Sunday, January 23, 2011

Jungle Cleanup @ Tangga Kenari, Gunung Jerai Bersama Kelab Rakan Muda UiTM Kedah

Assalamualaikum otai2 OHM... hehehe.. lama gak tak pakai 'otai' tu...

Dengan rasa rendah hati inilah kali pertama saya buat Jungle Clean Up (JCU) kat Kedah ni... Sebelum ni saya hanya join venture jer ngan bro Garfu dan Nozeck (zt) di Gng Angsi bersama Isz dan... Edham dan Isz sekali lg buat JCU.. So tahun ni saya gerakkan Kelab Rakan Muda untuk bersama-sama buat JCU sebagai langkah permulaan... hehehe...


So tempat pertama ialah Tangga Kenari, Yan - Gunung Jerai... Tangga Kenari ni terletak di Daerah Yan dan merupakan salah satu trek mendaki ke Gunung Jerai (gng yang tertinggi di Negeri Kedah). Selain dari Gurun, Tupah dan Muzium Arkeologi Lembah Bujang... Tangga Kenari 1,000 Tahun mempunyai 1,230 anak tangga tapi aku taklah mengira anak tangga tu.. ish.. so back skit to details laporan..


8.00 pagi - Kami gerak dari UiTM Kedah.. ikut plan asal 7.30 pagi tapi... ishh... biasalah nama pun student mesti lambat... dah lah tu yang lambat tu presiden kelab pulak... adeehhhh... ahli kelab semua dah sampai... so kenalah skit 'habuan' dari aku...

8.30 pagi - Sampai kat Titi Hayun, Yan... orang tak ramai dan... pakcik yang dok sapu daun2 tu senyum2 pada aku... wah senang banyak diaorg kali ni... hahaha... so kami jalan kaki masuk perlahan-lahan sambil tunggu 2-3 orang ke toilet...


9.00 pagi - Sesi warm-up dilakukan oleh Edham dan dibantu oleh Wafa.. dan sesi taklimat dilakukan oleh Saya @ Kodok...

9.15 pagi - Start climbing... ikut plan asal nak panjat sehingga pos Batu Besar tapi.. bila dah ada yang pancit dan masa tidak begitu mengizinkan.. kami just rehat di Pos Balak... huhuhhu.. biasalah budak baru nak mula belajo mendaki... take break 5 minit... sambil membahagikan plastik sampah...

10.30 pagi - Gerak turun base camp sambil aktiviti mengutip plastik, botol secara santai... mulalah kedengaran 'bila nak sampai bawah ni...' hahahahah...


11.30 pagi - Sampai bawah... Edham dan Wafa buat cooling down sambil duduk... budak2 baru mcm malas buat so... Kodok buat plak streching... hahahah... streching ni penting supaya esok pagi tak sakit badan... hahahah..

Then sesi bergambar dan santai...


* Walaupun pertama kali anjurkan JCU ni respon dari student Kelab Rakan Muda amatlah baik dan of course kami akan buat lagi... tapi kali ni ke Daerah Baling pulak... cuma masa dan tarikh belum ditentukan lagi... heheheh...

* JCU di Air Terjun Puteri Mandi tidak sempat buat diatas keputusan ramai kerana sebelah petang penganjur JCU ada game hoki di USM dan ajk lain ada aktiviti sukan... so insyaAllah lain hari dalam masa terdekat...

:: Disediakan oleh Izan @ Kodok (UiTM Kedah)

Sunday, January 16, 2011

RS - Pendakian (Malam) Gunung Datok

-peserta yang terlibat-

Alhamdulillah, akhirnya aktiviti Riadah Santai Pendakian (mlm) Gng Datok berakhir dengan senyuman kepuasan yang tak lekang dibibir semua peserta yang seramai 42 orang termasuk seorang peserta paling muda, adik Sofia (8 tahun) iaitu anak kepada bro Faizal Hariri. Aktiviti yang dijadualkan bermula jam 11.30mlm itu terpaksa di mulakan setengah jam lebih lewat disebabkan Mesyuarat AJK yang diharidi mereka di Kem PPBD Batu Maloi tamat agak lewat. Organizer / Gogo untuk aktiviti RS kali ini iaitu Bro Mydy & Cik Awie agak resah sedikit memandangkan di Batu Maloi tiada liputan talian Celcom. Resah kerana khuatir panggilan telefon daripada peserta tidak dapat diterima. (Iklan MAXIS kejap.. hihi) Apapun sebaik sahaja selesai Mesyuarat AJK, beliau & rakan-rakan yang lain terus bergegas ke lokasi Hutan Rekreasi Gunung Datuk yang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan bagi membuat urusan pendaftaran peserta dan lain-lain yang berkaitan.

-dilokasi pondok runtuh-

Jam lebih kurang 00.00am, semua peserta sudah tiba dan bersiap untuk memulakan pendakian malam. Sebelum pendakian senaman pemanas badan dilakukan dengan diketuai oleh bro aliph, kemudian diikuti sedikit taklimat diberikan oleh bro Garfu, bro Mydy dan bacaan doa diketuai bro Dink DUnk. Lebih kurang jam 00.20am pendakian bermula dengan bro Mydy selaku 'leader', bro Syed, 'runner' & bro Aliph bertugas sebagai 'sweeper'. Alhamdulillah pendakian berjalan agak lancar dengan kerjasama semua peserta yang terdiri daripada ahli OHM, pelajar UiTM Shah Alam, Pelajar BMI, otai-otai OG dan lain-lain. Namun sesekali (kerap sebenarnya hihi), pendakian terhenti atau arahan 'take 5' diberikan bagi memberi peluang kepada peserta-peserta '1st timer' untuk menghirup oksigen (Fadilah ok?? hihi) walaupun sememangnya disepanjang masa pendakian angin bertiup agak kencang dan tidak berhenti-henti.

-take 5-

Lebih kurang jam 1.45am, 'last man' aka 'sweeper' tiba di kawasan pondok tumbang menandakan semua peserta telahpun tiba di situ. Maka berakhirlah trek 'mencanak' atau curam untuk dilalui oleh peserta. Seterusnya trek agak landai hingga ke puncak gunung. Kemudian setibanya di kawasan batu besar lebih kurang jam 3.45am, peserta dikumpulkan bagi memastikan jumlah kesemua 40 orang peserta cukup dan selamat. Sedikit taklimat diberikan oleh bro Mydy sebelum semua peserta dibenarkan untuk memasuki ke kawasan tapak perkhemahan puncak gunung. Peserta diarahkan supaya tidak membuat bising bagi menghormati perserta daripada kumpulan lain yang tiba terlebih awal dan sedang berehat.

-sejuk sangat-

Kemudian, setibanya di tapak perkhemahan puncak gunung, semua peserta mula mencari lokasi untuk berehat. Pada ketika itu angin dingin bertiup lagi kencang daripada sebelumnya. Namun, Kawasan tersebut agak penuh, dan peserta terpaksa berasak-asak untuk baring dan berehat di atas batu, celah batu, atas tanah, celah khemah, bergayut kat pokok, celah pokok, belakang batu, belakang pokok, bawah kanvas dan lain-lain bagi mengelakkan diri daripada laluan angin akibat kedinginan. Bagi peserta yang membawa khemah tidak menjadi masalah untuk berehat (fuh selesa beb!) Tetapi bagi peserta yang tiada khemah, pengalaman tersebut adalah pengalaman sekali sepanjang hayat untuk dikenang sampai bila-bila, betapa azabnya menunggu hari cerah, kan? hihi. Sesekali kedengaran gigi diorang berlaga-laga agak kuat dari luar khemah dan sesekali bunyi suara orang mengigil akibat tak tahan sejuk (bestnya duk dalam khemah...lalala).

-bestnye ada khemah-

Jam 7.00am peserta mula bangun (ada yang tak dapat tidur pun kan..hiks) dan bersiap untuk naik ke puncak Gunung. Namun, cuaca agak berkabus dan peserta tidak berpeluang untuk menghayati permandangan matahari terbit dari puncak Gunung Datuk. Apa pun, kepada peserta yang pertama kali menjejakkan kaki ke situ, permandangan dari puncak sememangnya amat mengagumkan. Dan dikesempatan ini sememangnya tidak dilepaskan oleh juruphoto-juruphoto pro dan amatur (aku la tuh haha).

-aksi juruphoto-

Setelah puas bergambar dam menghayati permandangan, semua peserta mula berkemas dan bersiap untuk turun. Taklimat ringkas diberikan lagi sekali oleh bro Mydy supaya pergerakkan berjalan lancar. Sebagai sumbangan kepada alam, peserta menjalankan aktiviti khidmat komuniti'Jungle Cleanup' secara sukarela di sepanjang trek turun bagi mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh pengunjung dan pelancong sebelum ini. Dan, Juara 'sampah' akhirnya dimenangi oleh bro Wayar Putus & bro Hilmi a.k.a Kuali (rejected HACC hahaha) di atas 'kecemerlangan' mereka mengutip botol-botol mineral dan plastik pembungkus makanan paling banyak (hahahaha ^^). Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta kerana menjayakan aktiviti 'Jungle Cleanup' tersebut.

-matahari terbit..berkabus-

Akhirnya, lebih kurang jam 11.30am semua peserta selamat tiba di kawasan parking Hutan Simpan Gunung Datok. Sebelum bersurai, Ucapan Penghargaan diberikan oleh bro Mydy & bro Zainul a.k.a Uncle a.k.a Bendahari OHM di atas penglibatan para peserta di dalam aktiviti RS pada kali ini. Kemudian sebagai kenangan, peserta bergambar beramai-ramai bersama sampah-sampah yang berjaya dikutip. Peserta kemudiannya bersurai, ada yang meneruskan aktiviti berendam di kolam air panas Kg Gadek, ada yang bertolak ke Batu Maloi untuk aktiviti meneroka gua dan ada yang terus balik rumah untuk zzzzzz... Sehingga berjumpa lagi...Arios amigos ^^

-misi 'RS Pendakian (malam) Gunung Datok' selesai-


:: p/s : sila tinggalkan komen ye

Tuesday, January 11, 2011

RS - Gunung Angsi 2011


Tarikh : 8 January 2011

Gunung Angsi terletak di Negeri Sembilan merupakan antara gunung yang kerap didaki oleh geng-geng OHM. Kali ini, kami peserta seramai 23 orang telah berjaya menyudahkan misi menawan puncak gunung yang mempunyai ketinggian 825 meter ini. Nampaknya, trip kali ini dapat merapatkan lagi hubungan kami semua di samping dapat beriadah dan membersihkan trek yang penuh dengan sampah. Laporan penuh aktiviti adalah seperti berikut :

8.00 am – Para peserta sudah mula berkumpul di Hutan Lipur Ulu Bendul. Kebanyakannya mengamalkan ‘car pooling’. Maklumlah, petrol dah naik harga. Ada yang pergi mengisi perut dahulu dan ada juga yang tapau saja makanan untuk dimakan di Jeram Kak Lang.


9.00 am – 20 orang peserta memulakan pendakian atau digelar riadah santai. Sebelum itu, sedikit penerangan diberikan oleh Garfu kepada para peserta. 3 orang lagi (bro rosman, uncle zainol n wife) menyusul kemudian kerana terlambat. Tidak mengapa, mereka hebat!

10.15 am – Berhenti rehat di Jeram Kak Lang. Bagi mereka yang ada membawa bekalan sarapan yang dibeli di bawah, disinilah mereka menjalankan operasi mereka. Ada yang ingat kawan-kawan, mereka berkongsi makanan, tetapi ada juga yang tidak! Terpulanglah…


10.30 am – Peserta-peserta meneruskan pendakian yang semakin mencabar fizikal, stamina serta psikologi mereka. Ada beberapa sekumpulan pendaki lain yang turut berpeluh tubuh memerah keringat untuk sampai ke puncak. (ayat smart)

12.00 pm – Sampai di Bukit Botak yang tak berapa nak botak. Tanpa pedulikan penat yang dihadapi, para peserta meneruskan saja pendakian memandangkan puncak sudah tidak berapa jauh dari situ. Maklumlah, semua kuat-kuat belaka peserta kali ini.


12.30 pm – Hooray! Beirut yang sudah tumbang menandakan para peserta sudah sampai di puncak. Ground sheet sudah pun dibentang, apa lagi, ada yang makan bekalan yang dibawa, ada yang bersembang sambil ketawa-ketawa, dan ada juga yang memilih untuk merebahkan diri dan tidur.

2.15 pm – Semua peserta bersiap sedia untuk turun dan melakukan “jungle clean up”. Sebelum itu, sesi bergambar tidak dilupakan. Maklumlah, semua batak kamera.


4.45 pm – Pritt!!! Selesai sudah riadah santai kali ini. Para peserta sampai di bawah dengan selamat dan penat. Tidak lupa juga, jungle clean up dilakukan dengan jayanya. Tapi malangnya, tidak semua sampah dapat dikutip kerana sampah di kawasan berkelah tepi sungai sangatlah banyak dan kotor. Mungkin OHM akan merancang satu trip untuk membersihkan sampah-sampah tersebut dan mungkin jungle clean up ini akan mengambil masa yang lebih lama.


Begitulah laporan formal RS- Gunung Angsi. Selepas pendakian turun, kami bermandi manda terlebih dahulu di sungai. Selepas itu, memandangkan perut masing-masing sudah menyanyi-nyanyi lagu keroncong, kami membuat lawatan sambil makan di Restoran Mak Teh, Senawang. Sate tulang, otak-otak dan lain-lain jadi habuan kami semua. Maklumlah, perut masing-masing macam gajah.

Setelah selesai makan, kami semua bersurai. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Ada juga yang menyambung “percutian” mereka di Port Dickson.

Nyanyian bersama,
Amir n Kuali (budak reject HACC)
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.