oleh ahli OHM seramai lebih kurang 14 orang (12 dewasa & 2 kanak2).


-Pintu Gerbang Santuari Ikan Sungai Chiling-

                                                                           -Waktu Dibuka -
Aktiviti bermula pada pukul 9 pagi, dimana para peserta mula berkumpul di kawasan parking Petronas berdekatan Pusat Membeli Belah Giant Batu Caves. Antara peserta yang awal tiba adalah yus, garfu, & isz kemudian diikuti oleh Kaede bersama rakannya dua orang yang tiba tidak lama selepas itu. Manakala uncle dan family menunggu kami di Petronas Sungai Tua kerana kami akan melaluinya untuk ke destinasi kami. Manakala, Sepul dan Nasrul bergerak agak lewat sedikit daripada kami kerana mengalami masalah jiwa kacau. Jam 9.30 kami mula bergerak menuju ke Ulu Yam Lama, dan family uncle akan ikut belakang kami apabila kami lalu dihadapan Petronas Sungai Tua. Perjalanan diteruskan melalui jalan Ulu Yam sehingga ke Kuala Kubu Bharu.
                                                             -Garfu, yus , kaede dan 2 orang rakannya-
                                                                 - Sweet Family Uncle Punya-


                                                                           -Pos Pendaftaran-


                                                          -Surau serta Tandas/Tempat salin pakaian-
Sebaik sahaja sampai di Kuala Kubu Bharu, para peserta yang tidak pernah sampai teruja dengan kecantikan empangan dan kehijauan flora disekitar empangan tersebut. Untuk pengetahuan semua , masa yang diambil untuk kesini lebih kurang sejam jika tiada apa-apa halangan. Setelah sampai di Santuari Sungai Chiling, kelihatan ramai orang awam bersama kawan-kawan serta keluarga mereka di tempat letak kereta, menuju ke destinasi yang sama. Untuk ke Sungai Chiling kita perlu berjalan kaki sejauh 200 meter untuk ke pos pendaftaran.
                                                                 - Isi borang dulu kalau nak masuk yea-


                                                             - Jambatan Untuk Menyeberangi Ke Trek-

Sesampai sahaja di Pos Pendaftaran , kami mengisi boring keluar masuk yang wajib diisi oleh semua pengunjung yang masuk . Setelah habis mengisi borang, kami melalui denai untuk ke air terjun selama 40 minit pada masa yang sama, kami akan melintasi beberapa anak sungai.
                                  -Jambatan ini hanya boleh dilalui seramai 4 orang pada satu masa-


                                                                    -Berjalan kaki ke Air Terjun-


Tanpa melengahkan masa yus  mencari kawasan untuk duduk makan dan minum sebelum mandi manda di Air Terjun berdekatan. Setelah meletakkan barang dan makan untuk sarapan pagi, kami mula mandi manda menghilangkan segala masalah-masalah yang bermain dikepala kami.  Yus dan garfu pergi lebih awal kerana tidak tahan dengan keasyikkan air terjun sungai chilling. Anak-anak uncle pula seronok bermain bersama ikan-ikan kelah yang terdapat disitu. Isz pula menjadi jurugambar sepanjang masa.
                                                          -Abang Paling Handsome dalam trip hik3-


                                                                                   - Yahoo!!-


                                                                            -Kita makan dulu!-


                                                                         - Nyum3-

Sepul dan nasrul pula sampai lebih kurang dalam setengah jam selepas kami sampai disitu. Kami berada disitu lebih kurang dalam 2 jam, mandi-manda, bersembang mengenai OHM dan bermain ikan kelah. Apabila cuaca semakin mendung kami berpakat untuk pulang kerana khuatir hujan lebat. Setelah mengemas kawasan kami, kami bergerak pulang ke post renjer untuk daftar keluar serta menyalin pakaian basah.
                                                           -opocot kau! kan jatuh dah hahaha-
                                                          -zassss! yahoo... sepull-
                                                             - ikan-ikan yang comel hehehe-
Selesai sahaja urusan kami, kami bergerak menuju ke parking kereta dan meneruskan perjalanan ke empangan untuk sesi bergambar beramai3. Setelah selesai semua pulang menuju ke rumah masing-masing.
Kesimpulan ;
1. Aktiviti Riadah Santai yang sempoi setakat ini kerana dapat mandi manda dengan kelah.

2. Lokasi yang menarik, walaupun ramai serta kurang tempat untuk duduk. Lain kali kena bawak kerusi panjang ^^

3. Masih banyak sampah sarap yang perlu diberikan perhatian. Papan tanda serta bakul sampah perlu ditambah dan diletakkan di tempat sekitar kawasan perkelahan.

4. Kepada para peserta diminta untuk menguruskan masa anda sebaik mungkin.(^_^)
5. Terima kasih kepada semua ahli OHM yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti RS pada kali ini.



::disediakan oleh : OHM00173

2 comments:

  1. korang rasa kat gua batu maloi boleh buat aktiviti beri makan ikan tak?

    ReplyDelete
  2. salam
    sg.chiling mmg tutup isnin cmpi khamis ke?
    ssh la kalo weekend je bkk confirm rmi gle org

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.