Sunday, February 20, 2011

Scuba @ Kolam Renang Maybank Academy, Bangi


Akhirnya, kelas praktikal @ kolam telahpun berakhir dengan kepuasan yang tak terhingga (hati dah tak sabar nak masuk laut pulak). 2x kelas praktikal yang dihadiri pada 29hb Feb (10pg-12.30pg) & 12hb Mac (11pg-2ptg) sememangnya bagus untuk pelajar2 baru seperti kami (garfu, eqin & hawa) bagi melatih keyakinan dan membiasakan diri dengan suasana baru (alam ikan ^^). Tinggal lagi 2 kelas teori yang perlu kami hadiri sebelum kami dibenarkan untuk melakukan selaman di laut (Open Water) yang dijangkakan pada April 2011 bertempat di Pulau Tioman. 


Pada sessi kelas kolam yang pertama (29hb Feb) kami diajar mengenal peralatan S.C.U.B.A (Self-Contained Underwater Breathing Apparatus) oleh Jurulatih yang bertauliah – En Dollah (Kids Scuba). Peralatan SCUBA dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu : 


1. Snorkling System - Mask (topeng ataupun selalu kita panggil google), Snorkel (alat bernafas yang dipasang tepi ltelinga & bentuk dia macam antenna tuh) & Fins (selalu kita panggil kaki itik hihi).


2. Buoyancy Control System – Buoyancy Compensator (jaket untuk pasang cylinder) & Weights (pemberat..besi beb..sekilo setiap 1..hari tu aku kena pakai 4 kg muahaha berat beb)


3. Exposure System – Wet Suit (baju selaman, disediakan untuk pelajar..pinjam beb haha), Gloves (sarung tangan..yg ni takde pun tkpe), Hood (penutup kepala, yg ni pun kalau tkde tkde halnya) & Boots (booties..kasut untuk masuk dlm air)


4. Air Delivery System – Regulator 1st Stage (dipasang pada muncung cylinder bertujuan utk mengubah tekanan udara yg kuat dari tabung menjadi tekanan udara yg biasa, kalau takde menda nih mau tembus tekak korang haha), Regulator 2nd Stage (alat yg mengubah tekanan udara supaya stabil & sesuai dengan penafasan biasa, yang seketul dipasang kat mulut tuh), Alternate Air Source (digunakan ketika kecemasan sekiranya regulator 2nd stage tak berfungsi ataupun nak share oksigen semasa dalam air) & Cylinder (tabung oksigen..berat ooo, kalau tak cukup makan kompom tak daya nak pikul nih)


5. Information System – Computer (memaparkan data selaman dll), Submersible Pressure Gauge (benda nih kiranya macam meter minyak kereta ar.. dia bagi bacaan terkini oksigen yang tinggal dalam tabung, bacaan dalam ‘psi’) & Compass (dalam laut pun kena pakai kompas bro..kalau tak kang sesat & tak jumpa cari bot nak balik haha)

Setelah kenal & faham mengenai fungsi kesemua bahagian / peralatan ini.. baru la boleh masuk kolam beb ^^. Tapi sebelum tu, kami belajar cara untuk pasang Cylinder pada BC (yang ni semua penyelam wajib tau,kalau tak tau cane nak nyelam bro..^^). Cylinder kena pasang ketat2, kalau tak kang tanggal lak dalam air tuh naye je


Dalam kolam pula, kami di ajar beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh semua penyelam, antaranya isyarat tangan (dalam air takleh cakap bro..nanti orang lain tak paham haha jadi terpaksa la pakai isyarat), Cara capai dan gunakan regulator dengan betul, keluarkan air dari dalam mulut, cuci mask (kalau mask dah kabur kena cuci beb..kalau tak ‘anak ikan’ lalu pun tak nampak bro ^^), cara untuk mengurangkan tekanan udara dalam telinga (yang ni penting beb, kalau tak mau berdarah telinga lu kalau tak praktiskan masa melepasi kedalaman air 3 meter) lepas tu, belajar cara untuk minta bantuan sekiranya oksigen dah nazak ataupun dah k.o terus masa dalam air. Belajar jugak cara nak ampungkan diri semasa dalam air (kena control udara dalam BC & pernafasan beb). Lepas tu apa lagi, kitorg jadi ikan laa..melibas2 fins..rasa macam superman pun ada bro..macam2 gaya bleh buat hahaha.. dalam air kena bernafas pakai mulut je bro, lama sangat menyelam, naik je ke permukaan air..tup2 lubang idung merajuk..hahaha idung sumbat bro wakakaka.. padan muka.. mata lak merah sebijik macam niang rapik ^^ hahaha

Habis je sessi kelas kolam, kami belajar plak cara nak buka & cuci peralatan..lepas tu mandi & tukar pakaian.. sebelum balik, belasah mee goreng beb. Makanan memang disediakan oleh Kids Scuba..diorg tau, bila penyelam keluar kolam mesti perut masing2 nak mintak makannye ^^.


Pada sessi kelas kolam yang kedua (12hb Mac) plak kami diajar cara untuk share regulator dgn buddy (dalam air kena ada buddy bro..tak leh nyelam sorang2) sekiranya kecemasan, cara untuk buka weights (wakakaka lawak bro time nih..aku siap boleh tergelak lagi dalam air bila tengok aksi eqin hahahaha sori ye kin ^^), cara untuk buka dan pasang balik BC semasa dalam air, cara untuk naik ke permukaan ala2 emergency exit.. AAAaaaaaaAAAAAAaaaaaaaaAAAAAAAaaaaaaa…!! kena sebut aaaaaaa bro sampai ke permukaan ^^. Selepas selesai semua pelajaran, kami jadi ikan lagi sekali beb wakakaka ^^ jangan jeles..memang syiok giler.

Pada rakan-rakan yang berminat untuk mengikuti jejak langkah kami bolehlah merujuk pada artikel yang berkaitan ataupun nak senang boleh hubungi Tok Wan (OHM00008) terus..Tok Wan ni otai scuba taw. Dan kelas seterusnya pada 26hb Mac 2011 (kelas kedua untuk hawa). Tak rugi beb layan aktiviti nih..memang sempoi ^^.


Kesimpulan
1. Pada yang tak pandai berenang pun boleh belajar. Dah belajar scuba, kompom korang akan pandai berenang lepas tu.
2. Peralatan Scuba ada disediakan untuk pelajar baru (pinjam je)
3. Pakej termasuk 2x kelas kolam, 2x kelas teori, 2x selaman kat pulau tioman, CD, buku rujukan & buku log penyelam.
4. untuk ahli OHM yg nak dapatkan lesen scuba memang ada special skit daripada kids scuba (rujuk tok wan)

Monday, February 14, 2011

Jungle Cave Ecology

Laporan dalam bentuk storyboard kartun oleh peserta Jungle Cave Ecology (JCE) 2009...Lama gak tunggu siap laporan diorang nie..enjoy.

:: Sila klik pada gambar untuk besarkan






















Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.