Tuesday, December 27, 2011

Lawatan Tapak Hutan Lipur Lenggeng


HUTAN LIPUR LENGGENG
24 Disember 2012
Kelab dengan beberapa orang ahli kuat telah pergi melawat Hutan lipur Lenggeng (Lawatan Tapak). Lawatan ini bertujuan untuk mempopularkan semula tempat ini dengan aktiviti-aktiviti kelab. Tinjauan kami mendapati hutan lipur ini dibina lengkap dengan kemudahan asas, cuma sekarang tidak mendapat sambutan dan menyebabkan kemudahan-kemudahan yang dibina dahulu menjadi usang dan terbiar.

Lawatan tapak ini juga turut disertai oleh Presiden dan AJK tertinggi Kelab, kanak2 pun ada jugak yang turut serta. Setibanya di lokasi kami memeriksa peta lokasi Hutan Lipur Lenggeng. Penerangan tentang lokasi dibuat oleh En Rusman yang sudah biasa dengan tempat ini (Kira Otai la).


Semua ahli2 kelab mula membuat tinjauan, merentasi air sungai yang jernih tetapi airnya sungainya kecil dan terdapat pondok-pondok istirehat yang masih elok serta laluan bertangga. kolam yang dibuat pun nampaknya dah tertimbus oleh pasir.


Setelah selesai meninjau lokasi perkhelahan dan air sungai kami mula meninjau kemudahan lain yang disediakan, antaranya kawasan tapak perkhemahan yang sudah tidak digunakan, tempat permainan kanak2 yang tidak digunakan, tandas, bilik operasi semuanya masih kukuh tetapi sudah tiada penyelenggaraan.


Seterusnya kami meninjau kawasan di menara Peninjau yang masih kukuh. kami naik ke tingkat 3 sambil berkumpul dan melontarkan idea untuk aktiviti yang boleh dilakukan untuk mempopularkan semula kawasan ini.


Kami mendapati kawasan ini bukan tidak di selenggara langsung, tetapi tidak secara keseluruhannyala. Terdapat kawasan dimana rumput baru di potong dan terdapat sampah yang tidak di pungut bertabur. Kawasan ini tidak di kunjungi oleh haiwan seperti kera atau monyet jadi tiada ganguan kera. mungkin juga disebabkan tidak ramai dan tiada pengunjung maka sampah tidak banyak oleh itu kurang mengundang haiwan tersebut untuk datang. Hasil tinjauan di sungai, mendapati air masih jernih dan tidak tercemar. sampah pun sangat kurang cuma beberapa tempat sahaja iaitu satu pondok berdekatan dengan sungai dan berdekatan dengan menara tinjau.

Setelah hampir 2jam membuat tinjauan dan berbincang kami pun pulang ke destinasi masing2. 

Sekian dulu laporan dari saya KOHM00103.. yang tak seberapa ni harap suka la baca yer.

Berikut adalah Petikan dari Laman Portal Rasmi Majlis Perbandaran Nilai (http://www.mpn.gov.my/hutan_mendom)


Lokasi
Untuk sampai ke Hutan Lipur Lenggeng mengambil masa kira-kira 30 minit dari Mantin melalui pekan Lenggeng dan 20 minit dari Pekan Pantai. Jika datang dari Seremban, pengunjung perlu menggunakan jalan menuju ke Jelebu dan selepas Pekan Pantai ambil simpang menuju ke Pekan Lenggeng.


Maklumat Lanjut :-
Jabatan Hutan Negeri Sembilan.
Tingkat 4, Blok C,
Wisma Negeri,
70646 Seremban.
Tel : 06- 765 9849

Ini ada komen membina dari pembaca kita. semoga usaha murni kita akan sentiasa berjaya.


Tuesday, December 20, 2011

Sehari Di Gua Batu Maloi

Assalamualaikum dan salam rekreasi suma!!!

Hahahahha..gelak dulu..pe cer brader..sehat x..orait..x nak buang masa..let go to my stori mori minggu ni..pada 18 dec 2011 telah berlaku satu perkara event diberi nama Sehari Di Batu Maloi.. dan terbuka pada suma hanya berbayaran 10 hengget Malaysia..anda diberi makan pagi, makan tengahari, lawak, hiburan, gambo, no talipon dan sabagainya…guide free of charge..antara mereka3 yg Berjaya join terdiri dari orang3 persorangan pasal mai sorang..kapelan pasai mai bedua dan mereka3 yang berkecimpung secara aktif atau pasif dalam industry pelancongan dan rekreasi ini..padan muka mana yang kena keje sabtu ahad..hahahahha…

Okeh..event ini bermula pada pukol 8.00 pagi dengan sepol ngan brader yus selaku penyambut tetamu bersiap siaga mandi awal tuh..x penah sepol mandi awal..brader yus siap pakai minyak rambut Johnson baby lagi..sikat kemas lagi..semata3 mau memastikan peserta3 kali ini menerima layanan terbaek! *mampus aku kena balun kat 2 orang ni.. ^^ v

Aku ngan uncle rozi pom mempolo kan diri g makan kat lua sementara aku lak ditugaskan membeli bawang besar untuk menyediakan santapan tengahari..peserta3 yang x tau jalan berkumpul kat petronas tampin manakala yang tau jln, dah mai siap3 dah..punye semangat depa neh..gud3..pas mkn roti canai aku ngan uncle rozi membuat last check up n tiada dah orang yang tertinggal..dat means sume brade yus ngan sepol dah angkut bawak p batu maloi..

Sesi pendaftaran peserta berlansung ngan gemilang dan sedikit cemas bila ah long atau taiko beso KOHM (uncle zainol) mula bertindak secara aktif memungut cukai3 atau bayaran sara diri untuk hari tersebut..ayok!

selepas isi nama siap sain lagi peserta3 xtvt dijamu ngan meehon dan juga air (lupe den ayo ape pg tu..hahahaha) hasil kreativiti dan air tangan kak May & adik ipa nye..terbukti sedap.. "anda layak ke pusingan seterusnya kak May!". pengaruh Master Cheff.. - -‘’

Haaaaa….dah makan basuh pinggan mangkuk pas tu g berkumpul di depan dewan..arahan terima..Over!

Sedikit penerangan dan juga kata3 aluan daripada Wakil Perhilitan, Brade Rusman dan Vice Pengerusi KOHM, Tok wan. hadoii..idea habis nak tulis weii..tengok jew la gambo…jom kutip sampah!!!!

Uncle : sapo3 x bayor 10 hengget korunk mkn jew sampah tu nati..bayo3..jgn ngelat
Khaidir: uncle saya 
Wakil Jabatan PERHILITAN En Rusman a.k.a Man atau pggilan manja3 kasih gitu brader man tapi bukan Rus lak ngah bagi taklimat mengenai aktiviti Jungle Cleanup
Bro Rusman: Test3 cubaan suara..hahaha..lama dh den nk nyanyi kat batu maloi neh..ini baru dapek peluang eih..

Bro Rusman: apo kono garfu eii..td elok den nyanyi ni kono kutip sampah lak..
garfu : ni latihan utk ko man..baik utk kerongkong..
amir: hik3..seronok nye kutip sampah..x gitu megat lambong..
megat : seronok mmg seronok..dari tadi aku jew kutip..ko sengih jew aku tgk..

Walaupom penat..sampah tetap ku gengem demi alam terchenta!

nk cari sampah..nak cari sampah..nak cari sampah..

Rakus menyelongkar sampah..

kiri ku sampah kanan ku sampah

Mereka yang arif saja di benarkan mengendali sisa harammm..

Mcm3 sampah kitaorang jumpe..

sampah botol ade..

sampah kaca ade..bahaya neh!

Sampah plastic ade..ayok…20 tahun baru terlupus weh!!

Sampah besi ade..besi buruk kot..

Sampah sarap pom ade jugak..

Sampah masyarakat jew x de dalam KOHM..alhamdulilah..^^ v


Selingan skett brader..okeh..meh aku cite sal kem site Gua Batu Maloi ni sket..orait!! Kem site Gua Batu maloi ni terletak di Kg Tanggai, Johol, Kuala Pilah, N9 (haaa..google copek jang..kompen dpt aih)..kem site ini di bawah seliaan jabatan Perhilitan N9..korunk kono bezo Perhilitan ngan pehutanan..kang korunk inget samo mapuih jang oiii..x samo..len tu..kat sini terdapat kemudahan fasaliti seperti kantin..surau/dewan..tapak3 perkhemahan yang leh muat la dlm 100 manusia dalam satu3 masa..x campur ngan gajah rimau lagi..mai gajah rimau mampuih den lari panjat pokok...terdapat 3 unit tandas ngan bilik mandi yang sempurna sifat nye tiada cacat cela..keta3 spot korunk leh park kat enterance kemsite ni.. doket joo.. x yah treking.. manakala gua batu maloi mengambil masa 10 minit treking dari kemsite ni..

Banyak xtvt seperti kem motivati dari skolah rendah sampai budak x skolah penah di buat kat sini..tompek den balaja pom poneh mai sini..Badan3 kerajaan dan juga swasta pom penah buat xtvt kat sini..pendek kata sesuai la nk buat seperti yang den nyata kat sini..
abam3 guide KOHM..Paling kanan dh kawen..len bujang lg...

Tudiaaa...sampai dalam keta depa cari na..dasyat..
Turut serta dalam program kali ni ade masyarakat orang asli yang tinggal di sekitar hutan rekreasi Batu Maloi dan juga peneroka ataupom orang lama Gua Batu Maloi, Uncle Joe..beliau otai beb..reverse Gua pejam mata kompen sesat..uncle joe merupakan penduduk tempatan dan juga merupakan guide gua yang berpengalaman..meriah...meriah...rugi sape keje sabtu ahad..hahahahaha...
Antara masyarakat orang asli yang terlibat..


orait bebebh..selingan lagi..kawe nak cite sket..batu maloi neh merupokan guo batu granit terpanjang kat malaysia (650m)..haaaa...bangga dop dah berjaya melepasi gua batu granit terpanjang kat malaysia..rugi la sape keje sabtu ahad...hahahahahahahah...terjadi hasil dari timbunan batu3 granit berjuta tahun dahulu membentuk laluan dan di bawah nya terdapat sungai yg mengalir slow3 syahdu jew..den dogar cite..terdapek 24 checkpoint dalam gua..tapi yang valid nye hanya 12..tu pom nak termuntah nak habis kan..kojong kaki tangan..kocut jari3..antara tompet menarik dalam gua seperti gua kelawar..batu kapal...batu tempayan..bentukan puteri maloi (ade mitos yang best korunk leh dengar) air terjun..jacuzi..mcm3 lagi la..memang adventour habis untuk sampai ke cp 12..ok dah..layan gambar lak..
ni sampah..tu smp u okeh..chess..^^

ni nak kutip sampah ko nak zumba3 neh..



mari kita menyampah..



orait..tu la sampah3 yang berjaya kitaorg kutip di sekitar kemsite Gua Batu Maloi ni..banyak jugak tu...penat jugak nak kutip beb..okeh mcm biasa la pas tu..sesi posing bersama sampah!

thanks suma kekawan yang sudi mensukarelakan diri menyelamatkan hutan kita..kalau bukan diri kita sendiri yang menyelamatkan hutan kita sape lagi..hutan membekal oksigen kat kite..lau banyak sampah kesian la kat hutan..kite nak beriadah pom x best..penyakit pom banyak..macam kencing tikus..eeuusss...bahaya woo..orang macam korunk la Bumi dan generasi masa depan perlukan..sekian..kita jumpe kat Tanjung Tuan plak!..yang ni lagi besh woo..^^ v

''CONSERVE NATURE THORUGH ADVENTURE''


:: disediakan oleh : OHM00123 Buyen

Thursday, December 15, 2011

Sepang MTB Jamboree 2011


Mari kite Berjamboree MTB ( Mari Tolak Basikal ) sume... kejadian bertempat di sekitar SIC @ Sepang International Circuit pd 11 Dec 2011.. KOHM hanye diwakili 6 orang...+ 1 manager..
tepat kul 6 pagi ambe bertolak dari kediaman ke Sepang...  dalam pukul 6.45 pagi baru sampai sana.. Kesempatan yang ade tu, ambe guna untuk lelap sekejap sementara menunggu team yang lain sampai..

Dalam pukul 7.15 pagi baru yang lain sampai...Terus siapkan jentera dan sarapan sekejap di tepi kereta.. Masa yang ada digunakan tuk periksa samada terdapat kerosakan pada MTB masing²... iya lah kan.. dalam kelapa sawit mana ada bengkel basikal
Baju Hijau our Manager: Uncle Rozi

Yen

Azuan

Sepul

Jerol

Tengku

Adzwan
Sesi panaskan badan

kilat menyilaukan

Periksa angin tayar dan fork

semua dah sedia
Setelah siap dan bersarapan, semua riders KOHM bergerak ke tempat perlepasan... agak ramai juga manusia yang menyertai jamboree ini.. dalam beratus² juga laaa..Semua peringkat umur dapat dilihat, tak kira budak kecil, pakcik, makcik, aweks pun ade sekali... hoo rayyy...




Cik Aweks



Ketika semua riders mahu dilepaskan...berlaku perkara yang mendukacitakan.. MTB adzwan berlaku kerosakan, tayar belakangnya kekurangan nyawa..ehhh...takde angin lak...semua team member sehabis upaya cuba mengepam tayar itu, tatapi tidak dapat diselamatkan..Adzwan terpaksa menarik diri dari jamboree ini, xpe bro...next time kita bawak tiub spare banyak²... Tepat pukul 8.30 pagi kami semua dilepaskan. Terlebih dahulu kami pusing kawasan Litar Sepang sejauh 5 kilometer sebelum masuk ke offroad..

Azuan dan Tengku sudah jauh ke depan..ambe, jerol dan yen cuma kayuh pelan² je. Layan kayuh sorang² melalui kawasan kampung dan tepi ladang sawit, agak seronok juga.. Kayuh lebih kurang dalam 30 minit, Jerol berhubung melalui walkie talkie supaya tunggu sekejap, katanya mahu pam fork dia yg mengalami kerosakan teknikal.. Apa lagi, kesempatan yang ada, digunakan tuk buang air kecil\k kat tepi longkang sementara menunggu Jerol sampai...naik je atas, makcik rider tegur... "buat apa tu dalam longkang"... ahhh...tersipu² ambe....

Apabila Yen dan Jerol sampai, kayuhan diteruskan balik. Mula sampai ke laluan ladang sawit.. banyak juga uphill dan downhill ni.. huhuhu~ 1st time berjamboree weh... layan... ambe dan Jerol saling kayuh sebelah menyebelah, ada juga kawan nak berborak nanti, si Yen ikut je kat belakang, tapi nampak makin jauh jee...jauh...jauh.... Sehingga la sampai ke CP 1, Jerol cakap dia tak dapat teruskan kayuhan, fork dia sudah rosak.. tidak selamat tuk teruskan...lor... Yen pulak sudah tidak kelihatan, suspek dia gune short cut ni.. dah ada kat depan kami berdua.. Terpaksalah ambe kayuh sorang² bertemankan pokok kelapa sawit...isk..Time nie peha mula terasa kekejangan.. arggghhh... dua belah peha tu... so ambe ambil keputusan berhenti di tepi perdu sawit tuk berehat sekejap dan sapu ubat panas dulu.. rase dah ok, teruskan kayuhan balik.. haissshhhh...





 Tengah berkayuh menuju ke CP 2, ambe terserempak dengan Yen sedang membaiki jenteranya di bawah poko sawit... Hajat di hati mahu buat xkenal je dan teruskan kayuhan..Tetapi peha krem lagi, so terpakse la berhenti dan bertegur sapa ngan Yen.. " hi abang, abang buat apa kat tepi jalan ni...lalalala"...



Dah krem o0o0o0o


 Tak lama selepas itu, sayup dari jauh kelihatan dari jauh si Jerol datang... ehhh... "apasal bro??" "aku kene pysco ahhh, brader tu cakap medal finished cantik o0o0o...hahahaha"


Selepas itu kami bertiga pun meneruskan kayuhan dengan sisa tenaga yg ada... Apabila nampak bukit menaik, kami sama² menolak basikal.. Apabila nampak trek mula menurun, kami sama² kayuh DH laju².. so enjoy...

Betapa banyak RnR kami cipta dek kerna kekejangan otot yang dialami... hihihihihi~ Cuaca seolah² menyebelahi kami kerana mendung sepanjang kayuhan kami.. bonus tu... 

Sampai CP 2, kami berehat sekejap dan teruskan lagi kayuhan, cipta RnR lagi, tolak basikal naik bukit, dan berborak² dengan riders yang lain... Inilah Jamboree... seronok sangat... hihihi~

Tak kala sampai CP 3, peha sudah tak tahan lagi.. nasib baik ada para medik..Mesti ada amoi nnt... leh suruh urut²...hahahaha~ hampa betul... xde amoi.. (- -") laki pom laki laaa.... sila urut peha ambe nie boley... ,

Dari CP 3 trek dah downhill... terus sampai Finished.... Hoorey.. Tamat Kayuhan dalam pukul 12.15... hahaha... so enjoy join this event... next time akan join lagi jamboree di mana2...
Haha...dapat Medal Finished... Yesssssssssss


:: disediakan oleh : OHM00101 Sepul
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.