Monday, March 8, 2010

Riadah Santai Pulau Tioman Island Reef Resort Kg Genting ( artikel 1 )

Riadah Santai OHM kali ini mencari sedikit kelainan. Asyik ke hutan rimba jek selama ini... kali ini pastinya ke satu destinasi menarik dan aktiviti lebih kepada sekitar kawasan Pulau Tioman...

Seramai 25 orang 10 dewasa dan 13 kanak-kanak serta 2 baby telah menyertai Edisi Riadah Santai Pulau Tioman Island Reef Resort Kg Genting pada 13 hingga 15 Februari 2010 sempena Raya Cina.

Ikuti Perjalanan Riadah Santai Di Bawah.



Tiba di Jeti Mersing jam 9.30 pagi, barang peserta disusun dan di agih-agihkan bagi memudahkan pengurusan barang . Barang2 nie macam nak pindah duk Tioman selama2nya... hehehe... 25 orang katakan... dengan pakaian anak2 peserta, susu, peralatan aktiviti riadah di pantai lagi...


ketibaan peserta di sambut oleh pihak pengurusan Island Reef Resort dan semua urusan tiket diuruskan oleh mereka ( termasuk dalam pakej rm 250 )
Si kecil turut excited bila dengar nak naik feri dan tak sabar2 nak mandi laut.



permandangan beberapa pulau dari atas feri. Memang menarik. Si penulis tidak dapat ambil gambar banyak sangat kerana sibuk memastikan peserta selesa sepanjang perjalanan. terutama kanak2.... ada yang mabuk laut dan nyaris2 muntah.



Permandangan di Jeti Kg Genting... tiba jam 12.00 tgh dan peserta telah melalui perjalanan atas feri selama 2 jam... start dari Jeti Mersing jam 10.00pg. Di sambut dengan keindahan alam sekeliling Pulau dan tiupan bayu laut sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi excited kitaorang. perjalanan ke Island Reef Resort tidaklah jauh, lebih kurang 200 meter dari jeti...


sepanjang perjalanan melalui jeti, kelihatan ikan-ikan pelbagai bentuk dan warna berenang di terumbu karang membuatkan kitaorang tak sabar2 nak terjun menikmati keindahan alam lautan.



jam 7.30 malam kitaorang dijamu dengan makan malam secara buffet oleh pihak pengurusan Island Reef Resort Tioman ( IRRT )... En Azizan Haron selaku pengusaha resort tak jemu2 melayan karenah pelanggan dan kanak2. Bagus tol la tokey....

Selera nampak. lauk sotong udang, ayam, ikan... huhuh... lapar nie...



lepas makan boleh la merayap rayap menikmati keindahan kampung dan pantai pada waktu malam.... laluan sepanjang kampung kiri dan kanan dipenuhi dengan resort2 lain, dan juga rumah2 penduduk setempat.


ada juga kedai2 cenderahati dibuka hingga lewat malam.. baju, google, cenderahati seperti kulit kerang, siput, serta barangan runcit dan makanan ringan... harga boleh tahan la... tapi tidak la mahal sangat. tak semua barang mahal beb... aku beli baju untuk dibawa balik sebagai kenangan..



salah sebuah kedai cenderahati.... bayak gak barang dan baju2 di kedai nie...


kreatif ... dan interpreatif...


kedai menyewa peralatan snookel n dive<


heheheh.... kreatif la diorang nie...

bersambung......

No comments:

Post a Comment

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.