Wednesday, December 1, 2010

Riadah Santai / Redah - Merentis Ke Gng Gagak


Peserta :
1. En. Rosman (Incharge)
2. En. Hazzain (Pandu Arah)
3. En. Zaidi (Penolong Pandu Arah/ Penyelamat Syed)
4. En Syed (Tukang ikut + Tukang tengok)

26/11/2010
Pengembaraan Riadah Redah / Santai - Membuat rentis menuju puncak Gunung Gagak bermula pada jam 4.20pm, En Zain mengetuai di depan dengan berpandukan Kompas, Peta dan GPS kami menyusuri kebun org asli. Tiba di satu kawasan kami turun dan meredah sungai sehingga sampai di Sg. Cabang Dua. Seterusnya kami naik semula untuk mengikut trek balak lama (lebih kurang 3 thn lepas).. Trek ini sudah semak di samping berlubang di tengah2 (laluan air hujan).. Sepanjang trek balak ini kami dapat melihat berbagai kesan2 yang membuktikan wujudnya binatang2 di sekitar kawasan ini..


Kami mendaki dan menuruni trek balak sambil menebas lebih kurang sehingga tiba di satu kawasan lapang.. Jam menunjukkan 6.40pm…Berehat lebih kurang 5 minit sambil memeriksa kembali kedudukan kami dan halatuju seterusnya, kami meneruskan perjalanan untuk mencari tempat yang sesuai untuk bermalam (berdekatan punca air)... Kami terus mengikuti trek balak pada mulanya dgn harapan berjumpa punca air yang berdekatan tetapi jam menunjukkan 8.30pm.. Incharge memutuskan kami bermalam sahaja di trek balak dan kami mendirikan tempat bermalam ala kadar (boleh muat 10 orang kot..)

Dengan berbekalkan 3 botol air (1.5 liter), kami memilih untuk menyediakan makan malam yang simple iaitu megi + kopi O..megi terpaksa di masak 2 kali kerana masing2 kelaparan.. Selepas makan masing2 merehatkan diri (x dapat mandi lagi..huhu..adat la orang masuk hutan)


27/11/2010
Kami bangun seawall 6.40am untuk menyediakan sarapan pagi yang sangat simple (kopi O + Roti Gardenia coklat + biskut je..).. Kami berkemas dan jam 8.10am kami mula meredah hutan untuk meneruskan perjalanan mencari punca air di samping tujuan utama menuju ke puncak Gunung Gagak melalui Bukit 701.

Dalam kami meneroka hutan kami terjumpa Jenut.. Jenut ialah tempat binatang2 mencari garam mineral / magnesium untuk tujuan menstabilkan kandungan garam dalam badan..di sini kelihatan rentis selebar trek balak yang di cipta oleh binatang2 sebagai laluan mereka.. Seterusnya kami terpaksa memanjat batu-batuan yang licin untuk menyeberangi anak sungai dan mendaki serta mengikut permatang untuk melepasi tanjung. Di permatang kami terjumpa Pohon Meranti yg sangat besar… Kami juga terjumpa Jenut yang kedua di bawah kayu balak tumbang lama..  Juga terjumpa 'Dancing Ground' iaitu tempat Burung Merak menari sambil mengembangkan bulu2nya yang cantik itu (konon la).. Kami terus meneroka hutan sehingga terjumpa tanda cat merah iaitu tanda yang di buat oleh Jabatan Perhutanan…


Kami mendaki lagi permatang… Lebih kurang 11am kami berehat seketika di permatang untuk memasak air kegemaran En Zain iaitu Kopi O sambil menati ketibaan incharge.. Setelah take 5 (Take 100 kata En Zain) kami meneruskan perjalanan mendaki dan menuruni permatang sehingga ke kawasan sungai berbatu di mana kelihatan punca air yang kecil.. Jam 11.45am En Zain mencadangkan agar kami berehat dan makan tengahari di sini.. Punca air yang kecil sememangnya mencukupi jika kita kreatif, maka otai2 menunjukkan skil membina empangan untuk menjadikan punca air yang kecil menjadi besar.. Menu makan tengahari kami ialah Nasi Putih (Telor Kerengga kata En Zain) + Daging Black Pepper + Telor Dadar + Milo + Kopi O…Setelah makan dan berehat kami meneruskan perjalanan..

Jam 2pm, kami sekali lagi memanjat batuan licin (Nasib baik ada penyelamat..Terima kasih En Zaidi)…dan melalui permatang sehingga berjumpa trek balak lama (lebih kurang 30 thn lepas) yang pasti sudah di penuhi dengan tumbuhan ammoma (Halia Hutan).. Tidak larat menebas kami kembali meredah hutan mendaki dan menuruni permatang…Incharge memutuskan kami perlu mencari punca air.. Kami meredah lagi hutan sehingga tiba di sebatang sungai ..Kelihatan ikan tengas leka bermain dalam air sungai yang jernih itu.. Tanpa membuang masa terus melakukan aktiviti mencari lauk makan malam.. Sementara En Zain dan En Syed menambah koleksi lauk (Hasil tangkapan kami sangat memuaskan hati kami semua).. Incharge dan En Zaidi pergi mencari lokasi sesuai untuk kami bermalam.. Jam 4.30pm kami mula sediakan tempat bermalam.. Lokasi tepi sungai..(1 flysheet besar + 4 hammock merupakan mahligai bujang kami).. Kami mula menyediakan makan malam (masak atas sungai beb..).. Menu makan malam kami ialah Nasi Putih + Sayur kacang buncis + Kari Ayam + Ikan Sungai (Fresh punyer..) Goreng + Milo + Kopi O…Sesudah santapan di sediakan masing2 membersihkan diri sepuas hati (baru dapat mandi..hehe)… Seterusnya pasti lah kami selesaikan juadah dengan penuh selera..nyum2.. Seawal jam 8pm kami sudah berehat dalam hammock masing2.. Malangnye ada hammock salah sorang putus..nasib badan..hihik..tetapi dapat di baikpulih semula.. Tidak ketinggalan ada yang menghubungi insan2 tersayang anak, isteri yang tidak di lupakan sekalipun berada di tengah2 hutan belantara..(nasib baik ade line kan..)


28/11/2010
Sarapan kami pagi ini hanya Megi + Nasi Goreng + Milo.. Oleh kerana masa tidak mengizinkan,kami terpaksa pulang ke kem batu maloi kerana masing2 mempunyai urusan sendiri keesokan hari.. Kami memulakan perjalanan agak lewat..jam 9.20am…Permulaan hari yang mencabar kerana kami perlu mendaki..seterusnya meredah hutan sesekali terpaksa melangkah kayu balak lama yang telah tumbang…Kami berjalan melereng tebing2 sungai yang curam..(di sini kami terjumpa Jenut ketiga)…menapak, melangkah, menyusur batu-batuan licin sepanjang sungai… Akhirnya kami meredah laluan sungai sehingga sampai ke kebun orang asli.. Alhamdulillah, perasaan lega menerpa hati kami karana kebun orang asli menandakan kami sudah hampir dengan Kem Batu Maloi.. Dalam perjalanan melalui kebun orang asli ke Kem Batu Maloi, hujan mencurah-curah membasahi bumi.. Jam 12.30tgh kami selamat tiba di Tapak Kem Batu Maloi..

Walaupun tidak puas hati kerana tidak dapat menawan puncak Gunung Gagak tetapi kami tidak serik untuk mencuba lagi di lain masa.. Nantikan kami kembali.. Puncak Gunung Gagak akan kami jejak juga..InsyaAllah..

*Terima kasih kepada Incharge yang sanggup menjayakan program ini + menyediakan makanan + menyediakan tempat bermalam walaupun keadaan kesihatan yang tidak seberapa..

*Terima kasih kepada En Zain yang menjadi juru pandu + tukang masak + menyediakan makanan

*Terima kasih kepada En Zaidi yang tolong selamatkan En Syed + tolong juru pandu + tolong menyediakan makanan + tolong menyediakan tempat bermalam.

:: Disediakan oleh OHM00033 Syed

1 comment:

  1. salam... entry yang cukup ringkas... sorry hari tu tak dapat join saat2 terakhir... sebab terlibat ngan audit... hehehe... lain kali kita ikut... insyaAllah..

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.