Sunday, January 16, 2011

RS - Pendakian (Malam) Gunung Datok

-peserta yang terlibat-

Alhamdulillah, akhirnya aktiviti Riadah Santai Pendakian (mlm) Gng Datok berakhir dengan senyuman kepuasan yang tak lekang dibibir semua peserta yang seramai 42 orang termasuk seorang peserta paling muda, adik Sofia (8 tahun) iaitu anak kepada bro Faizal Hariri. Aktiviti yang dijadualkan bermula jam 11.30mlm itu terpaksa di mulakan setengah jam lebih lewat disebabkan Mesyuarat AJK yang diharidi mereka di Kem PPBD Batu Maloi tamat agak lewat. Organizer / Gogo untuk aktiviti RS kali ini iaitu Bro Mydy & Cik Awie agak resah sedikit memandangkan di Batu Maloi tiada liputan talian Celcom. Resah kerana khuatir panggilan telefon daripada peserta tidak dapat diterima. (Iklan MAXIS kejap.. hihi) Apapun sebaik sahaja selesai Mesyuarat AJK, beliau & rakan-rakan yang lain terus bergegas ke lokasi Hutan Rekreasi Gunung Datuk yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan bagi membuat urusan pendaftaran peserta dan lain-lain yang berkaitan.

-dilokasi pondok runtuh-

Jam lebih kurang 00.00am, semua peserta sudah tiba dan bersiap untuk memulakan pendakian malam. Sebelum pendakian senaman pemanas badan dilakukan dengan diketuai oleh bro aliph, kemudian diikuti sedikit taklimat diberikan oleh bro Garfu, bro Mydy dan bacaan doa diketuai bro Dink DUnk. Lebih kurang jam 00.20am pendakian bermula dengan bro Mydy selaku 'leader', bro Syed, 'runner' & bro Aliph bertugas sebagai 'sweeper'. Alhamdulillah pendakian berjalan agak lancar dengan kerjasama semua peserta yang terdiri daripada ahli OHM, pelajar UiTM Shah Alam, Pelajar BMI, otai-otai OG dan lain-lain. Namun sesekali (kerap sebenarnya hihi), pendakian terhenti atau arahan 'take 5' diberikan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta '1st timer' untuk menghirup oksigen (Fadilah ok?? hihi) walaupun sememangnya disepanjang masa pendakian angin bertiup agak kencang dan tidak berhenti-henti.

-take 5-

Lebih kurang jam 1.45am, 'last man' aka 'sweeper' tiba di kawasan pondok tumbang menandakan semua peserta telahpun tiba di situ. Maka berakhirlah trek 'mencanak' atau curam untuk dilalui oleh peserta. Seterusnya trek agak landai hingga ke puncak gunung. Kemudian setibanya di kawasan batu besar lebih kurang jam 3.45am, peserta dikumpulkan bagi memastikan jumlah kesemua 40 orang peserta cukup dan selamat. Sedikit taklimat diberikan oleh bro Mydy sebelum semua peserta dibenarkan untuk memasuki ke kawasan tapak perkhemahan puncak gunung. Peserta diarahkan supaya tidak membuat bising bagi menghormati perserta daripada kumpulan lain yang tiba terlebih awal dan sedang berehat.

-sejuk sangat-

Kemudian, setibanya di tapak perkhemahan puncak gunung, semua peserta mula mencari lokasi untuk berehat. Pada ketika itu angin dingin bertiup lagi kencang daripada sebelumnya. Namun, Kawasan tersebut agak penuh, dan peserta terpaksa berasak-asak untuk baring dan berehat di atas batu, celah batu, atas tanah, celah khemah, bergayut kat pokok, celah pokok, belakang batu, belakang pokok, bawah kanvas dan lain-lain bagi mengelakkan diri daripada laluan angin akibat kedinginan. Bagi peserta yang membawa khemah tidak menjadi masalah untuk berehat (fuh selesa beb!) Tetapi bagi peserta yang tiada khemah, pengalaman tersebut adalah pengalaman sekali sepanjang hayat untuk dikenang sampai bila-bila, betapa azabnya menunggu hari cerah, kan? hihi. Sesekali kedengaran gigi diorang berlaga-laga agak kuat dari luar khemah dan sesekali bunyi suara orang mengigil akibat tak tahan sejuk (bestnya duk dalam khemah...lalala).

-bestnye ada khemah-

Jam 7.00am peserta mula bangun (ada yang tak dapat tidur pun kan..hiks) dan bersiap untuk naik ke puncak Gunung. Namun, cuaca agak berkabus dan peserta tidak berpeluang untuk menghayati permandangan matahari terbit dari puncak Gunung Datuk. Apa pun, kepada peserta yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ, permandangan dari puncak sememangnya amat mengagumkan. Dan dikesempatan ini sememangnya tidak dilepaskan oleh juruphoto-juruphoto pro dan amatur (aku la tuh haha).

-aksi juruphoto-

Setelah puas bergambar dam menghayati permandangan, semua peserta mula berkemas dan bersiap untuk turun. Taklimat ringkas diberikan lagi sekali oleh bro Mydy supaya pergerakkan berjalan lancar. Sebagai sumbangan kepada alam, peserta menjalankan aktiviti khidmat komuniti'Jungle Cleanup' secara sukarela di sepanjang trek turun bagi mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung dan pelancong sebelum ini. Dan, Juara 'sampah' akhirnya dimenangi oleh bro Wayar Putus & bro Hilmi a.k.a Kuali (rejected HACC hahaha) di atas 'kecemerlangan' mereka mengutip botol-botol mineral dan plastik pembungkus makanan paling banyak (hahahaha ^^). Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta kerana menjayakan aktiviti 'Jungle Cleanup' tersebut.

-matahari terbit..berkabus-

Akhirnya, lebih kurang jam 11.30am semua peserta selamat tiba di kawasan parking Hutan Simpan Gunung Datok. Sebelum bersurai, Ucapan Penghargaan diberikan oleh bro Mydy & bro Zainul a.k.a Uncle a.k.a Bendahari OHM di atas penglibatan para peserta di dalam aktiviti RS pada kali ini. Kemudian sebagai kenangan, peserta bergambar beramai-ramai bersama sampah-sampah yang berjaya dikutip. Peserta kemudiannya bersurai, ada yang meneruskan aktiviti berendam di kolam air panas Kg Gadek, ada yang bertolak ke Batu Maloi untuk aktiviti meneroka gua dan ada yang terus balik rumah untuk zzzzzz... Sehingga berjumpa lagi...Arios amigos ^^

-misi 'RS Pendakian (malam) Gunung Datok' selesai-


:: p/s : sila tinggalkan komen ye

2 comments:

  1. pengalaman pertama mendaki gunung yg menyeronokkan, waktu mlm lak tue....

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.