Monday, November 15, 2010

Riadah Santai - Pukul Habis @ Bt Maloi



 Sekali lagi bertempat di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi, Kuala Pilah, satu aktiviti ‘Ruadah Santai- Pukul Habis’ telahpun berlangsung dengan jayanya beserta sakit-sakit badan dan lengguh-lengguh urat oleh kebanyakan peserta yang terdiri daripada lebih kurang 150 orang (JPMM Putrajaya, HACC UiTM Shah Alam, Group Usrah Cheras, Group Bam dan Ahli Komuniti Orang Hutan Malaya). Namun begitu, rata-rata peserta seronok dan enjoy sepanjang 2 hari 1 malam beraktiviti di Batu Maloi. Walaupun aktiviti dijadualkan bermula pada 13hb (sabtu), namun sebahagian urusetia telahpun berada di lokasi seawal 12hb (Jumaat) lagi bagi membuat persiapan untuk menerima seramai 150 orang tetamu.


Pada 12hb, seawal 12.30pg seramai 40 orang peserta daripada kelab HACC UiTM Shah Alam telah tiba dan membuatkan urusetia yang ada agak kelam kabut bagi menguruskan mereka. disebabkan salah faham. Pihak urusetia difahamkan peserta daripada HACC UiTM Shah Alam akan sampai lebih kurang jam 6.00pg. Apapun, semuanya dapat disetelkan sebelum jam 2.00pg. Zzzzzz…


Selepas bersarapan, ahli OHM mula tiba bagi menjayakan aktiviti ‘Pukul Habis’. Lebih kurang jam 10.00pg peserta daripada JPMM Putrajaya seramai 25 orang tiba diikut Group Bam dari Cheras seramai 10 orang. Sebelum aktiviti gua dijalankan, satu taklimat aktiviti dan keselamatan diberikan oleh garfu sebagai panduan kepada peserta sewaktu beraktiviti. Jam 11 pagi, kumpulan pertama dibawa untuk aktiviti gua dengan di guide oleh Garfu, runner Luei, sweeper Syed dan turut dibantu oleh ahli2 OHM yang lain. Diikuti oleh kumpulan yang kedua pada jam 12.00tghr yang di guide oleh En Sabar. Lebih kurang jam 1.40ptg, selepas selesai menjalankan aktiviti gua dengan perut yang berkeroncong. Aktiviti ‘mentahkedarah’ berlangsung dengan lahapnya hahaha.. Lebih kurang jam 2.00ptg Kumpulan ketiga daripada HACC UiTM menjalankan aktiviti gua dengan di guide oleh Rusman, runner Zaidi, sweeper Nazril. Kemudian, jam 3.30ptg Ahli OHM mula bergerak ke lokasi abseiling. Peluang untuk mencuba aktiviti abseiling tidak dilepaskan begitu saja oleh ahli OHM yang hadir..Namun, ada sebilangan ahli yang tidak sempat untuk mencuba disebabkan cuaca hujan yang tidak mengizinkan.


Sebelum aktiviti BBQ, satu perbincangan dijalankan dikalangan orang2 kuat OHM yang hadir bagi menmbincangkan perihal penubuhan kelab OHM. Ini bermakna OHM bakal berdikari sebagai sebuah kelab yang berdaftar dan tidak lagi berada di bawah Kelab Keluarga Jab PERHILITAN N.Sembilan sebagai salah sebuah aktiviti Kelab. Kalau tiada aral, idea ini bakal direalisasikan sebelum Mei 2011. Sokongan dan komitmen secara berterusan dikalangan semua ahli adalah amat diharapkan bagi merealisasikan idea ini.


Aktiviti BBQ (Ayam, Ikan,Sotong & Udang) kemudiannya berlangsung dengan begitu meriah sekali, dan hidangan yang tersedia licin dikerjakan oleh semua ahli OHM yang memang dari awal duk jeling2 juadah yang bakal di panggang. Akibatnya semua kekenyangan..alhamdulillah. Seterusnya, satu taklimat mengenai aktiviti Jungle Cleanup yang akan dijalankan pada pagi Ahad diberikan oleh Rusman kepada semua peserta UiTM & OHM. Antaranya pengunaan borang bagi tujuan pengumpulan data serta teknik JC yang dijalankan.

  





Dikala mata dah mula mengantuk, ada sebahagian ahli mula mencari bantal dan sleeping bag manakala sebahagian lagi peserta bergerak ke Kg Gadek untuk berendam di dalam Kolam Air Panas Gadek bagi menghilangkang lengguh2 badan.











13hb (Ahad), selepas bersarapan, aktiviti JC dijalankan. Peserta dipecahkan kepada 4 kumpulan dan setiap kumpulan diberikan kawasan masing-masing untuk ‘dikerjakan’. Lebih kurang jam 11.30pg aktiviti JC selesai dan kemudiannya semua peserta bergambar beramai2 bersama sampah sarap yang telah dikutip. Selepas makan tengahari, semua peserta mula beransur2 meninggalkan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi untuk ke destinasi masing2..ada yang ke Retma Melaka bagi menjalankan aktiviti yang seterusnya dan ada jugak yang terus balik ke rumah masing2 akibat kepenatan.


Terima kasih di atas kerjasama semua peserta yang hadir. Semoga berjumpa lagi di lain aktiviti Riadah Santai / Jungle Cleanup. Ariosss.. 
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.