Sunday, June 6, 2010

Batu Maloi, keindahan Gua penuh cabaran (5 Jun - 6 Jun 2010



Kali ini, Orang Hutan Malaya (OHM) berjumpa semula di Gua Batu Maloi, Negeri Sembilan. Setelah setahun penubahan OHM. Akhirnya, mereka yang berkesempatan untuk memeriahkan aktiviti JC dan meredah gua datang dan memulakan ikatan mesra. Aktiviti dijalankan pada 5 Jun 2010 sehingga 6 Jun 2010.

Ala… 2 hari 1 malam jer, tapi best ooooo rugi sapa x joint

Kat sini saya akan bercerita untuk mereka yang tak pergi supaya mereka rasa berbakti kepada hutan, dan kepada yang pergi untuk mereka merasakan kenangan dan persahabatan yang dibina bersama di OHM akan kekal sehingga akhir hayat…

Cheewaahhh, ayat bunga-bunga cinta
Kita pergi kepada perjalanan program


Masa telah menetapkan dan Alhamdulillah semua telah berkumpul dan berjumpa di pekan Tampin, pada jam 4.00 petang. Selepas itu, mereka yang telah berjanji untuk tunggu di Petronas Tampin tersebut berjumpa dan bergerak bersama ke Batu Maloi.


Alhamdulillah, sampai pun kite org kat Batu Maloi, cukup rasa tenang… dapat hirup udara kampong.

Hari semakin petang, kelihatan Arjuna sedang membakar sesuatu, Awie sedang menggoreng sesuatu… wa.. seperti ada sesuatu pada malam ini dan yang lain2x juga seperti sedang menyediakan sesuatu pada malam ini. Ya Betul tekaan yang sangat kuat. Tanpa berlengah masa, mereka yang sudah sampai dan bersiap-siap pasang khemah terus ke tempat pembakaran dan penyediaan makanan ini. Pada malam pertama, di gua Batu Maloi, kita adakan BBQ. Malam BBQ yang penuh enak dan lazat disediakan oleh OHM sendiri. Antara menu-menu yang menarik adalah ; nasi goreng, ayam BBQ, kerang BBQ, ikan bakar BBQ, Ikan siakap BBQ, Sosej BBQ, udang BBQ. Yang dibakar segar diatas api yang membara… dihidangkan bersama air grape dicampurkan dengan Ais. Malam yang sunggu berselera dan mengasyikan.

Juadah BBQ OHM


Setelah kenyang dan makanan telah memenuhi seluruh inci perut, kami berkumpul di dewan lepas makan untuk mendengar taklimat daripada Rosman mengenai OHM, semua pun mendengar dengan kusyuk… Nampak mcm ketat jer malam tue.. tapi fun, ada unsur lawak dimana-mana. Betul x sang labah2x?.

Antara taklimatnya adalah syarat keahlian OHM, pengenalan Jawatankuasa OHM, kenapa OHM ditubuhkan, Halal ke Haram OHM ini, perniagaan di OHM, penggunaan nama OHM, tanggungjawab OHM. Semuanya telah diperjelaskan dengan seterang-terangnya seperti matahari menyinar disiang hari. Dan bila dah habis penerangan tersebut ada proses jualan dan beli dijalankan. Terjualah, beberapa baju baru daripada OHM. Menggunakan kain “cool fit” boleh dipakai dimana-mana sahaja. Sape yang nak lagi baju tue leh contact Rosman, murah2x.. Selepas itu masing2x buat kerja masing, ada yang jumpa sleeping beg, ada yang tengah “meeting”, ada yang bermain bersama “lappy” mencari line internet… hahaha celcom xde line yer…


Pagi tue se awal jam 7.00 pagi kita bersarapan, dan aktiviti yang disukai oleh ahli OHM kerana minat mereka adalah kita buat Jungle Clean Up… Semua peserta berkumpul dahulu untuk mendengar taklimat berkenaan dengan JC yang nak dibuat pada kali ini, pembahagian tugas diadakan dan seterusnya semua terus pergi mencari sampah supaya kawasan sekitar itu bersih. Kalau tak bersih nnt ada haiwan lain yang akan datang untuk bersihkan sampah2x itu dan haiwan tersebut akan mengangu orang lain untuk berkhemah di kawasan yang sama. Oleh itu, pastikan anda kemaskan betul2x kawasan perkhemahan anda selepas sahaja anda berada disitu. Sampah, buang jauh2x. o.k (pesanan khidmat masyarakat drpd OHM).



Bergambar setelah penat membuat jungle clean up.... Anda pun mene bersihkan jugak o.k

Aktiviti lepas kutip sampah, bergambar bersama “bukti” a.k.a sampah…

O.k, selepas itu semua dah x sabar untuk masuk gua. Mcm-mcm persediaan dilakukan, kasut berstokin, headlamp, baju dan bermcm2x lagi… Tepat jam 11.30, semua peserta sudah tidak sabar untuk masuk ke dalam gua.. tapi, kene tahan dulu dengan Rosman untuk mendengar taklimat penting…. Seramai 43 peserta dengan penuh khusyuk mendengar taklimat daripada Rosman. Cabaran untuk anda yang tidak berani, pada kali ini sekecil 4 tahun sudah berani masuk gua, advance betul dorang daripada rakan sebaya yang lain yang asyik nak main je keje. Tahniah kepada Muhammad & Fisha.




Nak masuk pintu gua... stanby heandlamp masing2x

Cerita pasal gua, tracking sejauh 500 meter (ala… Nampak dekat.. tapi try test masuk, tengok). Ada 12 Checkpoint yang mencabar… kalau berjalan 3 orang mengambil masa salama 1jam 45 minit. Kalau 43 orang, kira jer la sendiri. Ini bukan gua batu kapur mcm kat gua niah tue, gua batu maloi ada yang muat, ada yang tak muat laluannya, ada yang merangkak, ada yang kene baring, ada yang kene memanjat, ada yang kene menyelam. Ada 12 Checkpoit kesemuanya. Antara checkpoint yang menarik adalah ,cp 3 ada gigi maloi...,cp 5 - gua kelawar lepas tu naik tali, cp 6 - kapal maloi, cp 7 - lukisan kt dinding...lepastu lubang ibu mengandung, cp 9 - air terjun..panjat guna tali lewan arus, cp 12 - tempayan maloi. Di checkpoint 6, taklimat berkenaan gua diberikan oleh Rosman. Intrested betul, semua nye dengar… bagus la.. OHM nie, sambil meneroka gua dapat belajar something yang baru....

Cerita gua... oleh Mr Rosman

O.k dah? Lepas tue keluar gua dalam keadaan yang sudah basah kuyup, sebab dalam gua nie ada sungai dan air terjun yang dingin, nyaman dan sejuk. So, Ambik la peluang untuk mandi.. kalau tak rugi… beb. Dan dalam keadaan berbasahan kita mengambil gambar. Dalam perjalanan balik pun, kita sempat berkumpul dan bergambar bersama dahulu… ada dua tempat kita orang berkumpul untuk mengambil gmbr kenangan, di pintu keluar gua dan juga di hadapan batu maloi. Sambil berjalan pulang, sekali lagi ilmu mengisi dada. Rosman memperkenalkan pokok-pokok yang menjadi ubat tidak kira kepada lelaki dan perempuan.
Bila dan keluar dari gua, baru dengar bunyi kruuukkkraaakkk… bunyi perut yang dah lapar sebab dah pkl 3 pun… huihuu

Sampai jer basecamp, semua nye bersiap untuk Makan (paling penting). Makanan tengahhari memang mengamit selera semua peserta (maklumla.. lapor katakan). Makan penuh dengan kesopanan. Huhu.. best2x..best2x… dan selepas makan, semua bersihkan badan masing2x, mandi kemas2x untuk pulang ke tempat masing2x…. bersalaman dan mengucapkan selamat jalan… dan yang pasti insyalallah kita jumpa di program yang seterusnya...

p/s kalau nak tgk gmbr yang lain klik disini

5 comments:

  1. ekekeke kreadit kt K.A sbb sediakan laporan aktiviti Riadah Santai - BBQ & Meneroka Gua kali nih^^

    ReplyDelete
  2. marbeles... yummie..adventour

    ReplyDelete
  3. wah2..abg long yg buat..ptot la...okey pasni bleh la bg kA wat trus..eheee~

    ReplyDelete
  4. Syifa, Fiqa dan Muhammad - terima kasih bebanyak utk Uncle Rusman dan Uncle Akmal sebab bawa kami tiga orang bebudak baru belajar masuk gua!

    ReplyDelete
  5. satu pengalaman baru dengan meneroka gua selain mempelajari ilmu alam dari abg Rosman. tidak lupa makanan yang enak dan membuka selera dari Tok Bomoh n semua yg terlibat dlm menyiapkan BBQ..
    yummie3xx...
    memang rugi x fllw...
    terima kasih OHM...

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.