Monday, March 8, 2010

Riadah Santai Pulau Tioman Ismand Reef Resort Kg Genting ( artikel akhir )

malam last kitaorang disajikan dengan hidangan bbq... udang sotong, ayam, sosej... dan nasi goreng...

steady abang long... lagu amy search.... pehhhhhhhhh....

penyokong2 malam karoke

layan karoke... rm 30 dari jam 9 malam hingga 11.30 malam... jam 10.00 dah tinggal 2 orang jek layan. memasing dah masuk tido tak larat...

heheheh... nyanyi sampai habis suara....
air kosong satu....

hehehe... sekejap jadi jamal abdillah, kang jadi amy search, pastu jadi broery...

sempat lagi layan kerom bebudak nie... tunggu mak abanh tak bangun lagi...

Last day.... feri jam 5.00 petang.. masih ada sedikit baki masa untuk bersantai... bebudak nie bukan main awal bangun.... 7.30 lagi... orang dewasa jam 9 blum bangun lagi.... hahahah...
tak sabar nak gi mandi kali terakhir...

kali nie nak mandi tempat lain sambil gi jalan2... jalan sampai hujung kg genting... dalam perjalanan jumpa satu MAKAM.... huhuhu.. BENDAHARA PAHANG beb...

haunted semacam jek tempat nie... kalu datang malam lagi bes...
ada berani ker....???

nun jauh di sana dentinasi seterusnya....
takpa jalan pelan2 sambil menikmati keindahan alam ..

hahahah.... safety first... pakai jaket pengapungan...

peh... sesekali tu kene tunjuk skil gak dalam mengambil gambar nie....

dalam perjalanan tu aku dok belakang sekali... tiba2 tertarik aku dengan tapak nie....
nie mesti kes tak sabar nak terjun laut... dah standby awal2 pakai kaki itik... hahahah

First time kene tanam.... dah dua kali gi pantai... tapi kali nie kat tioman Damia kene tanam dengan aku.
seronok bukan main sampai nak makan pasir pantai tu... huhuhuhu..

kreatif tol.... bebudak nie bukan diaorang yang buat penyu nie tapi bapak2 budak... heheheheh... dia orang tolong gak... tapi tolong pijak2kan sampai musnah... hehehe

suksess... suksess... nanti nak datang lagi... tapi kalu bleh nak dive plak...
simpan duit bebanyak sebab belanja untuk dive nie kasar gak...

TIOMAN ..... a place that u must go before u die... heheheh
AKU CABAR KO TIOMAN....

Riadah Santai Pulau Tioman Island Reef Resort Kg Genting ( artikel 3 )


destinasi seterusnya selepas Kawasan Bebas Cukai Kg Tekek  adalah Taman Laut Pulau Tioman... HUHUHUH bes giler.... bayaran rm5 bagi dewasa dan rm3 untuk kanak2. Biasanya staff Jabatan Taman Laut nie dah mintak kita bayar waktu kita kat Jeti Mersing lagi. Tapi kalu tak beli jangan risau. Kat Jeti Taman Laut nie ada kuanter beli tiket masuk Taman Laut nie...
Kawan aku Anuar yang kerja kat sini tak ada sebab balik kampung. tak dapat jumpa dia.

Kemudahan untuk pengunjung Taman Laut.... Bawah pelantar tu penuh dengan ikan.... kat dasar tu siapa yang snokel bleh tengok beberapa jenis tukun yang diaorang buat untuk ikan dan batu karang... nak beh lagi nyelam dan tengok kat tiang2 jeti... banyak terumbu karang yang cantik2.

Permandangan dari atas Jeti... Kawasan nie luas lebihkurang 2 padang bola kot.... ada kawasan dalam, ada kawasan cetek untuk kanak2. bleh beli roti untuk bagi makan ikan di gerai berhampiran.. makan dan minum ada gak... biasanya tokey resort tapau dari resort dan hantar kepada anda. baik nyer servis.

group kitaorang lepak di bahagian pantai... nak turun nyelam dari jeti ramai sangat orang... lagi pun group kali nie ramai kanak2...  semangat memasing nak myelam.... maklumla... semalam petang lepas check in dah training snokel kat pantai kg genting dulu...

permandangan ke arah jeti dari tempat lepak kami.... redup bawah pokok.... ada port nak letak barang berbanding duk kat jeti... tapi kene jalan skit la... nak selesa punya pasal.


nah tengok.... betul kan apa aku cakap.... ramai nak mampus orang... aku dari tempat lepak tu berenang sampai diaorang tu lebih kurang jauhnya 200 meter la... sampai kat sana macam2 gaya ada.. dalam snokel ramai2 tu ada yang tersepak orang la... asyik sangat layan permandangan dalam laut tu... tak sedar ada orang berenang belakang kita...

Setelah penat menyelam... lepak skejap amik tenaga... hari terik sangat.. perit kulit nie walaupun berada dalam air. bekalan dah sampai untuk makan tengah hari... apa lagi... makan ler...

namun begitu sewaktu sedang enak makan... ada sedikit gangguan dari makhluk berbulu nie.. nie mesti kes suka makan sampah nie... sebab benda nie ada di tempat tu kerana orang suka hulur makanan kat diaorang... jadi diaorang senang la tak payah susah2 berkeliaran dalam hutan cari makan. datang kat orang ramai di taman laut tu kompem dapat makan... dan kerana sikap manusia yang suka hulur makanan pada benda nie, timbul masalah keselesaan dan keselamatan kepada pengunjung lain... makanan yang ditinggalkan kera2 nie curi bawak naik atas pokok... kadang2 tu tas tangan, beg pakaian pun diaorang curi... nak cari makan punya pasal...

simpan tenaga beb,,,, ada satu tempat lagi nak pergi nie.... tengah2 laut sana.
nasihat aku pada yang nak datang sini, bawa kamera atau vediocam yang kalis air... bleh amik gambar dalam laut. Cantik2 beb permandangan dalam laut nie


bergambar sebagai kenangan... heheheh... nak pakai google macam jakun sangat kang.... huhuhuh

cantik tol pulau nie... keliling dia penuh dengan terumbu karang pelbagai jenis....

jengx4 ,.... air dah surut skit... tapi takpa.... kulit blum hitam lagi nie...

nie snokel di laut lepas dekat dengan pulau... tak perasan kene bawa arus... dan asyik dengan permandangan indah terumbu karang dan ikan2....
aku jumpa
NEMO
hahahah.... dia mintak aku carikan bapak dia.... kkuiikuiiikuiii...
timun laut pun banyak.... GAMAT la....

Tokey Resort Mr Azizan Haron... memantau keadaan pelanggan agar tidak hanyut jauh dari boat... bagus tol servis nie...


Dah penat snokel kita orang pun balik..... dalam kul 3 gak gerak balik nie.... penat bukan main.... kepaka dah ada sedikit pening2 nak mabuk laut sebab terapung lama sangat...
BoatMan plak berlumba2 meredah ombak.... kita orang naik 3 boat berlainan.... apa lagi.... melambung2 di pukul ombak...

bersambung


Riadah Santai Pulau Tioman Island Reef Resort Kg Genting ( artikel 2 )


Tak sabar2 dah dia nie nak snokel... training dulu..

hari kedua pagi2 lagi selepas sarapan kitaorang berkumpul tunggu boat untuk aktiviti yang disediakan.

1. Ke Kg Tekek untuk membeli belah di Kawasan Bebas Cukai.
2. Ke Taman Laut
3, Ke Pulau untuk snokelling.

Alamak bapak aku nie ok ke tak???


Sementara menanti boat... sempat juga melawat beberapa kedai cenderahati... tertarik gak aku dengan ikan buntal yang telah diawetkan kie... comel apa????

habis la hitam kita semua hari nie...

berkumpul menanti boat. sempat juga berbual2 nak beli apa kat Kg Tekek nie... ada nak beli rokok, nak beli coklat... huhuhu....


ramainya orang... nasib baik pihak IRRT dah standby boat untuk kitaorang... yang lain dari resort lain kene tunggu la.

berpusu-pusu pelawat dan pelancong asing... dan macam2 ragam keadaannya... ada yang dah awal2 pakai google.... heheheh google dan kelengkapan untuk aktiviti snokeling kene sewa la beb....


huhuhu... nie salah sorang ahli kelabmotosikallasakpahang.... dan famili...
dari kiri ( azizan tokey, Angah, Abg Nal, Baby Naylie, Kak Ita, Along )


Permandangan di Jeti Tekek....

Kan main banyak kapal layar kat sini.... waktu nie ada Operasi oleh Jabatan Laut... Biasalah... time cuti. sume boat kene periksa supaya pengusaha tak bawa lebih muatan, dan tak lupa bagi pelanggan pakai jaket.

Nie kedai di kawasan bebas cukai Kg Tekek...

Banyk borong nampak.... ada yang habis rm 300 untuk coklat sahaja.... heheheh

Thank U daddy Muah.Muah... sebab bawak baby jalan2..

binatang pelik yang dijumpai.... Keluang Man n the Gang

huhuhuh ada lagi.... nie depan pintu masuk lapangan terbang Tioman.
kalu kat tanah besar nie habis kene tembak... sedap oiiiii....

Bersambung

Riadah Santai Pulau Tioman Island Reef Resort Kg Genting ( artikel 1 )

Riadah Santai OHM kali ini mencari sedikit kelainan. Asyik ke hutan rimba jek selama ini... kali ini pastinya ke satu destinasi menarik dan aktiviti lebih kepada sekitar kawasan Pulau Tioman...

Seramai 25 orang 10 dewasa dan 13 kanak-kanak serta 2 baby telah menyertai Edisi Riadah Santai Pulau Tioman Island Reef Resort Kg Genting pada 13 hingga 15 Februari 2010 sempena Raya Cina.

Ikuti Perjalanan Riadah Santai Di Bawah.



Tiba di Jeti Mersing jam 9.30 pagi, barang peserta disusun dan di agih-agihkan bagi memudahkan pengurusan barang . Barang2 nie macam nak pindah duk Tioman selama2nya... hehehe... 25 orang katakan... dengan pakaian anak2 peserta, susu, peralatan aktiviti riadah di pantai lagi...


ketibaan peserta di sambut oleh pihak pengurusan Island Reef Resort dan semua urusan tiket diuruskan oleh mereka ( termasuk dalam pakej rm 250 )
Si kecil turut excited bila dengar nak naik feri dan tak sabar2 nak mandi laut.



permandangan beberapa pulau dari atas feri. Memang menarik. Si penulis tidak dapat ambil gambar banyak sangat kerana sibuk memastikan peserta selesa sepanjang perjalanan. terutama kanak2.... ada yang mabuk laut dan nyaris2 muntah.



Permandangan di Jeti Kg Genting... tiba jam 12.00 tgh dan peserta telah melalui perjalanan atas feri selama 2 jam... start dari Jeti Mersing jam 10.00pg. Di sambut dengan keindahan alam sekeliling Pulau dan tiupan bayu laut sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi excited kitaorang. perjalanan ke Island Reef Resort tidaklah jauh, lebih kurang 200 meter dari jeti...


sepanjang perjalanan melalui jeti, kelihatan ikan-ikan pelbagai bentuk dan warna berenang di terumbu karang membuatkan kitaorang tak sabar2 nak terjun menikmati keindahan alam lautan.



jam 7.30 malam kitaorang dijamu dengan makan malam secara buffet oleh pihak pengurusan Island Reef Resort Tioman ( IRRT )... En Azizan Haron selaku pengusaha resort tak jemu2 melayan karenah pelanggan dan kanak2. Bagus tol la tokey....

Selera nampak. lauk sotong udang, ayam, ikan... huhuh... lapar nie...



lepas makan boleh la merayap rayap menikmati keindahan kampung dan pantai pada waktu malam.... laluan sepanjang kampung kiri dan kanan dipenuhi dengan resort2 lain, dan juga rumah2 penduduk setempat.


ada juga kedai2 cenderahati dibuka hingga lewat malam.. baju, google, cenderahati seperti kulit kerang, siput, serta barangan runcit dan makanan ringan... harga boleh tahan la... tapi tidak la mahal sangat. tak semua barang mahal beb... aku beli baju untuk dibawa balik sebagai kenangan..



salah sebuah kedai cenderahati.... bayak gak barang dan baju2 di kedai nie...


kreatif ... dan interpreatif...


kedai menyewa peralatan snookel n dive<


heheheh.... kreatif la diorang nie...

bersambung......

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.