Monday, March 8, 2010

Riadah Santai Pulau Tioman Island Reef Resort Kg Genting ( artikel 3 )


destinasi seterusnya selepas Kawasan Bebas Cukai Kg Tekek  adalah Taman Laut Pulau Tioman... HUHUHUH bes giler.... bayaran rm5 bagi dewasa dan rm3 untuk kanak2. Biasanya staff Jabatan Taman Laut nie dah mintak kita bayar waktu kita kat Jeti Mersing lagi. Tapi kalu tak beli jangan risau. Kat Jeti Taman Laut nie ada kuanter beli tiket masuk Taman Laut nie...
Kawan aku Anuar yang kerja kat sini tak ada sebab balik kampung. tak dapat jumpa dia.

Kemudahan untuk pengunjung Taman Laut.... Bawah pelantar tu penuh dengan ikan.... kat dasar tu siapa yang snokel bleh tengok beberapa jenis tukun yang diaorang buat untuk ikan dan batu karang... nak beh lagi nyelam dan tengok kat tiang2 jeti... banyak terumbu karang yang cantik2.

Permandangan dari atas Jeti... Kawasan nie luas lebihkurang 2 padang bola kot.... ada kawasan dalam, ada kawasan cetek untuk kanak2. bleh beli roti untuk bagi makan ikan di gerai berhampiran.. makan dan minum ada gak... biasanya tokey resort tapau dari resort dan hantar kepada anda. baik nyer servis.

group kitaorang lepak di bahagian pantai... nak turun nyelam dari jeti ramai sangat orang... lagi pun group kali nie ramai kanak2...  semangat memasing nak myelam.... maklumla... semalam petang lepas check in dah training snokel kat pantai kg genting dulu...

permandangan ke arah jeti dari tempat lepak kami.... redup bawah pokok.... ada port nak letak barang berbanding duk kat jeti... tapi kene jalan skit la... nak selesa punya pasal.


nah tengok.... betul kan apa aku cakap.... ramai nak mampus orang... aku dari tempat lepak tu berenang sampai diaorang tu lebih kurang jauhnya 200 meter la... sampai kat sana macam2 gaya ada.. dalam snokel ramai2 tu ada yang tersepak orang la... asyik sangat layan permandangan dalam laut tu... tak sedar ada orang berenang belakang kita...

Setelah penat menyelam... lepak skejap amik tenaga... hari terik sangat.. perit kulit nie walaupun berada dalam air. bekalan dah sampai untuk makan tengah hari... apa lagi... makan ler...

namun begitu sewaktu sedang enak makan... ada sedikit gangguan dari makhluk berbulu nie.. nie mesti kes suka makan sampah nie... sebab benda nie ada di tempat tu kerana orang suka hulur makanan kat diaorang... jadi diaorang senang la tak payah susah2 berkeliaran dalam hutan cari makan. datang kat orang ramai di taman laut tu kompem dapat makan... dan kerana sikap manusia yang suka hulur makanan pada benda nie, timbul masalah keselesaan dan keselamatan kepada pengunjung lain... makanan yang ditinggalkan kera2 nie curi bawak naik atas pokok... kadang2 tu tas tangan, beg pakaian pun diaorang curi... nak cari makan punya pasal...

simpan tenaga beb,,,, ada satu tempat lagi nak pergi nie.... tengah2 laut sana.
nasihat aku pada yang nak datang sini, bawa kamera atau vediocam yang kalis air... bleh amik gambar dalam laut. Cantik2 beb permandangan dalam laut nie


bergambar sebagai kenangan... heheheh... nak pakai google macam jakun sangat kang.... huhuhuh

cantik tol pulau nie... keliling dia penuh dengan terumbu karang pelbagai jenis....

jengx4 ,.... air dah surut skit... tapi takpa.... kulit blum hitam lagi nie...

nie snokel di laut lepas dekat dengan pulau... tak perasan kene bawa arus... dan asyik dengan permandangan indah terumbu karang dan ikan2....
aku jumpa
NEMO
hahahah.... dia mintak aku carikan bapak dia.... kkuiikuiiikuiii...
timun laut pun banyak.... GAMAT la....

Tokey Resort Mr Azizan Haron... memantau keadaan pelanggan agar tidak hanyut jauh dari boat... bagus tol servis nie...


Dah penat snokel kita orang pun balik..... dalam kul 3 gak gerak balik nie.... penat bukan main.... kepaka dah ada sedikit pening2 nak mabuk laut sebab terapung lama sangat...
BoatMan plak berlumba2 meredah ombak.... kita orang naik 3 boat berlainan.... apa lagi.... melambung2 di pukul ombak...

bersambung


No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.