Tuesday, January 11, 2011

RS - Gunung Angsi 2011


Tarikh : 8 January 2011

Gunung Angsi terletak di Negeri Sembilan merupakan antara gunung yang kerap didaki oleh geng-geng OHM. Kali ini, kami peserta seramai 23 orang telah berjaya menyudahkan misi menawan puncak gunung yang mempunyai ketinggian 825 meter ini. Nampaknya, trip kali ini dapat merapatkan lagi hubungan kami semua di samping dapat beriadah dan membersihkan trek yang penuh dengan sampah. Laporan penuh aktiviti adalah seperti berikut :

8.00 am – Para peserta sudah mula berkumpul di Hutan Lipur Ulu Bendul. Kebanyakannya mengamalkan ‘car pooling’. Maklumlah, petrol dah naik harga. Ada yang pergi mengisi perut dahulu dan ada juga yang tapau saja makanan untuk dimakan di Jeram Kak Lang.


9.00 am – 20 orang peserta memulakan pendakian atau digelar riadah santai. Sebelum itu, sedikit penerangan diberikan oleh Garfu kepada para peserta. 3 orang lagi (bro rosman, uncle zainol n wife) menyusul kemudian kerana terlambat. Tidak mengapa, mereka hebat!

10.15 am – Berhenti rehat di Jeram Kak Lang. Bagi mereka yang ada membawa bekalan sarapan yang dibeli di bawah, disinilah mereka menjalankan operasi mereka. Ada yang ingat kawan-kawan, mereka berkongsi makanan, tetapi ada juga yang tidak! Terpulanglah…


10.30 am – Peserta-peserta meneruskan pendakian yang semakin mencabar fizikal, stamina serta psikologi mereka. Ada beberapa sekumpulan pendaki lain yang turut berpeluh tubuh memerah keringat untuk sampai ke puncak. (ayat smart)

12.00 pm – Sampai di Bukit Botak yang tak berapa nak botak. Tanpa pedulikan penat yang dihadapi, para peserta meneruskan saja pendakian memandangkan puncak sudah tidak berapa jauh dari situ. Maklumlah, semua kuat-kuat belaka peserta kali ini.


12.30 pm – Hooray! Beirut yang sudah tumbang menandakan para peserta sudah sampai di puncak. Ground sheet sudah pun dibentang, apa lagi, ada yang makan bekalan yang dibawa, ada yang bersembang sambil ketawa-ketawa, dan ada juga yang memilih untuk merebahkan diri dan tidur.

2.15 pm – Semua peserta bersiap sedia untuk turun dan melakukan “jungle clean up”. Sebelum itu, sesi bergambar tidak dilupakan. Maklumlah, semua batak kamera.


4.45 pm – Pritt!!! Selesai sudah riadah santai kali ini. Para peserta sampai di bawah dengan selamat dan penat. Tidak lupa juga, jungle clean up dilakukan dengan jayanya. Tapi malangnya, tidak semua sampah dapat dikutip kerana sampah di kawasan berkelah tepi sungai sangatlah banyak dan kotor. Mungkin OHM akan merancang satu trip untuk membersihkan sampah-sampah tersebut dan mungkin jungle clean up ini akan mengambil masa yang lebih lama.


Begitulah laporan formal RS- Gunung Angsi. Selepas pendakian turun, kami bermandi manda terlebih dahulu di sungai. Selepas itu, memandangkan perut masing-masing sudah menyanyi-nyanyi lagu keroncong, kami membuat lawatan sambil makan di Restoran Mak Teh, Senawang. Sate tulang, otak-otak dan lain-lain jadi habuan kami semua. Maklumlah, perut masing-masing macam gajah.

Setelah selesai makan, kami semua bersurai. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ada juga yang menyambung “percutian” mereka di Port Dickson.

Nyanyian bersama,
Amir n Kuali (budak reject HACC)

1 comment:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.