Monday, October 18, 2010

Riadah Santai - Memancing @ Kelong (tengah laut)

-menuju kelong fauzi, lukut dengan menaiki bot-

Pada 16 Oktober 2010, lebih kurang jam 9.00pg, peserta Riadah Santai – Memancing @ Kelong (tengah laut) memulakan perjalanan dari Tol Seremban – PD ke Lukut dengan 4 buah kenderaan. (Kenderaan pertama – Garfu & Sha, kenderaan kedua – Awie girl, Eqin & Seri, kenderaan ketiga – Tok Wan, dan kenderaan keempat – Keju, Rodzi & Awie boy). Lebih kurang setengah jam perjalanan kami akhirnya tiba di Jeti Fauzi, Lukut dan tanpa membuang masa segala peralatan untuk memancing terus diangkut ke dalam bot. Kemudian, setiap penumpang dibekalkan dengan baju pengampungan sebagai langkah keselamatan untuk dipakai sewaktu dalam perjalanan dengan bot ke Kelong. Selepas 15 minit perjalanan dengan menaiki bot kami kemudiannya tiba di Kelong Fauzi yang luasnya hanya sebesar dua buah gelanggang badminton sahaja dan jarak dari pantai lebih kurang 3-4 km. Sebaik sahaja kaki melangkah ke kelong, semua peserta terus bersiap untuk memulakan aktiviti memancing.

-menghayati permandangan matahari terbenam dari atas kelong-

Lebih kurang jam 12.20pg ikan pertama telah berjaya dinaikkan dan diikuti ikan-ikan lain. Cabaran di dalam aktiviti kali ini, selain daripada menguji ketahanan mental, peserta juga rasa tercabar dengan cuaca panas terik serta badan serta muka terasa seakan melekit akibat daripada tiupan angin laut yang turut membawa wap air masin. Namun, persediaan awal iaitu air mineral, 100 plus & ais telah banyak membantu dalam mengurangkan kehausan dan stress para peserta. Selain itu, cabaran memegang dan memasang umpan ‘pon-pon’ juga akhirnya berjaya diatasi oleh peserta wanita yang mulanya geli dan menjerit-jerit apabila pertama kali memegang umpan tersebut. Sewaktu tengahari, peserta dihidangkan dengan nasi goreng yang dimasak oleh Seri dan mee goreng yang dimasak oleh Sha sebagai juadah makan tengahari sambil memancing. Aktiviti berlarutan sehingga ke petang sebelum sebahagian peserta mula merehatkan diri akibat kepenatan & kekenyangan (asyik makan jek).

-rodzi dengan hasil tangkapannya, ikan telinga gajah-

Apabila malam mula menjelma, persiapan untuk makan malam dilakukan bersama-sama di ketuai oleh chef Seri & chef Eqin.. Antara juadah yang disediakan adalah ikan goreng (hasil tangkapan), ikan sardine (beli kat giant), nasi putih & sayur campur..nyam nyamm semuanya selesai ditelan oleh semua peserta dengan sopan santunnya. Peserta juga tidak melepaskan peluang merakam permandangan matahari terbenam untuk diabadikan. Kemudian aktiviti memancing diteruskan.
-lokasi : dalam bilik 'hotel' kelong fauzi-

Apabila malam mula berlabuh, ada diantara peserta mula meluruskan badan dan berehat di dalam bilik ‘hotel’ yang disediakan. Sebilangan lagi cuma meluruskan badan di atas pangkin yang sememangnya tersedia di ‘lobi hotel’ tersebut sambil menunggu joran disentap ikan sampai ke pagi.

-permandangan matahari terbit dari atas kelong-

Di awal pagi, peserta mula bangun dan menyiapkan sarapan pagi iaitu sandwich dan nasi goreng sardin. Kemudian, kami mula bersiap untuk balik dengan mengemas serta membersihkan kelong. Lebih kurang jam 10.00pg, bot yang sama datang untuk menjemput kami pulang ke Jeti Fauzi. Kesimpulannya, walaupun tak banyak hasil tangkapan yang kami dapat namun, berada di atas kelong di tengah lautan merupakan satu pengalaman baru kepada peserta yang pertama kali berada di laut serta dapat mengajar peserta supaya sabar dan ‘kalau nak seribu daya’..

- dari kiri : awie boy, keju, rodzi, tok wan, eqin, sha, seri ; duduk : awie girl -

Keputusan :
Juara Orang Pertama Dapat Ikan : Garfu
Juara Ikan Paling Besar (Ikan Telinga Gajah) : Rodzi
Juara Ikan Paling Kecik : Eqin
Juara Paling Banyak Dapat Ikan : Keju
Juara Dapat Ikan Paling Glemer (Ikan Tuke) : Awie boy
Juara Tak Dapat Ikan : Tok Wan (salah baca doa kot ^^)
Juara Masakan : chef Seri
Juara Bebas Daripada Sun Burn : Awie girl (pakai topeng ninja)
Juara Senyum : Sha ^^

5 comments:

  1. Walau pun tak dapat ikan, Tok Wan cukup syok. Relak di kelong tengah lautan dengan ditemankan oleh kengkawan dan makan ikan fresh yang dimasak oleh wanita wanita cun, telah memberikan satu kelegaan kepada fisikal dan minda. Huh! Rugi sape tak ikut.

    ReplyDelete
  2. btol2..walaupun itam sikit dek panas matahari, tp ati ttp puas & pikiran jd tenang bila duk kt tgh2 lautan..terasa diri ni kerdil jek..i.allah lain kali kite g lagi ^^

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.