Sunday, August 29, 2010

2010 IFTAR di JMBariani (18 Ramadhan 1431 Hijrah)

Akhirnya aktiviti yang dirancang telah berlangsung dengan selamat dan jayanya pada 28 Ogos 2010 (Sabtu) di JMBariani, Bangi. Alhamdulillah, tiada kesulitan (pasnie organizer leh tido nyenyak..yippei) atau kesesatan ke tempat yang dirancang. Masing-masing sampai dengan jayanya dan punctual. Mmg puntual, ada yg mai awal lagik. Bak kata sedara Garfu, “janji orang Melayu paling tepat, bila time berbuka puasa”.

- part of us -

Pandangan mata terasa menjadi ‘green’ apabila disambut dengan gadis-gadis berbaju hijau pucuk pisang, ingatkan selepas berbuka ada aktiviti memanjat lagi…terkedu sebentar, ingatkan dah salah tempat. Al-maklumla masing-masing dah lama berehat (sesi memutihkan kulit untuk raya).



Sesi makan-makan dan beramah mesra turut mendapat sambutan orang2 baru. Ada jejaka, gadis2 dan juga wanita. Tapi jangan bimbang , suma ‘ok’. Tiada kekangan status, had umor atau gender. Pinjam kata2 si penjual di Bazar Raye Jln Tar, “masuk-masuk, takpe masuk tengok je..nanti bole h keluar”. For u guys..“Welcome to the OHM”. (^_^)



Bersama-sama 28 orang dewasa dan 5 kanak-kanak, dan dengan bayaran sebanyak RM30 (dewasa) and RM15 (kanak2), pelbagai juadah dan hidangan dapat dinikmati. Nasi beriani, daging/ayam/kambing beriani, lamb, ketam, ayam, spageti, kuih-muih, air dan manisan. Ikutkan nafsu, semua nak dibedal..tapi bila ikut perut, rasa yang termampu je. Makan tolak tepi, yang penting tujuan ‘bergathering’ tu tercapai..ye ke makan tolak tepi. Hmm..ye ke.



Disimpulkan ;


Aktiviti ta’aruf, merencana aktiviti mendatang dan bersembang berlarutan dari mula sampai habis (non-stop).



Aktiviti makan2 yang berlangsung tanpa henti-henti sesudah azan Maghrib dan berlarutan sehingga 9pm.



Aktiviti penyerahan sijil Gunung Tahan kepada puteri-puteri yang berjaya menawannya pada Julai 2010. Tahniah!!!



Aktiviti pembelian t-shirt dan juga penyerahan resit (handmade by sedari Awie)



Aktiviti bergambar reramai-ramai (as usual).


Bejaya sudah aktiviti ini, semoga akan ketemu lagi dalam aktiviti seterusnya.
- thumb up -

::: Lihat gambar aktiviti di SINI

5 comments:

  1. ekekeke kenyang beb ^^ Terima kasih kpd sume yg hadir menjayakan aktiviti iftar semlm..

    (thumbs up kt organizer..tpt selesa, mknan sedap & laporan mantap - tahun depan leh jd organizer lg skali nih)<< sokong!! ^^

    ReplyDelete
  2. Tahniah....maaf tak dapat join ada aral di saat2 akhir....

    ReplyDelete
  3. ishh...resit tu bukan sy tulislaaaaaaa...

    ReplyDelete
  4. insya allah akan buat majlis menyambut raya aidilfitri di batu maloi, tido semalaman di sana... hari pertama petang, persediaan tempat bakar lemang, n BBQ... malam lepas makan kita masak rendang, ketupat pulut, ketupat, kuah kacang, kari ayam, lemang, pagi esoknya pakai baju raya, lelaki baju melayu bersampin perempuan baju kurung korang ar, bergambar n sesi beri duit raya kepada anak2 n makan..... ok tak???

    ReplyDelete
  5. wah..meriah sungguh..
    Rusman - biar benar nak buat sambutan raya kat bt maloi? hahaha

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.