Saturday, February 27, 2010

Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m)

Lokasi : Broga Hills
Tarikh : 26 Februari 2010

Ketahanan mental dan fizikal tidak dinafikan memainkan peranan yang penting di dalam sesebuah aktiviti riadah lebih-lebih aktiviti yang mencabar keupayaan fizikal dan ‘mengeletek’ keupayaan mental seseorang seperti hiking, trekking dan sebagainya. Pun begitu, kesesuaian pakaian serta peralatan juga bakal menentukan kelancaran sesebuah aktiviti tersebut, tanpanya ibarat irama tanpa lagu, maka pincanglah suara (ecehh..!!)

- Taklimat aktiviti -

Seperti yang dijadualkan, pada 26 Februari 2010, satu lagi aktiviti Riadah Santai telahpun berlangsung di Broga Hills, Broga, Semenyih. Aktiviti Riadah Santai Kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 43 orang kaki dan peminat outdoor untuk beriadah bersama-sama dan seperti sebelumnya, jumlah peserta daripada Kelab Mendaki HUKM memang tip top (..kreadit buat Bro Midy & Awie)

- Perjalanan bermula -

Bermula jam 4.00ptg peserta sudahpun mula berkumpul ditempat yang dijanjikan iaitu Petronas Semenyih (simpang ke Broga). Kemudiannya lebih kurang jam 5.00ptg kami berkonvoi ke lokasi tempat letak kereta (hadapan Rabbit Parks). Sewaktu di dalam perjalanan, hujan lebat dan ribut petir telah melanda membuatkan ada peserta yang telah tiba lebih awal dilokasi membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti. Setibanya di lokasi, masing-masing mencari tempat parking dan duduk di dalam kereta, menunggu hujan reda sambil makan-makan serta ada yang mengambil peluang untuk tidur dan bergambar (..dalam kereta pun bergambar hiks)

- menuju puncak -

Taklimat aktiviti telah diberikan oleh Garfu, dan aktiviti pendakian ke puncak Broga Hills bermula lebih kurang jam 6.00ptg di dalam hujan renyai. Perjalanan kali ini di ‘Lead’ oleh Cik Zeti (OHM), ‘Sweeper’ Bro Mydy (HUKM) dan ‘Runner’ Garfu (OHM) bagi memastikan keseluruhan perjalanan lancar dan sempurna. Aktiviti sampingan disepanjang perjalanan adalah seperti biasa – bergambar dan bergambar serta bergambar lagi (..pantang tengok kamera korang nih). Lebih kurang jam 6.30ptg peserta telah mula memanjat kawasan bukit yang bertangga di dalam cuaca hujan lebat. Laluan agak licin pada masa ini, namun semua itu tidak mematahkan semangat keseluruhan peserta untuk sampai ke ‘1st peak’ dan berehat serta bergambar di dalam kabus yang tebal. Pendakian kemudiannya diteruskan, dan tiba di ‘2nd peak’ setengah jam kemudian (…serta bergambar lagi ishh ishh ishh). Untuk sampai ke ‘3rd peak’, peserta tepaksa melalui trek yang agak licin dan berlumpur (disebabkan hujan) di dalam cuaca kabus dan lebih kurang jam 7.30ptg semua peserta telahpun selamat tiba. Peluang yang ada tidak dilepaskan begitu saja oleh peserta lebih-lebih lagi oleh kaki-kaki photo untuk merakam gambar panorama dari puncak bukit serta saat-saat indah di puncak bukit tersebut.. Sebelum berangkat turun, kesemua peserta bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan dan untuk membuktikan bahawa kami telahpun sampai di puncak ketiga Broga Hills.

- Bergambar dalam cuaca kabus tebal -

Hari sudahpun beransur gelap, dan peserta telahpun mula menyediakan lampu suluh serta lampu kepala masing-masing. Pada waktu ini cuaca berkabus agak tebal dan sejuk. Lebih kurang jam 8.00mlm kami mula bergerak untuk turun ke kaki bukit. Disebabkan kabus agak tebal, beberapa kali ‘Lead’ tersasar kerana tidak nampak laluan (ekekekek..). Namun, bak kata pepatah alah bisa tegal biasa, dan semua itu dapat ditempuhi dengan kerjasama daripada semua peserta. Perjalanan turun agak perlahan disebabkan laluan licin, berlumpur dan tiada pokok untuk berpaut. Peserta yang tidak bersedia dengan peralatan yang sesuai (lampu & kasut) juga menjadi penyebab perjalanan turun terpaksa diperlahankan. Apapun lebih kurang jam 9.15mlm kesemua peserta telah tiba di lokasi parking kereta dengan selamat.

- Puncak ke-3 -

Kami kemudiannya dikejutkan dengan satu kejadian yang tidak diingini setibanya di lokasi parking kereta iaitu tingkap kereta ‘Lead’ telahpun dipecahkan dan salah seorang kawan beliau telah kehilangan beg pakaian. (kompom ye tkde barang berharga dalam beg tu?). Suasana kecoh seketika.

- Lampu suluh terpaksa digunakan sewaktu perjalanan turun -

Sebelum bersurai, taklimat akhir diberikan oleh Garfu dan derma kilat dilancarkan bagi meringgankan beban Cik Zeti yang telah ‘kepecahan’ tingkap kereta yang disayangi (..jangan nangis ye hiks).

- Tingkap belakang kereta 'Lead' yang telah dipecahkan -

Akhir sekali, jam lebih kurang 9.45mlm, semua peserta mula bersurai ke destinasi masing-masing. TAHNIAH & terima kasih di atas kerjasama semua peserta Riadah Santai – Sepetang di Broga Hills (400m) pada kali ini. Jumpa lagi.

- Taklimat akhir -

Catitan :

1. Kesesuaian pakaian (kasut) adalah penting di dalam setiap aktiviti Riadah Santai (sila rujuk senarai peralatan yang perlu dibawa setiapkali sebelum mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya)

2. Peralatan asas perlu ada setiapkali melakukan aktiviti outdoor cth: lampu, pisau kecil, beg plastik, baju hujan dll kerana perubahan cuaca boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

3. Mematuhi arahan ‘guide’ ada lah perlu bagi melancarkan aktiviti.

4. Pastikan kereta di dalam keadaan yang selamat sebelum ditinggalkan, elakkan meletak barang/bag di ruang tempat duduk walaupun tiada barangan yang berharga kerana ianya boleh menarik minat ‘makhluk-makhluk’ yang tidak bertanggungjawab.

5. Perlu persediaan dari segi fizikal & mental.

6. Sesiapa yang ingin berkongsi gambar untuk dipamerkan di ruangan album Orang Hutan Malaya bolehlah emailkan kepada hijau.bumi.kita@gmail.com ataupun hubungi Garfu.

:: Gambar adalah ehsan daripada facebook Bro Mydy (HUKM)

Tuesday, February 23, 2010

Jurnal Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datuk (Feb 2010)

- Sukarelawan Jungle Cleanup @ Gunung Datuk -


20 Februari 2010

10.00mlm – Sukarelawan mula tiba di Tol Senawang dan melaporkan diri serta berkenalan antara satu sama lain. (team Arissa, team Zainul, team PPUKM & team PKKSel)

- Peserta mula tiba & berkumpul di kawasan Tol Senawang -

10.40mlm – Peserta Program Riadah Santai + Jungle Cleanup mula bergerak ke lokasi Hutan Rekreasi Gunung Datuk. (Awie sibuk nak isi minyak kereta dia dulu sebelum gerak :p ). Sebanyak 9 buah kereta pelbagai jenis berkonvoi, di ketuai oleh Myvi Hitam..hiks

11.20mlm – Semua Peserta tiba di Hutan Rekreasi Gunung Datuk termasuk peserta daripada team Melaka & team UKM yang telahpun tiba lebih awal (Tahniah untuk team Melaka sebab tiba paling awal, jam 10 pg.. semangat btol diorg nih). Seterusnya masing-masing membuat persiapan serta pendaftaran. Taklimat ringkas mengenai aktiviti dan keselamatan diberikan oleh Garfu selaku wakil penganjur (Orang Hutan Malaya) dan diikuti taklimat ringkas daripada En Abd Rahman (Petugas Hutan Rekreasi Gunung Datuk).

- Peserta mula mempersiapkan kelengkapan untuk mendaki -

21 Februari 2010

12.20mlm – Peserta Riadah Santai + Jungle Cleanup seramai 40 orang memulakan trekking ke puncak Gunung Datuk di ketuai oleh Garfu, dibantu oleh Mat Le (Runner) & Alif HUKM (Sweeper). Bantuan alat komunikasi (walkie-talkie) banyak membantu sewaktu aktiviti berlangsung. Keseluruhan perjalanan ‘slow & steady’ sehinggakan kebanyakkan peserta mengeluh kerana ‘Leader’ asyik mengeluarkan arahan‘Take 5’ padahal ‘Take 10’ blwekks (OK ke Arissa?? hahaha ). Aktiviti sampingan semasa trekking adalah berkenalan (ehem2), mengutuk (TransGopeng), melawak dan sebagainya berterusan hingga ke puncak membuatkan ada dikalangan peserta yang merupakan ‘1st timer’ tidak merasa letih ketawa dan tak kering gusi dibuatnya..

- Pendakian malam bermula (muka tk penat pun)-

1.30pg – Tiba di CP1, iaitu kawasan runtuhan pondok. Semua peserta berehat agak lama disini bagi memulihkan kembali tenaga yang telah diguna. Kemudian pendakian diteruskan. Semakin tinggi para peserta sampai semakin kencang angin dingin bertiup.

-Semua peserta berehat di CP, iaitu runtuhan pondok lama -

3.30pg – Akhirnya semua peserta tiba di puncak Gunung Datuk, termasuk ‘birthday girl’ walaupun mengalami sedikit kejang pada peha kiri beliau. Tiupan angin semakin kuat. Selepas memastikan jumlah keseluruhan peserta adalah mencukupi, kesemua peserta mula mencari tempat untuk berlabuh dan berhimpit-himpit bagi melelapkan mata dicelah-celah batu, atas batu serta beralaskan ‘flysheet’ di atas tanah (ada jugak tak tido pun..sbb sejuk sangat..baju sejuk tak bawak lak tuh hihi)

Pengalaman berada dipuncak Gunung Datuk pada waktu malam beserta tiupan angin dingin yang begitu kuat tentunya tidak akan dilupakan oleh kesemua peserta yang mengikuti aktiviti anjuran Orang Hutan Malaya kali ini sehinggakan ada peserta yang memaksa diri untuk menghidupkan ungun api bagi memanaskan badan..kesian betol hiks

- Aksi memanaskan badan (jangan tiru aksi ini kecuali dengan pengawasan pakar hihi-

6.30pg – Peserta sudah mula bangun dan bersiap-siap untuk memanjat batu puncak serta bersarapan ala kadar (ada gak yg mkn KFC & burger..fuhh).

- Sarapan pagi (nyam nyam) -

7.00pg – Semua peserta mula memanjat batu puncak dengan berhati-hati kerana tiupan angin masih lagi begitu kuat (ada yang tak berani naik ke puncak kerana takut diterbangkan angin hahaha lain kalu isi batu dalam poket tu). Pun begitu permandangan daripada puncak gunung amat jelas disebabkan tidak berkabus kecuali berangin.

Peluang berada dipuncak Gunung Datuk tidak dilepaskan begitu saja oleh kesemua peserta. Ada yang mengambil kesempatan untuk bergambar, bergaya seakan model, mengayakan aksi Naruto (hiks) dan sebagainya. Memandangkan cuaca amat baik, permandangan matahari terbit dapat dilihat dengan jelas oleh kesemua peserta, dan rata-rata terpegun dengan keindahannya.

- Menghayati panorama dari puncak Gunung Datuk -

8.30pg – Peserta mula berkumpul dan taklimat aktiviti Jungle Cleanup diberikan oleh garfu. Selepas bergambar beramai-ramai bersama banner Jungle Cleanup, semua peserta memulakan tugas khidmat masyarakat mereka iaitu mengutip sampah yang ada di kawasan puncak Gunung Datuk dan memasukkannya ke dalam bag sampah untuk di bawa turun ke kaki gunung.

- Jungle Cleanup (memulakan aktiviti dengan membersihkan kawasan puncak) -

9.00pg – Perjalanan turun diketuai oleh garfu dan dibantu oleh Mat Le (Runner) & Alif HUKM (Sweeper) bermula sambil mengutip sampah-sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung sebelum ini di sepanjang laluan (trek)

10.30pg – Kesemua peserta telahpun selamat sampai ke kaki Gunung Datuk, sampah-sampah yang telah berjaya dikutip dikumpulkan di satu kawasan.

- Ucapan Penghargaan oleh Garfu (sebelum bersurai) -

11.00pg – Ucapan Penghargaan daripada garfu sebagai wakil Orang Hutan Malaya di atas usaha-usaha yang telahpun dilakukan oleh sukarelawan Jungle Cleanup bagi memastikan, sekurang-kurangnya mengurangkan ‘Makhluk Sampah’ di kawasan Hutan Rekreasi tersebut. Kemudian disusuli Ucapan Terima Kasih daripada En Abd Rahman (Petugas Hutan Rekreasi Gunung Datuk) kerana telah membantu meringgankan beban beliau, dan beliau juga mengalu-alukan aktiviti sebegini dimasa-masa hadapan di hutan rekreasi tersebut. Peserta kemudiannya merakamkan kenangan bersama hasil penat lelah mereka dengan bergambar bersama banner Jungle Cleanup dan sampah yang dipungut sebelum bersurai.

11.30pg – Sebahagian peserta (team HUKM & sebahagian team UKM) kemudiannya bergerak ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi bagi menjayakan aktiviti Riadah Santai yang tidak dirancang iaitu meneroka Gua Batu Maloi.

12.00tgh – Singgah makan tengahari di Sri Kendong, sebelum meneruskan perjalanan ke Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi. (Tq awie sbb blanje makan..Jakuzzi punye hal hahaha rezeki jangan ditolak beb!)

- Aksi penunggu gua -

1.00ptg – Peserta tiba di Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi dan disambut oleh anggota Orang Hutan Malaya yang lain yang sememangnya berada disitu sejak daripada semalam bagi menjayakan aktiviti PPBD (Program Prndidikan Bio Diversiti) bersama Pelajar Politeknik Johor Bahru. Selepas dijamu Sarsi Ais, peserta kemudiannya memulakan aktiviti meneroka gua diketuai oleh garfu.

3.30ptg – Selepas berhempas pulas menyelinap, merangkak, tertonggeng meniarap, telentang dan semua jenis gaya digunakan oleh semua peserta bagi melepasi halangan di dalam gua Batu Maloi, akhirnya kesemua peserta telah selamat keluar sehingga ke CP12. Peserta kemudiannya sekali lagi dijamu Mee Goreng & Nescafe panas oleh anggota Orang Hutan Malaya. (Puas hati tk?? hihi).

Selepas makan, kesemua peserta terjun ke dalam sungai Batu Maloi untuk berendam dan bermain air. Satu permainan dimainkan dan Din (team UKM) akhirnya Berjaya merangkul Anugerah Raja Buaya serta Aziyana (team HUKM) telah merangkul Anugerah Ratu Biawak.. kahkahkahkah

- Masa untuk main air (aksi lompat katak yg paling cute..hihi) -

5.30ptg – Selepas bersalaman, peserta akhirnya bersurai ke destinasi masing-masing.

:: Pihak Orang Hutan Malaya mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua sukarelawan yang telah menjayakan aktiviti Riadah Santai + Jungle Cleanup @ Gunung Datuk pada kali ini. Semoga apa yang telah kalian lakukan ini akan menjadi ikutan kaki-kaki outdoor pada masa yang akan datang. Dan kalian seharusnya berbangga dengan apa yang telahpun kalian lakukan kerana kalian lakukan semua ini dengan secara sukarela tanpa mengharapkan imbuhan serta ganjaran selain berbakti kepada alam sekitar. Kerjasama dan komitmen serta sokongan secara berterusan daripada kalian di dalam menjayakan aktiviti Jungle Cleanup pada masa akan datang amatlah diperlukan bagi memastikan alam sekitar khususnya hutan rekreasi bebas daripada percemaran ‘Makhluk Sampah Sarap’ dan berkekalan sampai bila-bila

Jungle Cleanup @ Tanjung Tuan (Jan 2010)


TAHNIAH KEPADA YANG HADIR UNTUK JUNGLE CLEANUP TANJUNG TUAN PADA 30 JANUARI 2010 TEMPOH HARI....

Sampah sarap yang ditinggalkan di kawasan rekreasi memberi satu permandangan yang tidak menyenangkan bagi mereka yang mencintai alam semulajadi. Pengalaman berekreasi di kawasan perlancongan tercalar sedikit akibat daripada diganggu oleh permandangan yang tercemar, gangguan daripada hidupan liar yang cuba mendapatkan makanan yang dibawa dan gigitan serangga nyamuk yang mungkin mendatangkan penyakit...

bagi mereka yang kali pertama mahu menjinak2kan diri dengan aktiviti outdoor mungkin perkara di atas menjadi punca kurangnya minat untuk berekreasi lagi...

Memandangkan aktiviti ini amat memerlukan tahap keikhlasan yang tinggi, kehadiran peserta ini amat dihargai dan di puji.... Oleh tahap kesedaran orang awam mengenai kebersihan dan tabiat membuang sampah yang rendah, pihak Orang Hutan Malaya mengadakan aktiviti Jungle Cleanup bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan terutama kawasan rekreasi dan rezab hidupan liar.

Pada 30 Jan 2010 telah berkumpulnya sukarelawan dari Melaka, KL, Selangor, Negeri Sembilan bagi menjayakan aktiviti Jungle Cleanup Di Tanjung Tuan. Peserta yanb terdiri daripada sukarelawan Orang Hutan Malaya , Viva Motorsport Melaka, beberapa ahli MYCAT, Gikgu Pusat Ko Selangor, Pelajar UPM dan Pihak Pengurusan Hutan Rekreasi Dan Rezab Hidupan Liar Tanjung Tuan...

Setelah mendaftarkan diri dan mendengar sedikit taklimat mengenai Aktiviti JC, peserta dipecahkan kepada 2 kumpulan bagi 2 kawasan yang perlu dibersihkan.... 1. Rentis Keramat, 2. Rentis Pulau Intan.

Peserta perempuan menaiki kenderaan pihak pengurusan Hutan Rekreasi beramai2 menuju ke Rumah Api ( dah nampak macam pendatang asing kene tangkap)

kali pertama menjejak kaki di Pulau Intan.... cantik gak permandangan di sini... air laut bersih... pasir pantai memutih... laut membiru sejauh mata memandang. angin sepoi2 bahasa.... hhuhh

sempat bergambar setelah penat mengikut rentis yang mencuram.... plastik sampah dah penuh2... lepas nie kene panjat trek curam lagi... hahahah

sambil sambil membuat kerja amal, boleh gak melihat keindahan alam di sekitar Pulau Intan... Kawasan nie sesuai untuk memancing dan camping.... air bersih kene bawak sendiri la...

ada juga yang melayan perasaan sorang2... hehehehe

keseronokan dapat dilihat dari gelagat para sukarelawan apabila sampai di kawasan yang pertama kalinya mereka menjejakkan kaki.... ada yang nak terjun ke laut... ada yang mengambil peluang beramah mesra dengan kenalan2 baru.

bersih kawasan nie dikerjakan oleh sukarelawan2... kalu boleh sapu daun2 kering pun diorang nak sapu..

tak berkira.... kutip sampah pakai glove 'mahel' beb..

group sukarelawan ke Rentis Keramat banyak gak dapat hasil... dpat gi tengok perigi beracun, Pulau Masjid, dan berjumpa dengan hang tuah.... hahahah tapak kaki hang tuah je la....


promote Tshirt JC ye bang...... murah RM20

selepas penat menjalankan aktiviti, peserta berpeluang melawat ke rumah api tanjung tuan.... antara rumah api yang mengawal laluan yang paling sibuk di perairan Malaysia..


menghayati panorama lautan dari rumah api Tanjung Tuan

bila dah mesra.... meluangkan masa melawat rumah api.. bertukar no phone, alamat email, bergurau senda, menceritakan pengalaman menarik, penatla mengutip sampah.. dan macam2 lagi...


aktiviti mengasingkan sampah.... banyak gak hasil kitaorang nie... bebudak nie siap kutip lampin pakai buang baby lagi... bagus tol... hahahahah

:: Hasil Rompakan ::
botol plastik : 254 unit (8 kg)
Tin : 45 unit (4 kg)
polystren : 112 unit (1 kg)
Kaca : 13 unit (3 kg)
Plastik Pembungkus : 380 unit (5 kg)
Kertas : 500g
 
 
aksi tidak formal dari peserta dan Cleanup Leader

Ucapan ribuan terimakasih kepada pihak pengurusan dan sukarelawan yang sudi hadir memeriahkan lagi aktiviti Jungle Cleanup. Tanpa Sokomham anda, Jungel Cleanup hanya menjadi mimpi indah bagi Orang Hutan Malaya. Anda adalah aset kami, pemangkin segala usaha Orang Hutan Malaya untuk terus maju dan bersemangat beraktiviti menyelamatkan alam kita.

SEMOGA BERJUMPA LAGI DI LAIN AKTIVITI, DI LAIN TEMPAT DAN LOKASI.

KENALI HAYATI N BE APART OF IT..

Riadah Santai Angsi (Jan 2010)

(sila klik gambar utk paparan yang lebih jelas)

(berdiri) Alif, Zulshah, Mariam, Lin, Awie, Along, Hawa & (duduk) Wani, Ina, Didi

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya sampai ke puncak Gunung Angsi (825m) pada 16 Januari 2010, jam 12.30tgh. Semoga berjumpa lagi di aktiviti Riadah Santai yang akan datang.

(gambar telahpun di upload di ruangan album atau klik je kat sini)

Jungle Cleanup @ Batu Maloi (Dis 2009)

Sukarelawan Jungle Cleanup @ Batu Maloi (klik gambar utk paparan yg lebih jelas)

Pihak Orang Hutan Malaya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan JC yang hadir untuk menjayakan Program Jungle Cleanup @ Batu Maloi, Kuala Pilah pada 20 Disember 2009. Ucapan terima kasih juga kepada JKK Kg. Tangai terutama sekali Ketua Kampung Kg.Tangai atas kesudian menyediakan juadah minum pagi kepada semua yang hadir serta turut turun padang bersama-sama sukarelawan JC membersihkan kawasan Hutan Rekreasi Gua Batu Maloi..

Aktiviti sukarela membersihkan hutan pada kali ini telah berjaya mengumpulkan seramai 65 orang sukarelawan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak (senarai nama sukarelawan yang hadir akan di upload tk lama lagi) dan diharapkan agar sukarelawan-sukarelawan ini tidak serik untuk terus bersama-sama Orang Hutan Malaya di dalam menjalankan misi Jungle Cleanup pada masa-masa yang akan datang.

Sebahagian sampah yang telah berjaya dipungut oleh sukarelawan JC

Pihak Orang Hutan Malaya juga menyeru semua warga Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, agensi swasta dan kerajaan supaya menyokong dan mengambil bahagian di dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan pada masa-masa yang akan datang. Semoga Program Amal sebegini akan dapat diteruskan dari masa ke semasa dan mendapat sokongan daripada kaki outdoor serta semua rakyat Malaysia yang lain.

Diakhir aktiviti, para sukarelawan telah menyahut cabaran meneroka Gua Batu Maloi, yang merupakan gua batu granit yang terdapat di kawasan tersebut. Disepanjang laluan sukarelawan terpaksa meredah laluan sungai bawah tanah yang sempit dan berliku-liku, sesekali terpaksa merangkak dan menyelit dicelah-celah batu granit untuk melepasi cabaran-cabaran tersebut. Walaupun kepenatan, para sukarelawan telah menunjukkan kepuasan dan bangga kerana telah berjaya sampai ke check point 12 iaitu laluan keluar yang terakhir gua tersebut. Tahniah di ucapkan kepada semua.

Sehingga berjumpa lagi di Program Jungle Cleanup yang akan datang >>> JC @  Tg Tuan pada 30 Januari 2010

"Selamat Alam Semulajadi, Selamat Hidupan Liar, Selamatlah Hidup Anda, Selamatlah Malaysia... Selamatkan Dunia!"
Komen / pendapat yang berbaur ugutan, hasutan, kepartian, perkauman, kelucahan serta apa-apa sahaja yang menyentuh keharmonian sesebuah negara / agama / bangsa adalah dilarang sama sekali dan pihak KOHM tidak akan teragak-agak untuk meminda / memadam mana-mana komen yang dianggap tidak sesuai untuk dipaparkan di dalam blog ini. Kebijaksanaan anda di dalam memberi komen / pendapat yang membina adalah dipohon.