Sunday, October 3, 2010

Sambutan Aidilfitri KKJPN9 & OHM

lokasi kejadian
  
Bertempat di perkarangan pejabat Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan, satu majlis sambutan Aidilfitri telahpun diadakan pada tanggal 2 Oktober 2010 (Sabtu). Majlis yang julung-julung kalinya ini diadakan dengan penganjuran bersama antara Kelab Keluarga Jab PERHILITAN NS (KKJPN9) dan juga Komuniti Orang Hutan Malaya (OHM) telahpun mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada ahli kelab & ahli komuniti. Kemeriahan sambutan telah dapat mula dirasakan pada beberapa hari sebelumnya dengan aktiviti menganyam ketupat serta sesi belajar menganyam oleh ahli-ahli KKJPN9 / OHM (Rosni, Keju, Rodzi, yg mulia Lela, Sue, Mazu & Garfu) di dalam ruangan pejabat bahagian pentadbiran Jab PERHILITAN NS. Seterusnya aktiviti mencari, menebang serta memotong buluh lemang oleh beberapa orang ahli KKJPN9 / OHM (Rodzi, Keju, Sue & Garfu). Kemudian pada 1 Oktober 2010 (Jumaat malam) kemeriahan bertambah rancak dengan aktiviti membakar lemang, memasak ketupat, memotong daging serta aktiviti potong bawang. Pada malam itu juga, beberapa ahli OHM sudahpun mula berkampung di lokasi bagi membantu mana yang patut (Keysha Aliya, Jie Hazirah, Sirna Kasih, Nis, Morry Dorry & Syed) serta sesi bergambar..ada yang bergambar dengan pelita, ada juga yang berposing dengan ketupat, pastu posing pula dengan lemang dll. Ramai ahli KKJPNS & OHM yang ambil bahagian (Zack, Zaidi, Jiman, Luei, Keju, Rodzi, Manaf, Dato' K, Pak Berahim, Awe, Dura, 'emcee' Dayah, Sue, Mazu, Sha dll) Aktiviti membakar lemang berakhir lebih kurang jam 5 pg.. Pada masa itu masing-masing kepenatan serta mengantuk yang amat sangat.

team " ketupat"
Diawal pagi 2 Oktober 2010 (Sabtu), selepas bersarapan, Ketupat & Lemang dianginkan supaya sejuk. Kemudian, aktiviti memasak Rendang Ayam & Daging serta lain-lain diteruskan. Banner Majlis Sambutan mula dipasang, pelita-pelita mula di isi minyak tanah, kerusi meja mula disusun, dan tidak dilupakan acara sampingan..berkaraoke sampai lebam telinga ^^. Pada tengaharinya, ahli OHM yang lain mula tiba..Awie & rakan2 drp HUKM (busu, shakila, azie, seri & suami..herman) ..Ninie (juruaudio tak jadi :p), Watie & Mimie (pembekal bunga api tak berlesen), Bro Midy HUKM (a.k.a cameraman), Joe (sal tk layan karaoke bro?), Faizal Hariri & famili (ada anak kembar beb! geram aku nak cubit pipi anak dia..thanks sbb buatkan Kek OHM yang cute tu bro..sape2 nak tempah kek bleh laa contact beliau.. Untuk maklumat lanjut sila layari http://sofiabakery.webs.com/ atau 019-3952399), Tok Wan (mcm tok ketua daa..ketua potong kek OHM hahaha), Zeti (ceh suprise konon :p apapun thanks utk adiah tu ye), Fadzli (wah tayang bini ye bro ekeke), Kak Mar & anak2 (wahh anak2 dia siap tunjuk bakat karaoke lagi tuh), Eqin (mcm datin daa.. & apsal lewat?), Hawa, Along, Arifah (korang sesat ye hahaha) & paling last tiba Anand (kecoh tepon tanye jalan..padahal kat highway lg wakakaka :p).

team 'pengacau' rendang

Majlis dimulakan lebih kurang jam 8 mlm dengan Ucapan Alu-aluan drp En.Rusman selaku Timbalan Yang Dipertua KKJPN9 dan Wakil Komuniti OHM, diikuti dengan Ucapan Perasmian daripada Pengarah Jab PERHILITAN NS, En Ishak Bin Mohamad. Kemudian Pengarah serta Wakil OHM berbesar hati menyampaikan duit raya dan goodies kepada semua kanak-kanak yang hadir. Sebelum acara potong Kek Ulang Tahun Pertama OHM diadakan, 1 pertunjukkan bunga api persembahkan oleh Syed & rakan2..(takkan 2 das jek??? hahaha). Semasa acara potong kek, semua ahli OHM yang hadir diberikan penghargaan untuk tampil ke hadapan dan bersama-sama memotong KeK Ulang Tahun OHM dengan diketuai oleh Tok Wan a.k.a Abang Aenal..Pada masa yang sama semua lens kamera ditumpukan kearah mereka (posing sakan beb!). Sebaik sahaja Majlis Perasmian berakhir, En Sabar (Penasihat OHM) tiba, beliau yang sepatutnya memberikan memberikan ucapan selaku wakil OHM memohon maaf di atas kelewatan tersebut (biasalah..jalan jem katakan ^^). Namun ketibaan beliau membuatkan semua mata ahli OHM tertumpu ke arah beliau (masing-masing nak kenal..kan?).

ucapan aluan drp En Rusman

meja v.i.p

Sewaktu jamuan makan berlangsung, kanak2 paling gembira kerana berpeluang untuk bermain bunga api dengan diawasi oleh bakal cikgi2..Jie Hazirah, Nis, Sirna Kasih, Keysha Aliya & Morry Dorry..(dah macam kanak2 dah korang nih..& cam korang jek yang lebih main bunga api.. ^^). Alhamdulillah, juadah yang disediakan (ketupat, lemang, nasi lemak, mee kari, mihun, kueh mueh, satay, lodeh, buah-buahan dll) cukup untuk semua orang (lebih 200 orang). Lebih kurang jam 10.30mlm, majlis kemudiannya berakhir dan kerusi meja mula dikemas kembali oleh petugas2 logistik (jamlus, sarip, zali, juhari dll) serta pinggan mangkuk juga dicuci (dalam hujan lebat) oleh Mazu & sha.

sesi pemberian duit raya & goodies kpd kanak2

Pihak KKJPN9 & OHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas2 (AJK KKJPNS & HC OHM) di atas sumbangan tenaga dan keringat bagi menjayakan aktiviti Sambutan pada kali ini. Terima kasih tidak terhingga juga kepada Pengarah Jab PERHILITAN NS di atas kesudian beliau untuk merasmikan majlis. Juga kepada semua tetamu jemputan, jiran tetangga, Ahli KKJPN9 & Ahli OHM yang hadir serta memeriahkan majlis. Akhir sekali, pihak KKJPN9 & OHM memohon ribuan ampun dan maaf andainya terdapat kecacatan atau kelemahan dari segi penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri pada kali ini.

acara potong kek ulang tahun pertama OHM

Happy 1st Anniversary OHM!

Insyaallah, Majlis Sambutan Aidilfitri akan diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan aktiviti yang lebih gempak.

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.