Saturday, February 27, 2010

Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)

Lokasi : Broga Hills
Tarikh : 26 Februari 2010

Ketahanan mental dan fizikal tidak dinafikan memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah aktiviti riadah lebih-lebih aktiviti yang mencabar keupayaan fizikal dan ‘mengeletek’ keupayaan mental seseorang seperti hiking, trekking dan sebagainya. Pun begitu, kesesuaian pakaian serta peralatan juga bakal menentukan kelancaran sesebuah aktiviti tersebut, tanpanya ibarat irama tanpa lagu, maka pincanglah suara (ecehh..!!)

- Taklimat aktiviti -

Seperti yang dijadualkan, pada 26 Februari 2010, satu lagi aktiviti Riadah Santai telahpun berlangsung di Broga Hills, Broga, Semenyih. Aktiviti Riadah Santai Kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 43 orang kaki dan peminat outdoor untuk beriadah bersama-sama dan seperti sebelumnya, jumlah peserta daripada Kelab Mendaki HUKM memang tip top (..kreadit buat Bro Midy & Awie)

- Perjalanan bermula -

Bermula jam 4.00ptg peserta sudahpun mula berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Petronas Semenyih (simpang ke Broga). Kemudiannya lebih kurang jam 5.00ptg kami berkonvoi ke lokasi tempat letak kereta (hadapan Rabbit Parks). Sewaktu di dalam perjalanan, hujan lebat dan ribut petir telah melanda membuatkan ada peserta yang telah tiba lebih awal dilokasi membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti. Setibanya di lokasi, masing-masing mencari tempat parking dan duduk di dalam kereta, menunggu hujan reda sambil makan-makan serta ada yang mengambil peluang untuk tidur dan bergambar (..dalam kereta pun bergambar hiks)

- menuju puncak -

Taklimat aktiviti telah diberikan oleh Garfu, dan aktiviti pendakian ke puncak Broga Hills bermula lebih kurang jam 6.00ptg di dalam hujan renyai. Perjalanan kali ini di ‘Lead’ oleh Cik Zeti (OHM), ‘Sweeper’ Bro Mydy (HUKM) dan ‘Runner’ Garfu (OHM) bagi memastikan keseluruhan perjalanan lancar dan sempurna. Aktiviti sampingan disepanjang perjalanan adalah seperti biasa – bergambar dan bergambar serta bergambar lagi (..pantang tengok kamera korang nih). Lebih kurang jam 6.30ptg peserta telah mula memanjat kawasan bukit yang bertangga di dalam cuaca hujan lebat. Laluan agak licin pada masa ini, namun semua itu tidak mematahkan semangat keseluruhan peserta untuk sampai ke ‘1st peak’ dan berehat serta bergambar di dalam kabus yang tebal. Pendakian kemudiannya diteruskan, dan tiba di ‘2nd peak’ setengah jam kemudian (…serta bergambar lagi ishh ishh ishh). Untuk sampai ke ‘3rd peak’, peserta tepaksa melalui trek yang agak licin dan berlumpur (disebabkan hujan) di dalam cuaca kabus dan lebih kurang jam 7.30ptg semua peserta telahpun selamat tiba. Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu saja oleh peserta lebih-lebih lagi oleh kaki-kaki photo untuk merakam gambar panorama dari puncak bukit serta saat-saat indah di puncak bukit tersebut.. Sebelum berangkat turun, kesemua peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan untuk membuktikan bahawa kami telahpun sampai di puncak ketiga Broga Hills.

- Bergambar dalam cuaca kabus tebal -

Hari sudahpun beransur gelap, dan peserta telahpun mula menyediakan lampu suluh serta lampu kepala masing-masing. Pada waktu ini cuaca berkabus agak tebal dan sejuk. Lebih kurang jam 8.00mlm kami mula bergerak untuk turun ke kaki bukit. Disebabkan kabus agak tebal, beberapa kali ‘Lead’ tersasar kerana tidak nampak laluan (ekekekek..). Namun, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dan semua itu dapat ditempuhi dengan kerjasama daripada semua peserta. Perjalanan turun agak perlahan disebabkan laluan licin, berlumpur dan tiada pokok untuk berpaut. Peserta yang tidak bersedia dengan peralatan yang sesuai (lampu & kasut) juga menjadi penyebab perjalanan turun terpaksa diperlahankan. Apapun lebih kurang jam 9.15mlm kesemua peserta telah tiba di lokasi parking kereta dengan selamat.

- Puncak ke-3 -

Kami kemudiannya dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diingini setibanya di lokasi parking kereta iaitu tingkap kereta ‘Lead’ telahpun dipecahkan dan salah seorang kawan beliau telah kehilangan beg pakaian. (kompom ye tkde barang berharga dalam beg tu?). Suasana kecoh seketika.

- Lampu suluh terpaksa digunakan sewaktu perjalanan turun -

Sebelum bersurai, taklimat akhir diberikan oleh Garfu dan derma kilat dilancarkan bagi meringgankan beban Cik Zeti yang telah ‘kepecahan’ tingkap kereta yang disayangi (..jangan nangis ye hiks).

- Tingkap belakang kereta 'Lead' yang telah dipecahkan -

Akhir sekali, jam lebih kurang 9.45mlm, semua peserta mula bersurai ke destinasi masing-masing. TAHNIAH & terima kasih di atas kerjasama semua peserta Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m) pada kali ini. Jumpa lagi.

- Taklimat akhir -

Catitan :

1. Kesesuaian pakaian (kasut) adalah penting di dalam setiap aktiviti Riadah Santai (sila rujuk senarai peralatan yang perlu dibawa setiapkali sebelum mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya)

2. Peralatan asas perlu ada setiapkali melakukan aktiviti outdoor cth: lampu, pisau kecil, beg plastik, baju hujan dll kerana perubahan cuaca boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

3. Mematuhi arahan ‘guide’ ada lah perlu bagi melancarkan aktiviti.

4. Pastikan kereta di dalam keadaan yang selamat sebelum ditinggalkan, elakkan meletak barang/bag di ruang tempat duduk walaupun tiada barangan yang berharga kerana ianya boleh menarik minat ‘makhluk-makhluk’ yang tidak bertanggungjawab.

5. Perlu persediaan dari segi fizikal & mental.

6. Sesiapa yang ingin berkongsi gambar untuk dipamerkan di ruangan album Orang Hutan Malaya bolehlah emailkan kepada hijau.bumi.kita@gmail.com ataupun hubungi Garfu.

:: Gambar adalah ehsan daripada facebook Bro Mydy (HUKM)

7 comments:

  1. just wanna to add up my opinion.. bila kita berhadapan / interaksi dgn alam..hidupan alam..alam sekeliling.. sensiviti utk semua hidupan semuanya kna jaga kan.. that's y catitan di atas (no.1-4) tu penting kn... pakaian.. peralatan.. pembawakan diri.. apa2 pon.. semuanya pengalaman... adab2 kesopanan dan kesusilaan bila berinteraksi dgn alam ni kna jaga.. (ecehh.. sekadar peringtn kepada diri penulis sendiri) ... mohon maaf pada yang terasa...

    ReplyDelete
  2. aku setuju sangat dgn pendapat teropong halus tuh.. & apa yg berlaku semlm ada beberapa sbb.. 1.peserta tidak alert dgn pesanan yg telahpun di war-warkan terlebih awal kt blog & FB(mungkin krn terlalu xcited sgt kot)
    2.dtg lewat & tk mengikuti taklimat awal sblm aktiviti berlangsung..(tidak patuh arahan)
    3.1st timer..tidak dpt nk bezakan antara aktiviti riadah kt bandar dgn riadah kt hutan (malu nk bertanya atau saje nk tunjuk terrer)

    utk aktiviti pada masa2 yg akan dtg, pihak orang hutan malaya akan lebih bertegas dlm hal ini bagi melancarkan program & keselamatan peserta2 yg lain.

    kpd teropong halus ~ thanks bro.

    ReplyDelete
  3. thumbs up pada semua!!! apa2 pon, experience is a good teacher... mungkin ada juga yang berkata2 di dalam hati untuk saling igt mengingati on that day.. it's ok.. lepas ini, mungkin ketegasan perlu dilancarkan.. me saja nk kongsi pendapat bila pernah satu ketika dahulu bila join aktvt xpdc:"sekumpulan peserta yg xmematuhi etika berpakaian utk riadah d hutan / pembawakan sahsiah diri pernah d TEGUR SECARA HALUS... akibatnya..semua peserta terpaksa sama-sama bersabar utk mencari kumpulan yang d katakan xnampak pergrkn peserta lain lalu tersesat.. kealpaan memakan diri".

    to admin: keep on rollin' dude! tegas xsemestinya kita BUAS kn :>

    ReplyDelete
  4. yup btol tuh..yg penting niat mesti btol, tingkah laku & tutur kata kena jaga..jgn kata dlm hutan..luar hutan pun sama jugak

    ReplyDelete
  5. To all Brogarian nite trekkers (26/2/10), THANKS a lot for 'derma kilat'. Cermin kete yg pecah sudah diganti, budi yg baik ku kenang sampai mati. I.allah freindship that has been created shall never be break.. Luv ya all - zt -

    ReplyDelete
  6. 'Disebabkan kabus agak tebal, beberapa kali ‘Lead’ tersasar kerana tidak nampak laluan (ekekekek..).

    he he.. seb baik ada pertolongan sekalian. biasa la, malam and sgt sejuk maa..spec and tuan nyer skali pun jd blur.

    apa2 pun.. semoga apa yg berlaku during this trip menjadi pengalaman n pengajaran yg berharga. v(^_^)v

    ReplyDelete
  7. wah2.... sori kerana tak dapat turut serta... namun mengikut artikel nie... nampaknya korang sume happy dengan xtvt yang dilancarkan... semangat macam nie kita nak. anak muda penuh dengan keyakinan dan keberanian...

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.