Tuesday, October 5, 2010

Riadah Santai - Gunung Buah Bunga

Kali ini seramai 12 orang ahli OHM ( dan 2 orang pendaki tegar iaitu Uncle Pong dan Uncle Peter) berkumpul untuk pendakian Gunung Buah Bunga yang terletak di kawasan Gohtong Jaya, Genting Highlands. Terdapat dua pintu untuk masuk ke gunung ini dan keizinan diperlukan sebelum mendaki.



Tepat jam 8.00pm berbekalkan lemak-lemak rendang, ketupat, ayam, daging dan sewaktu dengannya kami memulakan trekking. Tidak lupa juga warming up dan briefing dari ‘Tuan Syed’. Starting point yang agak mencanak ‘menpsiko’ para pendaki. Mana tidaknya, lama bercuti sempena bulan puasa dan raya. Setelah puas mencairkan lemak, kami tiba di simpang ke puncak untuk mencari water point. Namun begitu, perancangan tergendala akibat tersalah trek yang membuatkan kami rugi masa selama 45 minit.

Alhamdulilah, kami tiba di water point pada jam 11.00pm setelah berjalan selama setengah jam. Akibat kepenatan terlampau, hanya beberapa orang sahaja yang turun untuk mengambil air (Tuan Syed, Nazril, Morry Dorry, Keysha Alliya)


Sesi fotografi diteruskan lagi setibanya kami di Rock Garden pada jam 12.20pm. Setelah mengecas tenaga selama lima minit, kami mula bergerak menuju puncak. Farhana, Nazrul, Uncle Pong dan Uncle Peter sampai awal di puncak menyambut kedatangan kami dengan lagak santai dan senyuman ‘colgate’.


Berbekalkan nugget, kuih raya, roti+sardin, maggi kami menjamu selera. Sesi suap-menyuap menambahkan kemesraan. Dengan kebulur dan lahapnya kami melicinkan makanan. Tidak lupa juga buah salak, pisang dan epal sebagai pencuci mulut.


Hampir satu jam lebih berehat, kami mula bergerak turun meninggalkan puncak Gunung Buah Bunga. Berbekalkan kasut koyak dan motto ‘Don’t Give Up’ kami teruskan perjalanan walaupun urat dan sendi mula menunjukkan taring kesengalan.


Seawal 6.00 petang kami sampai di tempat parking kereta. Namun begitu, ada juga pendaki yang turun lambat. Syukur kerana tiada sebarang kemalangan berlaku sepanjang pendakian. Tahniah kepada first timer ahli OHM iaitu Johari dan Khairul kerana berjaya menawan puncak Gunung Buah Bunga.

4 comments:

  1. tahniah & don't give up!! ^^

    ReplyDelete
  2. erkk kompius...gng bunga buah ke gng buah bunga ek?

    ReplyDelete
  3. gunung buah bunga asenyer...

    ReplyDelete
  4. wawa..sgt best..oleh kerana dah xmampu menepis pacat2 yang kebulur n bersifat lindah darat..redha la mereka menyedut darah2....wah..pesta la ko pacat..
    morry: sangat best la post...syabass!!!
    xskema pown~

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.