Monday, April 5, 2010

Riadah Santai - Jelajah Bukit Tabur

Akhirnya, pada 27hb march 2010 dapat juga kami mendaki Bukit Tabur setelah puas memujuk Aliff(HUKM) bertindak sebagai guide. Di sini boleh disaksikan pemandangan matahari terbit yang memukau dan juga pemandangan empangan Klang Gate..iaitu di antara empangan yang terawal di Malaysia. Tujuan utama kami ialah untuk survey trek sebelum dibuka penyertaan kepada yg berminat.

-guide (Alif)-

Kami (garfu, aliff, along, zeti & awie) berkumpul di Petronas Tesco Ampang pukul 7am. Apabila semua org dah tiba, kami pun meneruskan perjalanan ke Bukit Tabur. Kami singgah menikmati breakfast di kedai yg berhampiran dgn kaki Bukit Tabur (thanks garfu sbb belanja..kalo tau awal,mkn byk2 siket).

Tepat jam 8.15am, setelah guide kita membaca doa yg patut..kami pun memulakan pendakian. Biasalah, ingat nk tgk matahari terbit tapi last2 kitorg tgk matahari terpacak atas kepala..

-zeti (depan) & garfu (belakang) sedang berusaha untuk mendaki-

Sangat sikit tempat yang landai2 pon. So kami daki sikit, pastu rehat byk. Rehat byk sebab berposing dlm pelbagai gaya. Semua pun nak jadi model.Hehe.. Mcmlah tak biasakannnnnnn. The best part bila dah sampai dekat track yang ader tali. Sebabnya lepas jer sampai track yang ader tali2 tu, track untuk naik ker puncak selepasnya semuanyer rock climbing jer. Memang sungguh mencabar. Bukan apa, takot kalo tergelincir sikit, sama ada jatuh gaung/lurah atau jatuh kepala terhantuk batu. Di sini la akan menguji semangat setiakawan dan berpasukan...chewah!! Mereka yang gayat mungkin tak berapa sesuai kot.

-along dengan gaya ala2 model gitu-
-posing jap..gayat nih-

-curam, memang tak sesuai kepada sesiapa yang gayat-
-berehat sebentar bersama kit kat-
-garfu dengan gaya memanjat yang macho (muahahaha)-

Sampai puncak yang akhir, kitorg pon meneruskan perjalanan ker 'Kamar Permaisuri'. Aper tuh?? Kamar Permaisuri ni tempat yang ader lumut jer. Pokoknyer pun rendang aras2 kepala jer. Cantik gak tempat neh, lumutnyer lembut mcm karpet..tapi disebabkan matahari da terpacak atas kepala, lumut ni macam dah kering jer. Rugi jer pada sesiapa yg mendaki bukit tabur tapi tak naik ke part ni..(sape makan cili, diala..yg raser pedasnya kan kan Garfu kan...ahaks)

-di kamar permaisuri-

-awie..model kamar permaisuri aka penaja mkn tengahari-
-along & zeti..tidak melepaskan peluang bergambar di kamar permaisuri-

-awie & zeti..dh macam boria la pulak-
Setelah penat berposing kami pun memulakan edisi turun. Sepanjang laluan turun ini kita akan melalui dusun buah-buahan. Untuk turun tiada trek yang sukar, biaser2 jer. Kami tiba di kaki bukit dgn selamat dan jayanyer kira2 pukul 12 tghari.

Biarpun ketinggiannya tak setinggi gunung Tahan atau Nuang, tapi masih menjanjikan tahap kesukaran serta kepuasan. Apatah lagi byk tmpt2 menarik utk bergambar serta pemandangan yang sangat indah.. Tabur mampu membuatkan cuti hujung minggu kita lebih bermakna dan penuh pengisian.

-kenangan terindah-
Kira2 pukul 1.30pm, setelah menikmati makanan tghari ala2 kampung di Velodroom, Cheras..(thanks kepada penaja kami yg comel lagi baik hati...), kami pun bersurai ke destinasi masing2. babai...........

4 comments:

  1. amboi..ada pokok cili ke kt 'kamar permaisuri' tuh??

    ReplyDelete
  2. oit komen aku dh kena delete ke? huhuhu

    ReplyDelete
  3. pokok terung ada la

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.