Sunday, September 5, 2010

PENDAKIAN MERDEKA BUKIT TABUR

Tanggal 31hb August 2010,berbekalkan semangat kemerdekaan dan jati diri,kami (syed,aliph,uncle,yusrie,ninie,syafiq,suhaimi,awie dan lah)mewakili geng2 OHM berjaya mengibarkan bendera Malaysia dan banner OHM di atas bukit tabur.
Seawal 10.30pm,kami semua telah pun berkumpul di kaki bukit tabur.berbekalkan perut yang penuh dan sarat...(almaklumlah,murtabak,roti john,cendol,akok pandan,ayam percik berbuka tadi pon tak sempat nak hadam lagi..) mkn byk tak hengat dunia..muahaaahahahahaa..

Setelah syed mengambil kedatangan..(semua datang tepat pada masanyer...bagusss!),kami melakukan sedikit regangan sebelum memulakan pendakian.tepat jam 10.45pm 30 August 2010,selepas double check mercun dan bunga api tidak tertinggal di dalam kereta..hahaa syed punyer tertinggal kat umah...sedey! dan membaca doa yang patut di dalam hati masing2,kami pun mula mendaki.

Kami memulakan pendakian dengan agak santai...sambil menghirup udara malam yang segar,kami di hiburkan dengan ucapan2 raya,ucapan selamat mendaki,nyanyian lagu kemerdekaan yang berkumandang dari walkie talkie@radio amatur yang dibawa oleh aliph.lagi bertambah bersemangat kaki kami speeding,melangkah untuk tiba dengan lebih awal ( yang sebenarnya dah tak sabar nak main mercun..) walaubagaimanapun aspek keselamatan paling di utamakan.almaklumlah,pendakian malam,jarak penglihatan kita terhad,harus lebih berhati2.

Walaupun kami speeding habis...tp akhirnya asyik kena "take five" hahaaa.kesian kepada satu-satunya peserta 1st timer kami...si suhaimi.kepala dah mula pening2...tekak da start loya2...dada da mula mengetat katanyer!..bila tanya ader raser menendang-nendang di perut,jawapannya tiada.ALHAMDULILLAHHHH..so pastu berenti sini uweeekkk sini...berenti sana uwekkkks sana.kawan2 yang lain setia menanti...sambil memberi tiupan semangat dan dorongan kepada mangsa agar meneruskan pendakian yang sikitttttttt jer lagi nak sampai.

Akhirnya,tepat jam 11.30pm,kami pun tiba di port yang paling strategik untuk melihat bunga api yakni bunga api dr KLCC,Berjaya Times Square,Bukit Bintang...(tapi diorang tak mainlaaa...kerajaan tak bagi kot sbb maybe menghormati bulan Ramadhan).Sementara menunggu detik 12 malam,Syed keluarkan dapurnya dan kami mula bergotong royong menyiapkan juadah untuk bersahur



gotong royong sahur....

asa yg di tunggu2 hampir tiba,tepat jam 23:59:50pm,kami da start countdown.Akhirnya tibalah detik jam 12malam 31hb August 2010...tiada laungan merdeka dari kami..tiada nyanyian lagu kemerdekaan dari kami...kami semua hanya bermuhasabah diri,bersyukur dengan nikmat yang telah tuhan kurniakan,bersyukur kerana kita hidup aman dan damai tanpa penjajah..TAPI,adakah kita bebas dari penjajah????


adakah kita bebas dr penjajah???

Oleh kerana Klcc tak pasang bunga api pada malam kejadian,kami tak melepaskan peluang bermain mercun bagi memecahkan keheningan malam merdeka..tekad kami adalah untuk menggegarkan bukit tabur di samping nak test power mercun kami..(tecabar tuu..nengok bunga api yg di pasang dari kawasan perumahan sekitar bukit tabur)....dan...apabila Yusrie membakar mercun yg pertama,memang bergegarla bukit tabur dengan hilai tawa kami...bukan bergegar sebab bunyi mercun.ahaksss...mercun masuk angin daaa...!sopan giler...

bermain mercun....
So,macam biasa sesi fotografi pun bermula dan berjalan dengan jayanya...terima kasih kepada model2 yang menjayakan sesi pada kali ini.Kami sama2 bersahur menikmati juadah sahur yang begitu enak pada malam itu....Setelah puas bergambar,puas mkn,puas menikmati panorama malam...(sebenarnya tak puas,rasa nak tido jer kat atas tu)..kami pun bersiap2 untuk turun ke kaki bukit.


model tidak berbayar hehehe



kami anak merdeka

kami anak merdeka jugak...
Lebih kurang jam 2.30am kami selamat tiba di kaki bukit tabur.Setelah bersalam-salaman sesama sendiri sambil saling ingat-mengingati.."jangan lupa baca niat puase" "jangan puase yang yok" kami pun bersurai ke destinasi masing2.
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.