Monday, April 5, 2010

Riadah Santai - Jelajah Bukit Tabur

Akhirnya, pada 27hb march 2010 dapat juga kami mendaki Bukit Tabur setelah puas memujuk Aliff(HUKM) bertindak sebagai guide. Di sini boleh disaksikan pemandangan matahari terbit yang memukau dan juga pemandangan empangan Klang Gate..iaitu di antara empangan yang terawal di Malaysia. Tujuan utama kami ialah untuk survey trek sebelum dibuka penyertaan kepada yg berminat.

-guide (Alif)-

Kami (garfu, aliff, along, zeti & awie) berkumpul di Petronas Tesco Ampang pukul 7am. Apabila semua org dah tiba, kami pun meneruskan perjalanan ke Bukit Tabur. Kami singgah menikmati breakfast di kedai yg berhampiran dgn kaki Bukit Tabur (thanks garfu sbb belanja..kalo tau awal,mkn byk2 siket).

Tepat jam 8.15am, setelah guide kita membaca doa yg patut..kami pun memulakan pendakian. Biasalah, ingat nk tgk matahari terbit tapi last2 kitorg tgk matahari terpacak atas kepala..

-zeti (depan) & garfu (belakang) sedang berusaha untuk mendaki-

Sangat sikit tempat yang landai2 pon. So kami daki sikit, pastu rehat byk. Rehat byk sebab berposing dlm pelbagai gaya. Semua pun nak jadi model.Hehe.. Mcmlah tak biasakannnnnnn. The best part bila dah sampai dekat track yang ader tali. Sebabnya lepas jer sampai track yang ader tali2 tu, track untuk naik ker puncak selepasnya semuanyer rock climbing jer. Memang sungguh mencabar. Bukan apa, takot kalo tergelincir sikit, sama ada jatuh gaung/lurah atau jatuh kepala terhantuk batu. Di sini la akan menguji semangat setiakawan dan berpasukan...chewah!! Mereka yang gayat mungkin tak berapa sesuai kot.

-along dengan gaya ala2 model gitu-
-posing jap..gayat nih-

-curam, memang tak sesuai kepada sesiapa yang gayat-
-berehat sebentar bersama kit kat-
-garfu dengan gaya memanjat yang macho (muahahaha)-

Sampai puncak yang akhir, kitorg pon meneruskan perjalanan ker 'Kamar Permaisuri'. Aper tuh?? Kamar Permaisuri ni tempat yang ader lumut jer. Pokoknyer pun rendang aras2 kepala jer. Cantik gak tempat neh, lumutnyer lembut mcm karpet..tapi disebabkan matahari da terpacak atas kepala, lumut ni macam dah kering jer. Rugi jer pada sesiapa yg mendaki bukit tabur tapi tak naik ke part ni..(sape makan cili, diala..yg raser pedasnya kan kan Garfu kan...ahaks)

-di kamar permaisuri-

-awie..model kamar permaisuri aka penaja mkn tengahari-
-along & zeti..tidak melepaskan peluang bergambar di kamar permaisuri-

-awie & zeti..dh macam boria la pulak-
Setelah penat berposing kami pun memulakan edisi turun. Sepanjang laluan turun ini kita akan melalui dusun buah-buahan. Untuk turun tiada trek yang sukar, biaser2 jer. Kami tiba di kaki bukit dgn selamat dan jayanyer kira2 pukul 12 tghari.

Biarpun ketinggiannya tak setinggi gunung Tahan atau Nuang, tapi masih menjanjikan tahap kesukaran serta kepuasan. Apatah lagi byk tmpt2 menarik utk bergambar serta pemandangan yang sangat indah.. Tabur mampu membuatkan cuti hujung minggu kita lebih bermakna dan penuh pengisian.

-kenangan terindah-
Kira2 pukul 1.30pm, setelah menikmati makanan tghari ala2 kampung di Velodroom, Cheras..(thanks kepada penaja kami yg comel lagi baik hati...), kami pun bersurai ke destinasi masing2. babai...........

Sunday, April 4, 2010

Riadah Santai - White Water Rafting @ Sg Kampar

-di sini bermula segalanya-

Bertempat di Adeline Rest House’s Guest, pada 3 April 2010, aktviti Riadah Santai – White Water Rafting telahpun berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama Travel Tales & RIVERBUG’s Team. Walaupun aktiviti air ini merupakan aktiviti yang julung kalinya dianjurkan oleh Orang Hutan Malaya, namun ianya telah berjaya menarik minat seramai 20 orang peserta (15 OHM + 5 Travel Tales).

-peserta mula menaiki 'bas utk ke lokasi-

Seperti yang telah dijanjikan, pada jam lebih kurang 7.00pg kami mula sampai ke tempat berkumpul iaitu Hentian Jejantas Sg Buluh dan bersarapan pagi. Selepas sessi pendaftafan, 7.40pg kami mula berkonvoi ke R&R Tapah kerana Bro Zainul & the gang telah menunggu di sana. Kemudian konvoi 6 buah kenderaan diteruskan ke pekan Gopeng dan tiba lebih kurang pukul 9.00pg. Setibanya di sana, Cik Lieza & the gang (Travel Tales) & Cik ‘Beng’ iaitu wakil RIVERBUG telahpun berada disitu bagi menguruskan aktiviti kami selanjutnya. Selepas meletakkan kenderaan masing-masing di kawasan parking berhampiran, kami semua bertolak ke Adeline Rest House’s Guest dengan menaiki ‘bas’ (lori 1 tan – macam PATI la pulak hihi ^^). Dengan wajah yang ceria, pengalaman menaiki lori tentunya akan menjadi sebahagian cerita yang akan disampaikan kepada rakan & keluarga dengan bangganya (kan?).

-sedang kusyuk mendengan taklimat keselamatan-

Setibanya di Adeline Rest House’s Guest, kami diarahkan untuk menukar pakaian dan mengambil peralatan (helmet, paddle & life jacket). Seterusnya sessi penerangan mengenai aktiviti & keselamatan disampaikan oleh ‘Den’ (River’s guide) kepada lebih kurang 50 orang peserta termasuk pelancong asing. Beberapa arahan ringkas yang diajar oleh ‘Den’ ternyata berjaya menarik mencuit hati semua peserta termasuk pelancong asing..’Forward’..’Backward’…’Stop’… & ‘BUM BUM’!! ^^ hiks. Selesai sessi penerangan, kami kemudiannya dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil (5 orang + 1 river’s guide utk 1 raft). Sebelum memulakan aktiviti, sessi ‘Memanaskan Badan’ (usung raft sampai ke tebing Sungai Kampar, jarak lebih kurang 100m) dijalankan mengikut kumpulan masing2.. dan pada masa yang sama sessi bergambar sepanjang zaman mula berlangsung secara serentak (ekekekek ^^).

-raft 1; zainul, ayie chabau, zainul falah, norhisham, mohd razif-

Selepas raft (10 buah raft kesemuanya) mula mencecah air, peserta mula mengambil kedudukan masing-masing di dalam raft dan mendengar serta mengikut arahan river’s guide.

-raft 2; awie, eqin, syed, abg aenal, emilda-

Seterusnya, Cabaran White Water Rafting bermula…sebanyak 7 jeram aras I, II & III dilalui oleh semua peserta, dan setiapkali melalui jeram..jeritan Awie & Eqin memecahkan kesunyian hutan rimba tersebut (hahaha..jangan mare ye..kang delete gambar korang kang hihi). Namun, kesemua cabaran jeram tersebut berjaya ditempuhi, walaupun kadang-kadang terdapat raft yang tersangkut kt batu tengah-tengah jeram (hahaha..). Secara keseluruhannya, aktiviti ini tidaklah terlalu merbahaya selagi peserta bersedia untuk mengikut arahan river’s guide yang sentiasa memastikan kesemua peserta selamat dan enjoy dengan aktiviti White Water Rafting ini.

-raft 3; garfu, vee, kak mar, hazel, nik-
Aktiviti White Water Rafting berakhir di ‘Yellow House’ lebih kurang pukul 2.00ptg. Rata-rata peserta menyatakan kepuasan serta seronok melakukan aktiviti ini. Tahniah! kepada semua. Selepas menanggalkan peralatan dan meletakkan kat tempat yang diarahkan, peserta kemudiannya mula menunjukkan muke seposen sebab perut masing-masing dah keroncong hihi.. Kami kemudiannya diangkut lagi sekali dengan ‘bas’ ke kawasan air terjun untuk menikmati makan tengahari iaitu ‘Nasi Ayam Kak Piah‘ yang paling TOP kt gopeng (iklan jap ekekeke ^^). Selepas puas mandi, berendam dan bergambar, kami kemudiannya beredar dan balik ke Adeline Rest House’s Guest untuk menukar pakaian. Akhir sekali, dengan tak disangka-sangka, semua peserta diberikan sijil oleh RIVERBUG (The White Water Rafting Specialist) kerana telah berjaya menyahut cabaran White Water Rafting di Sg Kampar.

-xtreme beb..beshhh beshhh!-

Selesai segala urusan, kami kemudiannya dihantar pulang ke Pekan Gopeng dan seterusnya masing-masing bersurai. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua peserta yang membantu melancarkan aktiviti ini. Terima kasih juga kepada Cik Lieza (Travel Tales) & Cik Beng (RIVERBUG), yang mengatur segala makan minum, pengangkutan & aktiviti sehari kami di Gopeng/Sg Kampar serta kepada semua River's Guide yang terlibat secara langsung atau tak langsung bagi memastikan keselamatan dan kelancaran di sepanjang aktiviti ini berlangsung. Tahniah lagi sekali kpd semua yang telah menjayakan aktiviti kali ini.
-takyah sengetkan kepala bila tgk gambak ni k-

BUM BUM!!^^

-jeram last..apa tah nama dia-

Akan datang, Riadah Santai - White Water Rafting @ Sg Kampar siri II pada….tunguuuu…. ^^

-dan akhirnya-
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.