Friday, July 9, 2010

Riadah Santai- Pendakian Gunung Tahan 2010

-Gunung Tahan's Trekkers-

Akhirnya, aktiviti Riadah Santai Pendakian Gunung Tahan 2010 telahpun berakhir dengan jayanya pada 8 Julai 2010 jam 3.00ptg. Sesuai sekali dengan nama programnya iaitu ‘Riadah Santai’, trip ke puncak Gunung Tahan pada kali ini memang betul-betul santai & meriah dengan nyanyian dan gelak tawa Awie, Hawa, Along & Izan.. ala-ala Tahan FM gitu.. Alhamdulillah, setelah penat lelah memanjat serta menuruni bukit bukau dan gunung ganang, akhirnya mereka ini sudah layak bergelar ‘Gunung Tahan’s Trekker’. Ikuti ringkasan perjalanan trip Pendakian Gunung Tahan 2010 dari sudut pandangan mata hati jantung AKU

-Pintu masuk Taman Negara Sg Relau-
2 Julai 2010 – Jumaat
Selepas bersarapan bersama-sama Awie, Along & Hawa di Medan Selera Veledron Cheras, kami kemudiannya bertolak ke Stesyen Bas Jalan Duta untuk mengambil seorang lagi peserta iaitu Izan, yang tiba lebih awal dengan bas daripada Kedah..semangat btul nih!

Kami yang sepatutnya bertujuh dan bergerak dengan 2 kenderaan akhirnya tinggal berlima sahaja memandangkan En. Sabar (Senior Guide) mempunyai komitmen kerja di Kuala Tahan. Perbualan dengan En. Sabar melalui telefon, beliau meminta kami bergerak dahulu ke Taman Negara Sg Relau, beliau bersama En Faizal akan menyusul setelah urusan kerja beliau selesai dan kami diminta menunggu sehingga beliau sampai bagi meneruskan aktiviti pendakian.
-Menanam azam sambil melihat Puncak Gunung Tahan dari jauh-

Setelah tiba di Taman Negara Sg Relau, urusan pendaftaran dilakukan.. Sempat juga AKU berjumpa dan berborak dengan Timbalan Penguasa Taman Negara Sg Relau, En Zulkifli dan menyerahkan Cenderahati daripada OHM.. (En Sabar telahpun menelefon En Zulkifli bagi memaklumkan situasi semasa) Kami kemudiannya diberikan 3 buah chalet (No.6, No.7 & No 8) untuk berehat sambil menanti ketibaan En Sabar & En Faizal.
-Menuju Kuala Juram dengan 4WD a.k.a Roller Coster-

Di sebelah malamnya, kami keluar untuk makan malam di Pekan Gua Musang (lebih kurang 20 minit perjalanan) sambil membeli barang keperluan sebagai tambahan. Malam itu, sebelum melelapkan mata, aktiviti mengemas dan packing barang-barang berlangsung sehingga jam 11mlm.

-Antara sungai yang terpaksa diharungi-
3 Julai 2010 – Sabtu
Oleh kerana ada diantara peserta yang bangun agak lewat, AKU dan Izan Cuma memanaskan air di dalam chalet.. Kemudian, idea untuk memasak spageti timbul setelah perut mula berkeroncong..(pagi tu makan spageti beb..ekeke)

Lebih kurang jam 1ptg, kami keluar untuk makan tengahari di pintu masuk Taman Negara Sg Relau, dikesempatan ini AKU gunakan untuk menelefon En. Sabar, memandangkan kat dalam Taman Negara, line telefon tak berapa clear dan berita yang diterima agak mendukacitakan.. En. Sabar memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengikuti trip pada kali ini kerana urusan kerja di Kuala Tahan tidak dapat diselesaikan. Akhirnya kami membuat keputusan untuk meneruskan pendakian walaupun cuma tinggal 5 orang sahaja. (itu pun selepas AKU dengan jelas nampak wajah keyakinan di muka diorg..ecehh!)
-Sungai last di Kuala Luis-

Selepas itu, urusan untuk meneruskan pendakian dilakukan, dan kami di hantar ke ‘Starting Point’ iaitu Kuala Juram dengan mengunakkan pacuan 4 roda oleh Renjer Kanan Taman Negara En. Jaie lebih kurang jam 3.30ptg. Setelah tiba di Kuala Juram, kami membuat keputusan untuk terus memulakan trekking walaupun hari sudah agak lewat. Sedikit senaman renggangan dilakukan sebelum meneruskan perjalanan (diketuai oleh ‘Otai’ Izan yang merupakan Penolong Pegawai Sukan UiTM kedah..Iklan ahaks). Lebih kurang 2 jam trekking kami kemudiannya tiba di Kem Kuala Luis dan terus memasang khemah. Malam itu, hujan agak lebat..terpaksalah diorang menumpang di bawah hammock AKU untuk makan malam & berborak ala-ala ‘ice-breaking’. Kemudian…tuttttttttt…(Tanya Awie & Hawa….Along & Izan tak campur sebab dia tidur awal ekekekeke)

-Suasana di Kem Kor-
4 Julai 2010 – Ahad
9.45pg, Selepas peralatan perkhemahan dikemas, perjalanan santai melenggang Mak Limah diteruskan melalui Dataran Pacat (digelarkan sebegitu disebabkan kawasan tersebut memang kaya dengan ‘Pak Cak’). Di Kem Lata Luis, kami berehat agak lama sambil memanaskan air dan berborak.. Kemudian, lebih kurang jam 2.30ptg, kami tiba di Kem Kor untuk berkhemah.. Lebih kurang jam 6.30ptg, 1 kumpulan pendaki lain tiba dan berkhemah di Kem yang sama. Masing-masing menjeling apabila melihat kelibat anak-anak dara OHM (jelingan anak-anak dara OHM pun tak kurang hebatnya jugak..hihihi). Tidooooo…

-Anak-anak dara OHM membuat unggun api / asap bagi menghalau agas-
5 Julai 2010 – Isnin
Pagi ni, kami berkemas agak awal dan memulakan perjalanan lebih kurang jam 8.30pg.. Seperti biasa Izan & Awie menjadi org 1st bangun & memasak seawal 5.30pg.. (tq Izan sbb jadi chef utk kami ekekeke & awie pembantu chef). Di awal perjalanan kami perlu memanjat Bukit Kembang Hidung, memang kembang kempis lubang idung dibuatnya.. Namun, di pertengahan bukit, kami berehat seketika untuk mendapatkan line telefon dan menghubungi insan yang tersayang masing2 bagi memaklumkan keadaan terkini kami.. (…two three four five six….^^ tanye awie sbb dia paling lama bergayut hihi)

Lebih kurang sejam setengah trekking kami tiba di Kem Permatang & singgah untuk mendapatkan air (last water point sebelum tiba di Kem Kubang). Selepas berhempas pulas memanjat akar-akar kayu serta trek yang agak menegak, lebih kurang jam 2ptg kami tiba di Kem Kubang sebelum meneruskan perjalanan ke kem Berlumut dan tiba lebih kurang jam 3.30ptg dan berkhemah. Kem Berlumut merupakan campsite yang dibina di atas laluan permatang di kawasan paya.. Sumber air juga agak terhad di situ namun, Alhamdulillah pada malam itu, hujan agak lebat dan peluang itu kami gunakan untuk menadah air dengan mengunakan flysheet..(dapat la chef Izan memasak & Hawa membasuh mestin dengan menggunakan air tersebut..kan kan??) Malam itu juga, khemah diorang dah jadi macam rakit dah sebab kat bawah penuh dengan air.. Kesian hiks ^^… zzzzzzzzzz….
-Trek yang mencanak-
6 Julai 2010 – Selasa
Setelah trekking lebih kurang 2 jam, kami kemudiannya tiba di area yang di gelar Bonsai Bawah dan bergambar (panorama kat situ memang cun..diorang siap posing kat atas pokok bonsai lagi youu..auww!). Di situ juga kami berselisih dengan group abang-abang macho yang baru turun dari Puncak Gunung Tahan.. Ucapan Tahniah daripada kami dibalas dengan ucapan ‘Good Luck’ daripada diorang (tergugat gak laa anak-anak dara OHM nih ^^). Lebih kurang jam 1.30ptg kami tiba di Kem Bonsai dan berehat sambil minum kopi cicah biskut untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan. Kemudian kami menempuhi laluan bonsai yang lecak dan berselut (penat nak bergayut kat pokok sebab takmo kaki terselam dalam selut). Selepas melalui laluan yang agak indah dan syahdu serta berkabus, kami kemudiannya tiba di Kem Botak lebih kurang jam 4.15ptg dan berehat.

-Merakam kenangan-

Jam 6ptg kami akhirnya tiba di Puncak Gunung Tahan (2187m) selepas memanjat batuan licin serta bonsai lecak sepanjang jalan dan berkhemah. Memandangkan di puncak gunung hari masih lagi cerah.. peluang bergambar dihadapan signboard Gunung Tahan serta Banner OHM dengan memakai Tshirt Edisi Khas (ekekeke sape naik Tahan je dapat..lalalala) diteruskan sambil menikmati permandangan matahari terbenam dari Puncak Gunung Tahan yang agak indah pada petang itu. Sebelum itu, kami bergilir2 untuk mandi di perigi buatan yang berhampiran. Di sebelah malamnya pula, chef Izan menyediakan juadah spageti untuk kami..yea yeahhh! Untuk makluman, cuaca pada malam itu amat bagus sekali, tiada hujan, tiada kabus & tiada angin…nyaman beb!. sehinggakan bintang-bintang serta planet Zuhrah jelas kelihatan dari Puncak Gunung Tahan. (memang kami adalah diantara pendaki yang bernasib baik..rezeki beb!) Tidur lena di Puncak Gunung Tahan sambil terkenangkan insan tersayang (jodoh pertemuan kami di Gunung Tahan pada bulan Julai tahun lepas ^^ ngam2 setahun ecehcehhh ^^) Sebelum tidur.. masing2 sempat menelefon insan yang tersayang bagi berkongsi kejayaan menawan Gunung Tahan….zzzzzz krohhhh krooohhh kiokkkkkk..

-Mental koyak bila tengok laluan seterusnya ^^-

7 Julai 2010 – Rabu
Puncak Gunung Tahan pelahan-lahan dengan sayu kami tinggalkan.. Walaupun Cuma semalamam, namun kenangan & perasaan berada di puncak Gunung Tahan memang syahdu.. Walaupun sudah beberapa kali Aku menjejakkan kaki di Puncak Tahan, setiap kali perasaan tidak berubah dan tersemat di dalam hati, tahun hadapan AKU akan datang lagi..insyaallah..
-Pembikinan cover album-

Sepanjang perjalanan, panorama indah tidak dilepaskan begitu sahaja oleh kami.. Kesempatan ini kami gunakan sebaiknya untuk merakam gambar kenangan yang terbaik.. Aksi-aksi model bidsan terjun serta jurugambar amatur kelihatan di mana-mana hihi..Alhamdulillah, cuaca cerah serta permandangan langit biru dan gunung ganang yang sebahagian puncaknya dilitupi awan membangkitkan kekaguman dalam diri kami..hasilnya lihat gambar ye ^^
-Indah...perjalanan turun-

Kerana asyik merakan gambar disepanjang perjalanan, kami tiba agak lewat di Kem Botak.. Namun perjalanan diteruskan selepas berehat seketika di Kem Botak dan menghayati permandangan gunung ganang dari kejauhan.. Lebih kurang jam 12 kami tiba di Kem Bonsai. Kemudiannya, menyambung perjalanan ke Kem Berlumut (menggunakan laluan shortcut tanpa melalui Bonsai Bawah) dan tiba lebih kurang jam 3.30ptg untuk memungut kembali sampah yang kami tinggalkan (gantung pada pokok) pada hari sebelumnya untuk dibawa turun ke kaki gunung.

-Kem Botak dari kejauhan-
Lebih kurang jam 4ptg kami tiba di Kem Kubang, semua peserta diarahkan untuk menyiapkan peralatan (headlamp dll) untuk berjalan pada waktu malam sekiranya perlu memandangkan hari sudahpun semakin gelap serta hujan. Lebih kurang pukul 5.20ptg, kami tiba di Kem Permatang untuk berhenti rehat seketika. Perjalanan kemudiannya diteruskan, dah akhirnya kami tiba di Kem Kor lebih kurang jam 6.30ptg dengan masing-masing mengadu sakit kaki ekekekeke ^^ (mana tak sakit nye..kena push 16km beb hahaha). Malam itu berselera kami makan..tq lagi skali ye Izan hiks.. Mata pun di pejam sampai pagi…

-Menuju Kem Botak-
8 Julai 2010 – Khamis
Pagi yang cerah.. Hari terakhir misi. Kami memulakan perjalanan agak lambat hari ini.. Maklum laa line clear..takde orang..selesa la sikit nak tuttttttt…(ekekeke tanye Awie sebab dia paling cekap dalam hal ni wakakaka ^^ ) Selepas setengah jam trekking, kami kemudiannya tiba di bukit yang di kenali sebaai ‘TudungPeriuk’ dan berhenti rehat sambil menghayati permandangan air terjun.. Setengah jam kemudian kami tiba di Kem Lata Luis dan meneruskan perjalanan sehingga ke Kuala Luis dan berehat serta bergambar.
-yeahhhhh..!! Nak balik dah!-

Sebelum tiba di Kuala Juram, kami berselisih pula dengan 3 pendaki daripada Belgium.. Mereka ternyata kagum dengan kegigihan team anak-anak dara OHM yang telahpun berjaya menawan Puncak Tahan.. Apa yang menarik, pada hoversack salah seorang ‘Mat Saleh’ tersebut tergantung sebungkus Petai..!!! Sedangkan kami yang semuanya Melayu tulen naik gunung bawak spageti & hotdog wakakakaka.. dah terbalik la pulak ^^. Bila AKU tegur, dia cakap “yesss pethaiii is good”.
-Nukilan Awie-

Akhirnya, selepas berhari-hari naik dan turun gunung..meredah sungai dan lain-lain lagi cabaran..kami kemudiannya tiba di jambatan gantung Kuala Juram yang menandakan tamatnya perjuangan kami menawan Puncak Gunung Tahan dengan perasaan yang sangat puas, gembira dan bersyukur kerana semuanya selamat serta tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang kami beraktiviti.. Kami kemudiannya di jemput oleh En. Jaei lebih kurang jam 4ptg untuk kembali ke Taman Negara Sg Relau..
-Akhirnya, pasukan Belanda berjaya ke Final (Takda kena mengena kan? hiks)-

Tahniah kepada Awie (HUKM), Along (HUKM), Hawa (HUKM) & Izan (UiTM) di atas kejayaan korang menawan Puncak Gunung Tahan pada 6 Julai 2010 jam 6.00ptg.. Semoga lepas ni korang akan lebih bersemangat dan cekal dalam menghadapi hari-hari yang mendatang..

Sekian…

Garfu / 9 Julai 2010

6 comments:

  1. menarik tu...“yesss pethaiii is good”...kih3
    tahniah semua!!, OHM berlima berjaya ke puncak..^_^

    ReplyDelete
  2. tahniah wat smua...
    slmt pegi n slmt pulang...
    laen kli kte bwak mknn tempatan plak naek nnty...
    tkar selera..
    huhuhu...
    jom gi lg taun dpn..
    insyllh..

    ReplyDelete
  3. tahniah..tinggal berlima je sudahnye ye..

    ReplyDelete
  4. tahun depan insyaallah g lagi.. plan nk duk 2 mlm kt puncak baru bleh btol2 menghayati permandangan matahati terbenam & terbit..lalala

    ReplyDelete
  5. trip anak2 dara tuh...seb baik ada sowg bodyguard

    ReplyDelete
  6. i.allah, tahun depan ada lg trip ke gng tahan ^^ sape nk join kena prepair awal2 ye.. tarikh blom kompom lg..tp mgkin dlm bulan 5 atau bulan 6.. laluan tk pasti lg, mgkin merapuh-kuala tahan atau merapuh-merapuh..tgk pd keadaan nanti

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.