Tuesday, February 23, 2010

Jungle Cleanup @ Batu Maloi (Dis 2009)

Sukarelawan Jungle Cleanup @ Batu Maloi (klik gambar utk paparan yg lebih jelas)

Pihak Orang Hutan Malaya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan JC yang hadir untuk menjayakan Program Jungle Cleanup @ Batu Maloi, Kuala Pilah pada 20 Disember 2009. Ucapan terima kasih juga kepada JKK Kg. Tangai terutama sekali Ketua Kampung Kg.Tangai atas kesudian menyediakan juadah minum pagi kepada semua yang hadir serta turut turun padang bersama-sama sukarelawan JC membersihkan kawasan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi..

Aktiviti sukarela membersihkan hutan pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 65 orang sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak (senarai nama sukarelawan yang hadir akan di upload tk lama lagi) dan diharapkan agar sukarelawan-sukarelawan ini tidak serik untuk terus bersama-sama Orang Hutan Malaya di dalam menjalankan misi Jungle Cleanup pada masa-masa yang akan datang.

Sebahagian sampah yang telah berjaya dipungut oleh sukarelawan JC

Pihak Orang Hutan Malaya juga menyeru semua warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, agensi swasta dan kerajaan supaya menyokong dan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan pada masa-masa yang akan datang. Semoga Program Amal sebegini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dan mendapat sokongan daripada kaki outdoor serta semua rakyat Malaysia yang lain.

Diakhir aktiviti, para sukarelawan telah menyahut cabaran meneroka Gua Batu Maloi, yang merupakan gua batu granit yang terdapat di kawasan tersebut. Disepanjang laluan sukarelawan terpaksa meredah laluan sungai bawah tanah yang sempit dan berliku-liku, sesekali terpaksa merangkak dan menyelit dicelah-celah batu granit untuk melepasi cabaran-cabaran tersebut. Walaupun kepenatan, para sukarelawan telah menunjukkan kepuasan dan bangga kerana telah berjaya sampai ke check point 12 iaitu laluan keluar yang terakhir gua tersebut. Tahniah di ucapkan kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi di Program Jungle Cleanup yang akan datang >>> JC @  Tg Tuan pada 30 Januari 2010

"Selamat Alam Semulajadi, Selamat Hidupan Liar, Selamatlah Hidup Anda, Selamatlah Malaysia... Selamatkan Dunia!"

1 comment:

  1. Sekalung tahniah & terima kasih saya ucapkan pada semua peserta & pihak penganjuran !

    ReplyDelete

- Anonymous tak akan dilayan. Sila tinggalkan nama / nama samaran supaya senang nak sebut sekiranya ada perbincangan.

- Komen yang berkaitan dengan artikel di atas sahaja.

- Komen merapu @ 'Hit and Run' akan diPADAMkan serta merta.

Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.