Tuesday, July 20, 2010

Riadah Santai - Mengejar Matahari @ Gunug Datuk , Rembau



-->
- Permandangan Matahari Terbit Dari Puncak Gunung Datuk, Rembau -
Riadah Santai - Mengejar Matahari @ Gng Datuk selesai dgn jaya nyer. Sesuai dgn tajuknyer “riadah santai” pendakian malam dalam hujan lebat memang mencabar tp syiokkk wooo, memang santai habis…come lets fun our journey…mengikut dr kaca anak mata hatiku (sory yer summary BM den lemah sikit..huhu) ^_^…go..go..go…

-->
17 July 2010-Friday
Memulakan perjalan dr KL ke Rembau memakan masa dalam 1 jam setengah kalau melalui LEKAS highway…kalau ikut Plus highway lebih kurang 2 jam (tp tnye syed awat dia lambat sgt…hikssss). Setibanyer d Senawang.. jeng2.. hujan la pulok.. comfom kali ni pendakian dlm hujan. Lebih kurang pukul 11.30pm – 12.30am ketibaan semua peserta seramai 16 orang (5 wanita, 11 lelaki) dan perlu melaporkan diri ke pihak pengurusan Gunung Datuk terlebih dahulu. Sebelum pendakian peserta mengemas barang2 yg perlu di bawa (sape taw beg saper paling berat?? teka jew lah...hiksss) dan di beri sedikit taklimat oleh Tuan Garfu (Zizi) mengenai Gunung Datuk serta melakukan senaman ringan untuk menggendurkn urat2 yg tegang (takut krem wooo…)
-->
18 July 2010-Saturday
Lebih kurang pukul 1.45am perjalan dimulakan dlm keadan hujan yg agak lebat mengikut barisan kerana tidak mahu ader peserta yg tertinggal jauh. Di dahului Syed sbg guiders, permulaan pendakian merempuh sebatang anak sungai dan kawasan landai. Lebih kurang dlm 10 minit pendakian di teruskn dgn trek yg agak menegak 75 darjah betul2 mencabar para peserta yg pertama kali mendaki Gnung Datuk ini dengan hujan semakin lebat menyebabkn trek basah dan bertambah licin seterusnya berlaku lah adegan krem mengkrem dan pancit memancit.. gigit menggigit (pacat weiiii) hehehe.. tiba2 peserta pertama iaitu cik Ira kena sampuk dgn “hantu krem” (krem kaki lah..hikss) mengalami kekejangan kaki di beri rawatan, lebih kurang 5 minit perjalanan seorg lagi peserta kena sampuk dek “hantu krem” iaitu cik Ninie (aku lah weiiii…hehehe) pula di beri rawatan. 5 minit berehat peserta meneruskan perjalan dgn di iringan irama penghuni hutan dan radio bergerak yang takder lirik (seorg peserta wanita menyanyi bagi “mensaiko”diri sendiri utk menghabiskn pendakian.. emmmm..... eemmm… "i'm yours" klu x silap aku lah lagunyer….ekekekek)
-->
- Trekking malam dalam hujan -
Selepas sejam setengah perjalanan dgn mental yg kuat peserta berhenti rehat selama 5 minit di satu kawasan yg di panggil “khemah runtuh” untuk mengumpul kembali segala tenaga2 sakti bagi meneruskn perjalanan. Perjalan memakan masa lebih kurang 3jam setengah, peserta akhirnya sampai di tapak perkhemahan Gunung Datuk pada pukul 5.15am dgn muka yg ceria+kelat+sejuk (penat wehh..dh smpai tp blm kat puncak lg..hikss) . Di tapak ini peserta merehatkn diri, memanaskn badan sebab kesejukkn sudah menguasai diri peserta2 dan ade yg melelapkn mata, mengisi perut sambil menunggu matahari terbit. Sedang elok peserta merehatkn diri dan tido, tiba2 para peserta di hiburkan dgn gemersik suara alunan merdu mereka yang lena di buai mimpi (lawan berdengkur lah..hiksss) menghilangkn rasa keletihan bagi mereka yg x tidur (ader gak yg x tdo koz sejuk gila..menggigil wehhh..huhuhu).
-->
- Di lokasi campsite puncak gunung, persiapan untuk aktiviti Jungle Cleanup -
Pada pukul 7.30am, selepas bangun tidur dan bersiap-siap, peserta memulakn pendakian ke puncak melalui bukit batu2 yang besar, mendaki tangga besi yang agak tinggi, tepat 7.45am.. Akhirnya peserta sampai ke puncak Gunung Datuk. Semua peserta terkesima sebentar melihat matahari perlahan2 keluar memancar keseluruh sekitar Gunung Datuk dan terkedu sebentar dan merasa bangga kerana dengan susah payah mengharungi pendakian kesemua peserta berjaya menawan puncak Gunung Datuk ( kami dah sampai wehhhhhhh….hiksss). Berada di puncak peserta tidak melepaskan peluang merakam@mengabadikan potret masing2 oleh jurufoto2 amatur dan bermacam2 aksi di gayakan oleh model2 bidaan terjun (hehehe….)  
- Mencabar, menaiki tangga untuk ke puncak -
-->
- Bersama banner OHM di Puncak Gunung Datuk, Rembau -
Pukul 9.00am, peserta dengan sayu meninggalkan puncak Gunung Datuk ke tapak khemah semula untuk bersarapan pagi. Selepas sarapan, peserta tiba2 rasa sebak dan sedih melihat keliling puncak gunung penuh dgn sampah sarap. Sungguh sayang puncak gunung yang cantik tetapi di cemarkan dengan pemandangan yang menyakitkan mata semua peserta. Seperti tema group OHM JC, peserta OHM melakukan JC sekitar kawasan gunung setakat yang termampu.
- Antara makhluk " sampah" yang di pungut oleh peserta OHM -


Tepat pukul 10am, selepas berkemas, kesemua peserta mula bergerak pulang meninggalkan puncak Gunung Datuk. Ketika inilah sekali lagi bermacam2 aksi telah di tunjukkan para peserta…adengan menggelongsor…tarik menarik…tahan menahan… menceriakan para peserta. Perjalanan pulang kami bertembung dengan beberapa trakers pelbagai bangsa melayu, cina, india (satu Malaysia lah katerkan…hiksss) dan beberapa group student luar (klu x silap dr Pakistan). Semua peserta tersenyum sindiri melihat trek ketika turun..macam ni rupa nyer malam tadi kita naik..(^_^)….

-->- Aktiviti Jungle Cleanup sedang berlangsung -

12.30pm, kesemua peserta OHM akhirnya sampai ke bawah dengan selamat nya tanpa sebarang kecederaan. Kesemua hasil tangkapan (sampah sarap) di kumpul dan di abadiakn di dalam potret sebagai bukti…hehehe…jam 1.30pm semua peserta bersurai. Jap2….ader lagi…kitaorg semua confius mcm mana kereta si GARFU boleh kuar padahal kena block kiri ka nan depan belakang oleh 2 3 4 biji kereta..nak taw tnyerlah tuan empunya kereta…kihkihkih…sekian…jumpa lagi di lain gunung…bye-bye..majulah gunung untuk negara…wachaaaaaaaaaaaaaa….. (^_^)
-->
- Bergambar bersama 'hasil' yang di kutip sepanjang trek -
P/S : mendaki waktu hujan lg best sebenarnyer koz x rasa dahaga lansung….hehehe..

2 comments:

  1. wah tak dahaga sebab minum air ujan ye? hahahaha.. tahniah utk sumer

    ReplyDelete
  2. uhuhuh.... syed lepas gunung datuk gi gua batu maloi.... memanber dia siap mandi air panas lepas kuar gua.... naik biru muka diaorang

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.