Saturday, June 26, 2010

Finding Nemo @ Scuba Diving


Tarikh : 26/06/10
Tempat : Pusat Latihan Maybank (Maybank Training Centre), Bangi
Masa : 10.30pagi - 2.00 petang
tok wan memulakan majlis

Jam 10.30 pagi Orang Hutan Malaya mula berkumpul di Parking Kereta P.L Maybank dengan perasaan yang sangat gembira. Dari puncak kita turun ke dasar mencari khazanah di dasar. Alhamdulillah, seramai 9 orang ; iaitu Smilestar White, Mardiana Abdul Rahman, Shaliza Nasruddin, Khairul Anwar, Abang Aenal, Syed Ahmad, Zt AkhTar, Hazel Anuar, dan Garfu Besi (klik untuk ke fb mereka).

Tuan Syed, Kids Scuba Director


Terima kasih kepada Abang Aenal @ tokwan kerana arrange kami untuk merasakan nikmat scuba yang memang bukan semua orang dapat merasakannya.... (kepada yang x dapat pergi tue, alangkah ruginya... tapi lepas nie leh joint program lain yang lebih seronok).


kusyuk mendengar penerangan drp En Dollah


Untuk scuba diving ini, ianya di bimbing oleh team dari kids Scuba (untuk maklumat lanjut boleh layari laman web mereka). Di kedalaman kolam renang sehingga mencapai kedalaman 5 meter.

syed peserta pertama turun ke kolam..tak sabar eh

Pertama kami diberi penerangan oleh Tuan Syed Abd Rahman yang juga director kepada, KidsScuba yang juga telah berpengalaman lebih daripada 21tahun dalam scuba diving ini. Tuan Syed memberi sedikit penerangan mengenai scuba diving (buku log, kesan, modul), kidscuba dan sambi menunjukan CD berkenaan dengan scuba yang juga digunakan kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan lesen scuba diving. (time nie... kite orang dah gila excited nak try.... best)


sessi memakai wet suit


Penerangan Tuan Syed, diteruskan oleh En Dollah yang juga instructor untuk scuba diving ini berkenaan dengan alatan-alatan untuk scuba diving. Antara alat-alat yang diperlukan untuk scuba adalah Diving Mask, Snorkel, Scuba Fins, Buoyancy Control Device, Regulatro Set, Air Tank dan Wetsuit. (wa.......... gila la... nak try, nak try). Setelah penerangan diberikan termasuk cara menggunakan alatan tersebut, En Dollah menjemput kami untuk ke dalam kolam renang untuk mencuba alatan tersebut. Terus semua OHM menukar pakaian mereka dengan memakai Wet Suit dan masuk ke dalam kolam renang.
  


gadis-gadis litar OHM..auwww

Dalam kolam, En Dollah dan Cik Zila Zain mengajar cara apungan, menggunakan Regulator set, penafasan melalui mulut, cara menggunakana Dving Mask, Cara untuk tengelam. Kami duduk dalam air tersebut untuk belajar cara menggunakan regulator tersebut termasuk cara untuk menarik nafas, melepaskan regulator dan mengambil semula regulator, baring dalam air dan bermacam-macam lagi. Ada yang berpeluang menyelam sehingga kedalaman 5 meter. huhu
  


..dan misi pun bermula

merasa la juga belajar dalam air, duduk dalam air, baring dalam air... rugi xde kamera underwater jer... lupa nak bawak. Kalau bawak tue dah banyak dah aksi scuba diver daripada OHM ni....
  
di mana si nemo??

Setelah puas berada dalam kolam hampir 2 jam, tangan pun dah naik kecut.... kami pun naik keatas sambil menikmati makan tengah hari bersama dengan instrustur dan semua skali.... Akhirnya terubat air klorin yang kami minum dengan juadah tengah hari yang sangat sedap yang telah dihidangkan.. alhamdulillah.
  

blurbbb..blurbbbbb...blurrrrbbbb..

Seterusnya leih kurang jam 2.30ptg kami pulang kerumah... dengan impian satu hari ni dari puncak hingga ke dasar. Dapat kami masuk ke gua di dasar laut..... dan bersama dengan ikan2x...

akhir sekali..banner OHM turut menyelam sama

p/s Kids scuba boleh dilayari laman web mereka melalui www.kidsscuba.com

1 comment:

  1. ekekeke best student je dpt menyelam sampai ke kedalaman 5meter tau ekeke..jgn jeles ye

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.