Saturday, May 29, 2010

Riadah Santai - Layan Trek Angsi



Disebabkan beberapa ‘masalah teknikal’ (hahahaha jgn mare!) yang berlaku diawal pg 28 Mei 2010, perancangan untuk memulakan pendakian ke puncak GunungAngsi bermula pada jam 8.00pg terpaksa dilewatkan. Tahniah kepada Syed Ahmad, Aidil aka Betty & Anand kerana menjadi peserta pertama tiba ke lokasi iaitu lebih kurang jam 7.00pg ^^ eekekekekeke… Akhirnya selepas beberapa ‘masalah teknikal’ tersebut telah berjaya diatasi dengan muke tak bersalahnya, kami (Izan, Ismail, Zetty & garfu) akhirnya tiba ke lokasi kejadian (tempat program) lebih kurang jam 8.00pg dan bersarapan bersama-sama Syed & rakan-rakan yang lain.

-Izan dah lepas memanjat, turn Ismail pulak-

Selepas semuanya selesai termasuk menjalankan aktiviti ‘Nature Calling’, kami semua menuju ke Pejabat Renjer Jab Perhutanan untuk mendaftarkan diri (Permit Mendaki RM5/seorang). Sebelum meneruskan aktiviti, peserta melakukan aktiviti rengangan lebih kurang hihi dan lebih kurang jam 8.45pg, kami memulakan aktiviti trekking / hiking ke Puncak Gunung Angsi. Aktiviti yang bertujuan hanya untuk layan trek ini bermula dengan agak ‘agresif’ memandangkan kami sudah bermula dengan agak lewat. Trekking di laluan yang agak landai ini berlangsung dengan hayunan langkah yang agak laju kerana nak mengejar masa yang ‘terlewat’ tadi. Pendaki ‘pro’ yang mengikuti aktiviti ini dah mula risau bila melihat hayunan langkah kami yang begitu bergaya & laju itu ekekeke ^^. Tapi rupanya kerisauan itu hanyalah sementara hahahaha..ini kerana, selepas berehat di Jeram Kak Lang.. Kami mula menempuhi laluan yang ‘mencanak’ dan dengan serta merta aksi agresif td sudah mula bertukar rentak menjadi aksi ‘Irama Malaysia’ hahaha..

-Chef Syed sedang menyediakan hidangan makan tengahari-

Semasa memulakan pendakian di bukit yang pertama, tiba-tiba keluar ayat tak boleh blah dari mulut si Anand.. “Saya rasa sangat bersalah” hahahaha ayat ni kompom akan dikenang sampai bila-bila..nasib ko laa Anand hahaha. Sebagai 1st timer, laluan bukit yang pertama ini terasa bagaikan dah azab sangat bagi beliau ekekeke.. Namun, berbekalkan azam dan motivasi “Twister” yang ditayang sementara oleh Syed, Anand akhirnya BOLEH! yeahh! ^^. Disepanjang perjalanan Izan & Ismail juga asyik duk ‘attack’ Twister kepunyaan Syed hahaha.. “sabo..saboo..kat puncak ye” kata Syed.

-bergambar bersama 'Twister' idaman kalbu-

Lebih kurang jam 10.45pg kami telah tiba di Bukit Botak dan memanjat tali yang telah tersedia. Laluan yang agak licin dan berpasir beserta panas terik matahari, menjadikan pendakian ini lebih mencabar dan tekak kering uhuk uhukk..Air..Air…!

-orang kampung nih-

Perjalanan diteruskan, namun kelibat Betty aka Aidil sudah tidak kelihatan, dah jauh dihadapan (wah bleh tahan…). Setelah kami tiba di bukit akhir sebelum tiba dipuncak, kelihatan Betty aka Aidil sedang duduk berehat sambil menumbuk-numbuk lutut hahahaha haa kena dah…laju la lagi hahaha. Penyakit orang tua sudah mula manyerang beliau..’penyakit sengal2 lutut’ hahahaha..

-Jungle Cleanup-

Akhirnya, lebih kurang jam 12.30tghr kami tiba di puncak Gunung Angsi (825 meter). Sebaik sahaja sampai, kami mula membentangkan tikar & flysheet untuk ‘berkelah’. Dikesempatan itu, ada dikalangan peserta tidak melepaskan peluang bergambar kenang-kenangan disekitar kawasan puncak itu. Selepas itu, kami beramai-ramai menjamah hidangan special yang disediakan oleh Chef Syed Ahmad iaitu megi segera & roti cicah air kopi susu panas..wahhhh! Pekena pulak 2 biji Epal dipotong 12 hahaha sambil bercerita aka mengumpat aka berkongsi pengalaman aka cakap-cakap kosong aka mengutuk ^^. Ada juga dikalangan peserta yang mengambil peluang itu untuk berehat serta “Sleep Sleep Chicken” sementara menunggu jam 2.00ptg.

-di 'balak malas'-

Lebih kurang 10 minit sebelum jam 2.00ptg, kami mula berkemas dan bersiap untuk turun. Sebelum meneruskan perjalanan turun, tidak dilupakan aktiviti Jungle Cleanup.. Dengan kerjasama semua peserta, sampah sarap yang dibuang oleh pendaki-pendaki sebelum ini di kawasan puncak dan sepanjang trek telahpun kami ‘clear kan’ aka pungut untuk dibawa turun. [ IKLAN : Plastik sampah telahpun di sponsor sepenuhnya oleh Syed Ahmad..caya lah bro!]

-iklan Flanil..utk sengal2 lutut..ekekeke-

Semasa perjalanan turun, tiba-tiba kaki Chef Syed terseliuh (luka lama berdarah kembali). Setelah di nasihati berkali-kali oleh Izan & Zetty supaya membalut kaki yang terseliuh itu, Syed tetap dengan aksi ‘degil’ ekekeke.. (Izan Fed-up! Hahahaha..) Namun untuk mengurangkan kesakitan kaki Syed, kami singgah di kawasan tepi sungai dan Syed telah DIPAKSA untuk membuka kasut dan merendam kaki beliau yang sakit itu ke dalam sungai sebagai rawatan altenatif ^^ ekekekeke.. lebih kurang 15minit berehat, kami kemudiannya meneruskan perjalanan menyelusuri batang paip lama..dan akhirnya tiba di kawasan perkelahan Ulu Bendul lebih kurang jam 5.30ptg.

-bersama 7 bungkusan sampah sarap yang dipungut disepanjang trek-

Tahniah kepada rakan-rakan yang sudi layan trek bersama-sama pada kali ini.. Syed, Betty aka Aidil, Anand, Izan, Ismail, Zetty & Garfu. Terima kasih jugak kat Izan sebab sanggup datang dari jauh (Kedah) semata-mata untuk melayan trek bersama kami yang tk pro nih ngeeeeeee ngeeegegee…
....Tamat.

Tuesday, May 18, 2010

Riadah Santai - Ke Puncak Nuang

Tarikh : 15 – 16 Mei 2010 & sambung hingga 17 Mei 2010 ^^

-Peserta yang menjayakan Riadah Santai - Ke Puncak Nuang-

Hari Pertama:
Seperti yang telah dijanjikan, lebih kurang 9.30pg hampir semua peserta yang bakal mengikuti aktiviti ‘Riadah Santai - Ke Puncak Nuang’ mula sampai dan melaporkan diri. Selepas kesemua 22 orang peserta tiba (3 orang peserta telah menarik diri pada saat akhir), bungkusan bekalan makanan yang telah disediakan oleh bro Arjuna diagih-agihkan kepada setiap peserta utk dibawa semasa trekking ke Kem Lolo. Sesuai dengan pepatah yang mengatakan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” ^_^

-Upacara kupas bawang macam kenduri kawen daaa-

Sebelum semua peserta memulakan perjalanan ke Kem Lolo, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh garfu & bro Arjuna selaku ‘guide’. Sebelum daripada itu urusan pembayaran permit dilakukan dan setiap peserta mendapat resit permit mendaki Gunung Nuang sebagai tanda kenangan… hihihi..nk bg lain tkde ^_^

-Jungle Clean-up-

Lebih kurang pukul 10.30pg, perjalanan ke Kem Lolo bermula dengan di ‘lead’ oleh Angah iaitu anak bro Arjuna, manakala bro Arjuna sebagai ‘sweeper’ & garfu ‘runner’. Lebih kurang sejam berjalan, kami tiba di CP1 iaitu pondok yang pertama dan berehat sebentar bersama Kit-Kat ^_^

-Aktiviti malam..Sessi percambahan fikiran ecehhh-

Kemudian perjalanan diteruskan dan kumpulan besar seramai 22 orang ini mula berpecah kepada 2 kumpulan kecil (mengikut tahap stamina hihi). Kumpulan muda mudi yang semangat membara mendahului kumpulan senior yang semangat tak kurang hebatnya jugak ^^. Selepas tiba di CP2 & CP3 (pondok) kami kemudiannya tiba di kawasan sungai/jeram iaitu CP4 dan berehat lebih kurang 10 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Kem Lolo. Lebih kurang jam 2.30ptg semua peserta akhirnya tiba di Kem Lolo dan mendirikan khemah masing-masing.

-Patut la banyak lebah..musim munge rupenya-

Lebih kurang jam 4.00ptg, peserta lelaki memulakan aktiviti membersihkan kawasan tapak kem @ ‘Jungle Clean-up”, manakala peserta wanita pula sibuk dengan aktiviti ‘menganyam ketupat’ ekekeke sambil menyiapkan juadah makan malam iaitu ‘tomyam seafood’ theeeeee heeee heeheehee…(rugi beb sape tk join..hiks)

-Peserta sedang menunjukkan kemahiran memanjat-

Selepas mandi dan membersihkan diri (ada gak yang tk mandi..hissshhh!), kami mula menjamah juadah makan malam yang disediakan oleh chef2 bidan terjun sampai lupa lirik hihii.. (kenyang beb!). Aktiviti pada sebelah malamnya iaitu aktiviti percambahan fikiran dan berkongsi pengalaman berlangsung lebih kurang jam 8.00mlm dan berakhir lebih kurang jam 11.00mlm.. macam-macam cerita adaaa..

-Di Kem Pacat..Perjuangan belum selesai-

Hari Kedua:
Lebih kurang jam 8.30pg, selepas semua peserta bersarapan, aktiviti pendakian ke puncak Gunung Nuang bermula. Di awal perjalanan, 2 batang sungai diredah sebelum menempuh laluan ‘mencanak’ @ mendaki bukit (adusss sakit kaki woooo). Lebih kurang setengah jam trekking, kami berhenti di kawasan pokok buluh untuk mintak nyawa ekekeke..

-OHM di Puncak Nuang-

Kemudian perjalanan diteruskan, dan lebih kurang jam 11.30 kami tiba di Kem Pacat. Disepanjang perjalanan jurugambar-jurugambar amatur tidak melepaskan peluang merakam gambar aksi rakan-rakan yang lain. Ada dikalangan peserta yang mengayakan aksi maut sewaktu bergambar..ada juga dengan gaya biasa dan santai. Namun, yang peliknya tiada seorang pun menayangkan aksi muka penat..masing-masing kontrol hensem & kontrol cute agaknya..

-Amboi bergaya sakan cikgu yang sorang nih-

Lebih kurang jam 1.30ptg kumpulan akhir tiba di Puncak Gunung Nuang. Kumpulan pertama tiba lebih awal iatu sekitar jam 12.50tghr. Selepas berehat dan bergambar, lebih kurang jam 2.00ptg kami mula bergerak untuk turun. Pada waktu itu hujan renyai dan sesekali lebat mula turun menyebabkan laluan menjadi agak licin dan lebih mencabar. Laluan yang licin ini membuatkan ada dikalangan peserta terpaksa menunjukkan aksi mengelonsor @ ‘drift’ ekekeke.. Masing-masing kebasahan dan comot, namun masih lagi maintain cute & hensem..

-Berjaya..yeahhh!-

Selepas berhempas pulas, mengelicik, mengelonsor, tertonggeng dan macam-macam aksi lagi..Akhirnya, lebih kurang jam 6.00ptg kumpulan akhir tiba di Kem Lolo dengan wajah kepenatan tetapi maintain anggun ^_^ Lengguh-lengguh badan akhirnya hilang selepas pekena kopi panas dan berendam di sungai/jeram yang airnya begitu asyik...fuhhh

-Perjalanan turun yang lebih mencabar-

Jam 7.30mlm, sebilangan peserta mula meninggalkan Kem Lolo untuk turun ke bawah (pintu masuk hutan simpan Gng Nuang), manakala sebilangan lagi peserta (8 orang) buat keputusan untuk bermalam di Kem Lolo utk 1 malam lg kerana kepenatan dan tidak larat untuk meneruskan perjalanan. Peserta yang balik, telah selamat tiba di bawah (pintu masuk) lebih kurang jam 10.30mlm. Manakala bagi peserta yang masih tinggal di Kem Lolo meneruskan aktiviti sembang sampai lebam hingga jam 10.00mlm sebelum beradu.

-"Kami nak pulang emak buat cucur..."-

Hari Ketiga:
Selepas bersarapan dengan megi segera, lebih kurang jam 9.30pg, kami mula bertolak untuk turun. Selepas tiba dipertengahan perjalanan, 3orang peserta yang bakal ke Gunung Tahan pada Jun 2010 (Morry, Keysha & Jie) memulakan latihan memikul hoversack sebagai persediaan untuk ke Gunung Tahan ekekeke.. Tiada lagi aksi lenggang kangkong daripada diorang.. Selepas berhempas pulas, sambil control idung.. Akhirnya kami tiba di Pintu Masuk Hutan Simpan Gunung Nuang pada jam lebih kurang 12.30pg. Selepas mandi dan tukar pakaian, kami akhirnya bersurai.

-Latihan memikul hoversack ekekekeke ^^-

Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telahpun menjayakan misi “Ke Puncak Nuang” pada kali ini (Arjuna, Angah, Man, Zeti, Awie, Shakila, Mariam, Eja, Sal, Parida, Hanas, Syed, Abang Aenal@ TokWan, Lynn, K.A, Yusri, Jie, Morry Dorry, Keysha Aliya, Nor Jamri, Zulhairi & garfu). Semoga berjumpa kembali diaktiviti ‘Riadah Santai’ yang lain pada masa akan datang.

-dah masyammm...-

:: p/s: Coming Soon Riadah Santai – BBQ & Meneroka Gua Batu Maloi…Tungguuu….!!

Tuesday, May 4, 2010

Riadah Santai -Cabaran ATV


craving for something new & adventurous’ akhirnya mencetuskan idea xtvt santai kali nie - 'Cabaran ATV'. Kami memilih Package B (1 – 1½ hours offroad to 7-tiers waterfall) yg ditawarkan oleh ATVadventurePark utk sesi yg telah berjaya menarik perhatian 14 peserta.

laluan & pakej

Pada masa yg dijanjikan, masing2 berkumpul di Zoo Negara kerna tak semua org tahu kewujudan kawasan yg bernama Kg. Kemensah. Setelah melalui pjalanan sejauh 4.8km merentasi kawasan kg yg kaya dgn pokok2 yg menghijau & deruan air sungai, kami sampai ke ATV Park lebey kurang 3.00pm. Jlnnya agak sempit tp jgn risau coz signboard ke ATV Park terlekat di pokok2 sepanjang perjalanan. Dan dinasihatkan dtg beramai2 kerna parking agak sedikit (tepi2 jln je).

ATV Park

Sesampai nya di sana, hati mula berbunga teruja kala mata memandang sekumpulan pemuda pemudi yang menunggang ATV masuk ke basecamp (baru selesai sesi la tuh). Sabar2, jup nanti turn kitorg pulak.. Kami disambut oleh owner sendiri, En. Mas Fadzillah Khan yg kemudian memberi dikit taklimat ringkas tentang sejarah, keselamatan & cara2 mengendali ATV. Actually ATV nie bertapak since 4 yrs ago dgn kekuatan awal sebanyak 7 buah ATVs, di mana skarang dh bertambah ke 21 buah. Kesemua ATvs nie Taiwan mali. Kalau sesapa yg dah jatuh hati pd ATV dan nak jadikan koleksi, jgn risau..pesan & bayar je.

penerangan oleh owner sendiri

Disebabkan bilangan agak ramai, kami dibahagikan kpd 2 groups. Group 1 terdiri drpd abg2 macho (a.Aenal, gFu, Mat) dan juga gadis2 ayu (k.Sha, Mazu, Dayah, Akma). Group 2 kesemuanya young ladies (zt, Isma, Dila, Mira, Nani, Umi, k.Mar). Each of us diberi peluang untuk memilih ATV yg berkenan di hati (merah, hijau, biru). However, utk a.Aenal & gFu diberi sedikit keistimewaan – ATV manual. Dun worry, guys for sure tahu bw manual, kalau ada yg nggak tahu tu..haih, jatuh la saham.

geng2 ATV manual - Group 1 - Group 2

For safety, each of us diberikan masa untuk test ride, pusing2 base training track yg ada roundabout kcik & skit turun naik slope before proceed to next level (off-track journey). Kat sini la jugak memana peserta yg nmpk mcm kekok/lost or blur nak bw ATV, bimbingan & tunjuk ajar khas akan diberikan. Kalau masih was-was (kureng confident), jangan risau coz ‘special treatment’ (ST) akan diberikan..hehe. Apa tu ST? ada ler…

guides yg sedia membantu

Pengembaran bermula 330pm di mana Group 1 dilepaskan dulu, 1/2hr kemudian diikuti dgn Group 2 dan setiap kumpulan ditemani oleh seorg guide yg berpengalaman n also helpful. Cabaran bermula dengan menaiki bukit pertama di mana masing2 berjaya naik dgn bergaya. Bukit ke-2 agak mencabar, ini terbukti apabila seorg peserta menghadapi kesulitan (ATV senget bang…dh undur nie, tolong!) tp dgn tangkas berjaya diselamatkan oleh ‘guido’. Bukan tu saje, dgn kesabaran dan nasihat serta tips yg diberikan oleh guido, peserta yang diberikan ST itu juga akhirnya telah berjaya mendapat rentak. ST tidak lagi diperlukan…’freedom gain’.

cabaran mendaki

Pesanan ; ATV nie wpun motor bertayar 4, tapi jangan dipandang rendah..mengendalikannya mudah tp bergantung kepada si rider. Some quotes from us during test drive ‘nampak mcm senang, bila naik..’ & ‘adoi, kerasnya handle, cemana nk turn’. Yg pasti nya jgn terlalu perlahan, jgn terlalu laju – medium speed. Tapi ingat, merempit adalah dilarang ..eceh. Yg mmg susah nak elak dr wat coz mcm tindakan refleks je – kaki jangan diturunkan semasa berATV(bak kate lain, jgn memandai nk tampan ATV mcm tampan motor tu kalau rasa tersenget).

permulaan

Sepanjang perjalanan, pelbagai track dilalui e.g. Bamboo trail membuatkan masing2 teruja utk melepasi halangan buluh (tunduk…awas kepala), meniti titian buluh dan laluan bercerun yg agak licin. Yg menarik, setiap detik mendebarkan di laluan yg sukar telah diabadikan oleh guide yg rela hati menjadi photographer. Jadi sepanjang pengembaraan ini mmg amat berbaloi-baloi. "memandu sambil posing".

antara trek yg dilalui

Lebey kurang 4.00pm kesemua slamat berkumpul di pit stop, kawasan perkhemahan yang berdekatan dgn air terjun (Kamisah Waterfall). Nampak je air terjun, semua dah x sabar nak berendam & mandi-manda. Waterfall nie mmg hardly exploited by men sbb nk masuk sini x lepas kenderaan beroda 4 (xcept ATV). Memang menarik, berada di bawah pancuran air nye deras..terasa badan macam di massage. Tapi awas, sini ada pacat..terbukti.

pit stop - Kamisah Waterfall

Setelah merehatkan badan dan bermain2 air, perjalanan pulang diteruskan kembali. Tapi kali nie suasana agak berbeza kerna diiringi titis-titis hujan. Laluan menjadi licin, berlumpur dan berlopak. Perjalanan yg agak licin dan sukar ni membuatkan jari-jemari dan tapak tangan masing2 dah mula sakit and merah2 sebab asyik tekan brek, especially mana2 area menurun. Ketika ini lah skills dipraktikkan dgn sesungguhnya dan jarak selamat antara ATVs dititikberatkan oleh guides. Yg mana tersasar tu, akan kedengaran la bunyi bumper ketemu bonet. Jgn risau, tiada laporan kemalangan diterima..

penghabisan

Alhamdulillah, off-track yg sudah menjadi licin dek air hujan selamat diredahi dan masing2 mcm x caya je dh abes sesi off-track (x puas..nk lagi). Dalam 530pm masing2 slamat sampai ke destinasi tanpa mengalami sebarang kecederaan mental/fizikal. Yg best..sepanjang pengembaraan, mcm2 style kuar..ada badan tegak je, ada badan senget n ada jugak mcm dh blend dgn ATV. Utk bukti leh refer gambar2 di 'album'.

mcm-mcm ada

Disebabkan sesi kali nie petang, pulak takde org lain yg menunggu giliran. Jadi kesempatan yg ada x disia-siakan utk berposing habes-habesan, walaupun dalam keadaan hujan renyai2. Seb baik lpas berposing, baru hujan turun dgn lebat sekali. Tapi..walaupun hujan lebat, masih ada yg amek kesempatan berposing ala-ala rempit tengah2 hujan tuh.

line up

ATV Park ditinggalkan lebey kurang 630pm dgn kepuasan jelas tergambar di wajah masing2. Yg pasti, pengalaman yg amat berharga diperoleh dan persahabatan baru telah terbina. (^_^)

~ yehaa ~
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.