Monday, May 9, 2011

RS - Mancing & BBQ @ Tg Tuan


Pada 7 hingga 8 Mei 2011, Aktiviti Riadah Santai - Mancing & BBQ telahpun diadakan di kawasan tepi pantai, Rizab Hidupan Liar Tanjung Tuan atau lebih tepat lagi, di tapak perkhemahan PPBD Tanjungg Tuan, Melaka yang berhampiran dengan Pulau Masjid. Aktiviti kali ini telah dijayakan oleh ahli OHM serta keluarga seramai lebih kurang 33 orang (24 dewasa & 9 kanak2).

-lokasi tapak perkhemahan ppbd tg tuan-

Aktiviti bermula pada 7 Mei 2011, lebih kurang jam 4ptg, peserta mula berkumpul di kawasan parking Pejabat Jabatan PERHILITAN, Rizab Hidupan Liar Tg Tuan. Antara peserta yang awal tiba adalah man.g & famili, uncle & famili, yus, eqin, ayee & famili, garfu & wife, seri & famili, awie & tunang kemudian diikuti oleh aidil, arenim serta dinkdunk yang tiba tidak lama selepas itu. Selepas barang2 diagihkan, peserta memulakan trekking di sepanjang laluan hutan paya bakau serta pantai lebih kurang 15 ke 20 minit sebelum tiba di campsite PPBD Tg Tuan. Sebaik sahaja tiba, semua peserta terus mendirikan khemah masing2 dan penyiapkan joran sementara menunggu air pasang. Selang tidak lama selepas itu, peserta akhir tiba iaitu syed, echa, yan, ninie, jerol, yen, epul & aryanti. Selesai mendirikan khemah, para peserta tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenang-kenangan ala model gitu. Panorama di sekitar kawasan tersebut agak memukau kalbu (walaupun muka memasing dah mula rasa melekit2).

-macam model gitu-

Sebaik sahaja senja melabuhkan tirai malam, aktiviti mandi di perigi berlangsung dengan meriah sekali disebabkan pam air tersumbat, sebelum itu latihan mencampak timba dalam perigi dipraktikkan kerana ada peserta yang agak kekok menggunakan timba ( ^^ haha). Kemudian satu taklimat diberikan oleh big boss mengenai aktiviti serta perancangan aktiviti OHM yang akan datang. Kemudian, aktiviti BBQ bermula. Menu utama, ikan cencaru beserta ayam, sosej, fishball, sotong dan nasi goreng sememangnya lazat & mengoda selera para peserta. Terima kasih kepada wife big boss kerana menyediakan juadah untuk aktiviti kali ini (lain kali bleh jd chef lagi ^^). Alhamdulillah semua peserta berselera menjamah juadah BBQ dinner yang disediakan.

-kite bako aje-

Selesai makan, joran di capai dan peserta mula memilih lokasi untuk memancing. Macam-macam teknik memancing dipertontonkan, al-maklumlah, rata2 yang turut serta dalam aktiviti ini bukanlah pemancing tegar..jadi paham2 je la ye ( ^^ haha)

-nelayan part time-

Aktiviti memancing berterusan hingga ke tengah malam. Lebih kurang jam 11mlm, kami menerima kunjungan daripada rakan2 OHM yang lain seramai 5 orang iaitu uncle rozi, wayar putus, anne, sofee & ani (kalau tak silap). Sessi berborak, berbincang, mengutuk & menyakat kemudiannya berlangsung hingga ke tengah malam sebelum mereka memohon diri untuk balik.

-port baekk punye-

Pada 8 Mei 2010, Cuaca pagi itu agak baik, dan panorama matahari terbit tidak dilepaskan begitu saja. Jurugambar serta model mula beraksi dan berhenti apabila matahari makin naik agak tinggi. Panas & pedih muka serta kulit beb! Memasing mata jadi sepet disebabkan silauan matahari pagi.

-interpretasi-

Selesai bersarapan, (menu pagi : Nasi Goreng, Ikan Bako, Ayam, Sardia, Roti dll..fuhh!), peserta mula merobohkan khemah dan berkemas. Kemudian, aktiviti Jungle Clean Up dijalankan di sepanjang Rentis Keramat hingga ke Puncak Rumah Api Tanjung Tuan. Agak banyak juga sampah yang telah berjaya dikutip oleh peserta. Perancangan akan datang Jungle Clean Up siri Khas akan diadakan di situ disebabkan masih banyak lagi sampah yang tidak dapat dikutip kerana tersangkut di lereng2 bukit dan agak merbahaya untuk di kutip, tarikh akan ditentukan kemudian. Selesai aktiviti JC, sampah2 dikumpulkan di satu tempat untuk memudahkan pihak pengurusan memungut dan membawa sampah2 tersebut keluar untuk dilupuskan.

-jungle clean up-

Lebih kurang jam 1ptg, sebaik sahaja air surut, peserta mula beredar daripada basecamp PPBD dan trekking ke Pejabat Jabatan PERHILITAN RHL Tg Tuan. Selepas semua peserta tiba dan mandi, memasing mula bersurai.

-orang kuat OHM, sekuat tiger!-

Kesimpulan ;
1. Aktiviti Riadah Santai yang paling best setakat ini. Memang betul2 santai. (memang rugi pada yang tak dapat join)
2. Lokasi yang menarik, walaupun panas serta banyak nyamuk. Lain kali kena bawak kelambu ^^
4. Masih banyak sampah sarap yang perlu diberikan perhatian. Papan tanda serta bakul sampah perlu ditambah dan diletakkan di tempat rehat yang terdapat disepanjang rentis. (kerana kat situ banyak sampah dicampak ke lereng2 bukit oleh pelawat & agak sukar untuk dikutip)
5. Terima kasih kepada semua ahli OHM & bukan ahli yang terlibat di dalam menjayakan aktiviti RS pada kali ini.
6. Terima kasih tak terhingga juga kepada pihak pengurusan Rizab Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka terutamanya kepada Pn. Afzan atas kerjasama serta kesudian membenarkan OHM beraktiviti di RHL tersebut. I.allah lain kali kami akan datang lagi ^^

-same vision-

:: Layan gambar aktiviti di SINI
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.